Ayat-ayat Al-Quran
Hadis Rasulullah s.a.w
Detik kelahiran seorang khalifah Allah
Posted in http://4.bp.blogspot.com/_greQMEGoQ80/TRG7_0eBwDI/AAAAAAAAAZE/SMKCBf3CfJ8/s320/DSC_0093.JPG by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postAmir oh amir...
Tuesday, December 7, 2010
Alhamdulillah genap 3 hari kelahiran irfan,papa nyer sanggup turun kl jap utk daftarkan kelahirannya..maka dgn izin Allah,seorang hamba telah diberi nama Amir Muhammad Irfan Musa...fuhh pada yg first time dgr,ayat wajib...."mak aii panjangnya nama"
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postBukan semua keinginan kita Allah bagi
Sunday, December 5, 2010
Dah namanya pun manusia,pasti banyak keinginan yg sentiasa diangan2kan...biarpun terkadang keinginan itu melampui kemampuan sendiri..namun acapkali keinginan itu disalahtafsirkan sebagai keperluan..natijahnya,lahirlah perasaan kecewa dan sedih apabila keinginan itu tidak berjaya diperolehi...seperti juga sya seorang manusia biasa...dlu apabila masih belajar,keinginan utama ialah utk mendapatkan pekerjaan yg baik..gaji dan kemudahan yg sewajarnya disebuah syarikat ternama,semasa masih bujang,keinginan utk berkahwin dgn lelaki yg mampu memberikan kebahagian dalam perspektif sendiri,apabila sudah berkahwin,keinginan utk mendapatkan zuriat yg soleh dan solehah...sepanjang 26tahun sya bernafas dimuka bumi ini, ,mungkin telah beribu bahkan berjuta keinginan yg bermain2 dalam fikiran..teringat sya sewaktu lepas SPM dlu, sya begitu teringin utk belajar diluar negeri,namun hasrat itu dipatahkan oleh kehendak ibu bapa sya yg pada masa itu beranggapan sya terlalu muda utk hidup dirantau orang...perasaan sya ketika itu?...cukup kecewa...sampaikan jauh disudut hati ini, menyimpan perasaan kecil hati yg teramat sangat terhadap kedua mak dan abah..pada masa itu sya hanya beranggapan mak abah la yg menjadi penghalang kepada cita2 sya sehingga sya terlupa bukan mereka yg membuat keputusan itu,tp Allah yg telah mengilhamkan kepada mereka utk menghalang sya...
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postSaya jatuh cinta disebabkan syaitan
Friday, November 12, 2010
salam..terjumpa entri nih dalam salah satu blog yg mmg aku follow...dan citer nih pun menarik...skadar share :
Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.
Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.
Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.Alice: (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?Alice: Tapi..Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik. Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.
Alice: Ha, ada apa erk?Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)Alice: (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?Lelaki B: Saya…saya…Alice: Kenapa? cakaplah..Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..Alice: sebab?Lelaki B: Perlukah bersebab?Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.
Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.
Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?Alice: Why not? Awak cintakan saya?Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?Lelaki C: (hanya mampu tunduk)Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.Alice: (terkedu) Apa awak nak?Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.
Dua tahun kemudian…
Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.
Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?Ibu: Nur Alissa Zakiyyah…Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.
Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.
Akif: Assalamu’alaikum.Alissa: Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..Alissa: Hum.. akhirnya…Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?Alissa: Ya.Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?Akif: Alice…(terharu..)Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..Akif: Sebab?Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…Akif hanya tersenyum..
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postMenitip jalan..
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postUpdate..(12.11.10)
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postGotong royong besar-besaran
Sunday, October 31, 2010
Salam...fuhh arinih agak memenatkan gak la...satu ari nih full ngan mengemas2 umah+mengubah dekorasi..(eceh)..syukur la dpt hubby jenis ringan tangan..senang btul keje...so nak dekat ptg2 skit baru la siap completely hasil gotong royong kami...
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postLatest gadgets: Nokia N8!!
Tuesday, October 19, 2010
Salam...mmg tgh menunggu2 Nokia keluarkan hp terbaru...dan akhirnya launch gak Nokia N8...
by Iffah Zamri | 1 comments
Email this post36 weeks check up..
Monday, October 18, 2010
Salam...actually minggu ni perasaan nervous makin menjadi2..yela according to my gynae, minggu ni dan seterusnya adalah tempoh matang baby...so kena berjaga2 n stand by pape yg ptt...
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postBaby wish list...
Saturday, October 16, 2010
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postTik tok..tik tok..
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postDah sampai masa ke?
Thursday, October 14, 2010
Salam...terjaga plak ngah2 malam nih..fuh, ari yg sgt letih semalam...n yg pasti panik gak la..
by Iffah Zamri | 2 comments
Email this postKeselamatan VS Keselamatan
Tuesday, October 5, 2010
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postMendidik anak dr dalam kandungan
Salam sumer..mender nih dah lama dah nak share...ingat lagi x entri yg citer pasal my hubby belikan buku amalan ibu mengandung karangan Ustazah Norbahyah tuh?..so entri nih nak share skit pasal satu info yg xpasti sumer org tau ke x...
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postAnak mama...
masa doc scan tuh, anak mama nih mmg tak dok diam...but, yg paling mama teringat2 masa mama nmpak tgn anak mama seolah2 melambai2 ke arah mama...ya Allah, hanya Tuhan jer tau perasaan mama time tuh...mama mmg tk sabar nak sambut kedatangan anak mama...ya Allah, permudahkanlah untuk kami berdua..amin
And semalam pun, mama dah kena injek seken dos tetanus...sampai ke ari nih rasa bengkak n lenguh2..xper, utk anak mama, mama tahankan je sumer nih..
InsyaAllah minggu nih masuk 34 minggu anak mama nih..kalau diizinkan Allah lagi 6 minggu je lagi...mama ngan papa dah xsabar..plus berdebar2...
sabar ek syg..membesar lagi dgn sihat tau..mama dan papa doakan, semoga anak mama menjadi anak yg soleh,menjadi imam kpd mama dan papa, bijak,berakhlak,dan yg penting lengkap ciri2 seorang hamba dan daie..amin
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postIsu semasa: Memulangkan wang sumbangan kerana ia hasil judi?
Thursday, September 30, 2010
Salam...terima kasih ustaz membenarkan sya share artikel nih di blog...sya bukanlah politician mahupun bersikap politik...tp hukum tetap hukum...and tolonglah, pada yg tak arif tentang hukum hakam agama, jgnlah kompiuskan org lain...jgnlah politikkan agama...(takut..sebab salah satu tanda2 akhir2 zaman, manusia menggunakan agama untuk mengaut keuntungan...) Artikel dr Ustaz Zaharuddin.net (tanpa politik prejudis) Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut. DARI SUDUT HUKUM Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM. Fakta berikut perlu difahami: 1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur. Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka. Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya. 2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya. Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang. 3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?. Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ) PANDANGAN ULAMA MAZHAB Ulama hanafi menyebut :- والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61) Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69) Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata: وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428) Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :- وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212) Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata : إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606) RINGKASAN DALIL Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:- 1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda : هذا سحت فتصدق به Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih) Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai. 2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4] 3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi. KESIMPULAN · Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram. · Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya. · Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan. · Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima. · Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini. Sekian
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postAku,Lim dan Islam
Wednesday, September 29, 2010
Salam..secebis cerita yg masuk dalam email aku hari nih...membacanya membuatkan aku terpikir sejenak...
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkanpelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga kezaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untukmenikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika adakenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang kerumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga TahunBaru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysiasering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing,mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance',semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah,warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalangpersahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerikasetelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yangkuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulissurat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknyamemberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut denganberita yang kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since5 years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari AllahS.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagisetelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatanbertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempenamenyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakinberkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudahjauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpamakekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwakami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihatkeislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnyauntuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lamaberada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanyamacam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,is my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalaubetullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku didunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam apineraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Akuakan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab taksampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslimyang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allahdenagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukanuntuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kaudilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islampada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalahtugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambungRisalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak adakeinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalaubangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diriaku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betuldan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikirkau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itusebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikanseruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kauboleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalahbenar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untukmemperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allahakan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan sertamempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang ituaku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkanlebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islamini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang punorang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentangkebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmatdilahirkan sebagai Islam.
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this post