Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Projek 1 almost complete...  

Saturday, July 31, 2010

Salam...adui letih betul berjalan start kul 11.30pagi smpai nak dekat jam 7 baru balik umah...dr dataran sunway sampai damansara..patah balik ke OU..pergh mmg mencabar nak jalan lama2 especially dalam keadaan skang...tp yg magicnya dalam sakit2 kaki tuh, tetiber ilang biler tgk brg2 baby..hehehe...


so projek pagi nih first2 skali hubby print sumer list yg dah dibuat...and perjalanan pertama menuju ke dataran sunway..kebetulan plak kedai tuh wat sale..so dpt la beli brg2 skit kat situ dalam harga yg agak murah...

next destination, ke Babyjaya...fuh mmg rambang mata tgk..kat sini pun beli skit mittens and booties yg comey2 selain beli breast pump...alhamdulillah time nih pun ngah sale, so jimatla dalam rm30-40...

then, kitorg pigi plak dekat OU...wah ramai btul org..parking pun hampir penuh...seb bek la dpt gak parking yg dekat ngan pintu...(dlm hati tertnya2 gak apsal ramai sgt nih)...rupe2 nyer ader sale gak...yg bestnyer brg2 baby n kids...(sempena nak raya kot)...dalam hati berbunga2 dah gembira sbb leh beli baju2 baby...alhamdulillah dpt gak la dlm berpasang2 baju (sumer ader less 20-50%)..so alhamdulillah skali lagi dah boleh jimat byk...

slalu nyer kalau masuk OU, kitorg xkan explore abis..besa tgk skit2, singgah makan then balik...tp kali nih ..dr ujung ke ujung...huhu...and xsilap seken floor tuh berderet kedai2 baby...kitorg pun xmelepaskan peluang..setiap kedai nak belek...huhu..sempat gakla hubby berkenan pd satu set starter newborn bottle Avent kat kedai Mothercare...biler jenguk2 harga breast pump..rupe2nyer kat Mothercare murah skit banding kat Babyjaya..(nak nyesal pun beli..huhu)

kesimpulan nyer..for first shopping brg2 baby nih...70% dah accomplished...tggl nak beli kelengkapan lain cam baby cot (berkenan sgt, tp hubby kater tggu pas pantang) and stroller+car seat (ni pun lambat skit tkper)...pape pun excitement nih mmg xkan abis nyer...(smpai xkisah pun xder baju raya taun nih...yg penting puas hati n dpt berjimat byk..)..xsabar plak nk tggu baby kuar...huhu...

(gambar brg2 baby akan diupload kemudian...really tired arr...)

salam..jumpa lagi

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Projek 1:Preparation  

Friday, July 30, 2010

Salam sahabat...masyaAllah..punyalah sibuk minggu nih sampai xsempat2 nak update blog..asal nak start bukak internet jer mata dah tk tahan...lagi2 minggu nih dgn urusan2 keje kat opis membuatkan lagi senang la nak lena...letak je kepala kat bantal sure tenggelam nyer...huhu..

semalam, alhamdulillah bonus utk bulan 6 nih sudah diterima...alhamdulillah..syukur kerana diberi kelebihan rezeki..org tua2 kater, rezeki org mengandung..tp yg penting..sumer rezeki dtg dr Allah..yg lain tuh sumer asbab jer...
so, this week perancangan asalnyer nak balik kuantan..lama dah xbalik..rindu plak kat mak abah..tp last Thursday, hubby ajak this week gi cari barang baby..especially utk keperluan biler masuk hospital nanti...so, this week tk jadi la balik kuantan..insyaAllah minggu depan...
for the list plak, hubby mmg dah wat siap2 dah aper yg nak dibeli..(mmg hubby yg excited sebenarnyer)..so, pas keje semalam pun sempat la gi tgk2 barang kat the curve plak...sampai sakit2 kaki dibuatnya...geram plak tgk brg2 baby especially baju2 yg comey2 tuh..tp as mak pun dah pesan..utk newborn xyah beli byk2 and mahal2..takut nnti baby xterpakai plak.. so kat bawah nih aderlah skit list2 nyer..mengikut hubby nyer spec..

ISIS Breastpump with Milk Storage Bottles Car & Home Bottle & Baby Food Warmer Newborn Starter Set Convertible Car Seat Cloth Diaper Insert One-Size Cloth Diaper - Safari Rattlin' Toes - Frog & Tortoise Playpen Latex Mattress 41"x28"x1" Baby Organic Cleanser 400ml Baby Organic Cleanser 1000ml Go Baby Carrier A-B-D Liquid Detergent 2L Super Nappy Liners 100'S Diaper Bag (L) - Simply Magical

oh luper plak...ni list utk barang2 jer..but then utk keperluan baju and lain2 baby, mmg hubby letakkan kepercayaan pada aku utk decide...currently pun ngah survey2 especially utk baju, barut, bedung dan selimut baby...kat internet pun leh tahan cantik2, tp bak kater hubby jgn smpai membazir...

ok la...setakat nih jer utk kali nih...daa....

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Surah Ar -Rahman: Membawa peringatan dan ganjaran  

Thursday, July 15, 2010

Salam sahabat blog sekalian...mari kita renungkan tafsir surah Ar-Rahman yg pada aku membawa pelbagai peringatan especially pada kita yg bernama manusia...baby biler dgr surah nih pun akan respon dgn aktifnya...mari,


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]
Dia lah yang telah mem
bolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan
pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29]

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat me
mpertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

[tambahan,kejadian bumi-dari 1 atom meletup menjadi langit dan bumi,zaman kita menjadi saksi kebenaran ayat ni kerana kajian saintis telah membuktikan tentang ini-namanya teori big bang-boleh cari maklumat sendiri]

[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


Sadaqallahulazim...Maka benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Dasyatnya doa ibu  

Wednesday, July 14, 2010

Salam sahabat blog sekalian...entri kali nih menyentuh pasal seorang insan mulia bergelar ibu/emak/mama/mummy/ummi...antara kelebihan mereka yg bergelar seorang ibu, doanya sgt2 makhbul...malah dalam Islam sendiri pun,mengatakan uh..oh..isk.. sudah dikira berdosa apalagi menderhakai dan melukai hati seorang ibu...so ingatan pd diri sendiri yg masih ader ibu..layanilah mereka sekalipun dalam keadaan yg penat, berbaktilah selagi terdaya..dan duhai diri, jgn lupa berdoa utk mereka...

teringat satu kisah yg diceritakan oleh ustaz aku ms skolah dlu2...kisah juraij yg terkena fitnah...korg tau kan aper kisahnya...

kisahnya pada zaman sebelum Rasulullah s.a.w,terdapat seorang ahli ibadah yg alim dan wara'.Dia tggal di satu tempat ibadah yg mana suatu hari, ibunya dtg mencarinya...ibunya memanggil utk kali pertama..."wahai juraij"...dikala itu juraij sedang beribadat dan berkata dalam hatinya...ya Robb, adakah patut aku sudahkan ibadahku atau aku menyahut panggilan ibuku?..dalam pada kebimbangan itu, dia meneruskan ibadahnya..ibunya berlalu pulang...
keesokan harinya, ibunya dtg lagi dan memanggil juraij.."wahai juraij"...dikala itu juga juraij sedang beribadat dan tidak mengendahkan panggilan ibunya..ibunya kecewa dan pulang lagi...
dan utk kali ketiganya ibunya dtg dan memanggil juraij,tp masih juga sama yg mana pada ketika itu juraij masih juga sedang beribadat...dalam keadaan serba salah, juraij masih meneruskan ibadahnya...
ibunya yg kecewa tersebut pulang dan berdoa.."Ya Allah, jgn lah Kau matikan juraij selagi dia belum melihat wajah pelacur."

pada ketika itu, terdapat seorang pelacur yg ingin menguji ketekunan ibadah juraij...ini kerana juraij pada ketika itu sangat terkenal sebagai org yg wara' dan tekun dalam beribadah...wanita pelacur tersebut pergi ke tempat ibadah juraij dan mula merayunya...juraij tidak mengendahkannya..wanita itu tidak berputus asa lantas mendatangi seorang pengembala yg tggl tidak jauh dr tmpat ibadah juraij..wanita pelacur itu merayu maka terjadilah penzinaan yg seterusnya mengakibatkan wanita itu hamil...
wanita itu membuat pengakuan palsu dgn mengatakan bayi itu adalah anak kandung juraij..org2 bani israil (dikala itu) mempercayai cerita itu dan mereka merosakkan temapat ibadah juraij dan memukulnya..
juraij yg menyedari bahawa ini angkara si wanita pelacur itu segera mencari bayi tersebut.mereka membawa bayi tersebut dan juraij meminta izin utk bersolat terlebih dlu...selesai bersolat, juraij mendatangi bayi tersebut dan bertanya, "Siapa bapamu?" ..dgn izin Allah bayi tersebut menjawab, "Bapaku si fulan, si pengembala kambing." Maka masyarakat dikala itu meminta maaf dan juraij meminta mereka membina tempat ibadahnya kembali dgn menggunakan bahan yg sama...

Kesimpulan nya:
-doa ibu sangat mustajab...so peringatan utk aku sbg bakal ibu...jgn doakan yg buruk2 utk anak meskipun dalam keadaan marah
-redha ibu adalah sama dgn redha Allah...senangkan lah hatinya selagi terdaya
-Rasulullah berpesan dahulukan menjawab panggilan ibu meskipun dalam ketika kita beribadat dan tingkat ibu adalah 3 kali dr bapa...
-jgn lukai hatinya apatah lagi menderhakainya...(tiket sehala ke neraka nih...)

Wallahua'lam...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Hubby pigi marathon..Standard Chartered Marathon  

Monday, July 5, 2010

Salam...wah..wah utk pertama kalinya dalam sejarah,hubby di invite utk menyertai marathon..pd asalnya salah seorang pelari tidak dpt join pd hari tersebut sbb kebetulan dier kena balik Jepun..so dgn menjadi bidan terjun, hubby dgn setujunya nak join acara marathon tuh...

Memandangkan ianya first time, so kami follow sajer schedule yg tertulis...dalam schedule tulih masa warm up adalah pd pukul 4.30 pagi...so dgn jayanya pagi ahad 27 hb arituh...kami bgn seawal pukul 3 pagi!...huhu...seb bek la malam tuh aku dah pack kan pape yg ptt...so lepas hubby siap2 kami pun tggu member kat LRT kelana jaya...dalam pukul 4 kami bertolak ke Dataran Merdeka...

elok sampai n parking kete kat bukit aman..hujan renyai2 turun..dier punya sejuk...subhanaAllah..sampai ke tulang rasanya..seb bek mmg pakai sweater...sampai jer kat sana, baru kami tau rupa2nya xperlu dtg seawal tuh sbb setiap kategori ader dier punya warm up sendiri...ceh..tp hikmahnya bukan senang nak dtg Dataran Merdeka kul 4.30pg...

kategori hubby akan dilepaskan jam 7 pagi...so nak dekat2 6 pg, hubby gi solat subuh dlu...so aku kena jaga barang2...selesai jer, aku plak nak gi solat, tp nak mencari toilet pun..alahai susahnya..hubby dah pesan td, toilet kena seberang jalan n nak amik wudhu' kena pakai air dalam toilet 'tabung'...rupenyer bila sampai kat toilet tabung tuh...lagi susah nak menadah air..alhamdulillah, akhirnya dalam susah2 tu pun, leh la amik wudhu' dan solat di khemah yg disediakan...

tepat jam 6.45pg, hubby dah gerak ke area pelepasan...selepas warm up skit2, sumer peserta dilepaskan..aku ngan member, menunggu di bawah khemah sehinggalah larian dijangka tamat jam 9 pagi...

dalam bimbang2 aku, akhirnya nak dekat2 jam 8.30pg, hubby sampai..kesian plak aku tgk...tp dalam hati tk terkata betapa bersyukurnya aku...walaupun dgn tkder latihan2 sebelum nih, hubby berjaya gak abiskan larian..huhu, so proud of him!!

rest2 jap,then kami pun bergerak pulang...

p/s: takziah pada mendiang Lim yg menghembuskan nafas terakhir sewaktu menyertai larian nih..mengikut kater hubby, mendiang Lim berlari di depan hubby dan hubby sempat menyaksikan mendiang Lim terjatuh sebelum paramedic dtg..my condolences to his family...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Kebahagian ini milikMu..aku hanya meminjam  

Salam...sering kali kita tercari2 makna kebahagian dan seringkali juga ada diantara kita yg jumpa dan adakalanya kompius dgn pengertian bahagia...ada yg menfsirkan kebahagian dunia dgn harta, ada yg menfsirkan dgn pangkat dan ada juga menfsirkan dgn fizikal semata2...namun begitu, pengertian bahagia begitu subjektif...kalau kita mengatakan bahagia dr harta, ada yg 'kurang berharta' tetapi mengecap kebahagian..kalau dikatakan dgn pangkat mampu mengundang bahagia, ada yg hanya orang kebanyakan tp masih bahagia...dan belum tentu seorang rupawan itu bahagia jika ada yg menafsirkan rupa paras yg menarik itu mampu memberinya kebahagian..

Pendek kata, kebahagian adalah mengikut tafsiran masing2...cuma kebahagian bukanlah satu anugerah, tp merupakan satu proses...utk bahagia kita perlu mencari..sebab kebahagian itu adalah milikNya...kita perlu meminta utk meminjam kebahagian itu...dan perlu diingatkan seandainya, satu hari nanti kebahagian itu ditarik ...berlapang dada lah...sebab kita hanya meminjam kebahagian itu...dan apa yg harus dilakukan ialah terus bermohon agar pinjaman itu dilanjutkan sampai saat akhirnya...

"la tahzan"

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Coretan  

Thursday, July 1, 2010

Salam...lama btul xupdate blog nih...byk citer nak kongsi tp kena wat by series la ek..kalau tak mmg berjela2 panjangnyer..alhamdulillah sumernyer sihat belaka...mama sihat,papa sihat, baby pun sihat...menginjak ke 5 bulan, baby dah start respon by kicking tummy..sometimes mmg rasa kuat especially biler lambat skit makan..huhu..

alhamdulillah sejak masuk 5 bulan gak nih, dah start boleh wat keje masak memasak..kalau dlu nak bau bawang ditumis pun..hanya Allah je tahu betapa loyanya tekak..skang nih alhamdulillah..malah makin menjadi2 plak nak try resipi2 baru..so, next project ingat nak wat nasi impit kuah kacang..huhu (insyaAllah)

diam xdiam, dah menginjak ke bulan julai...huh..dah lebih pertengahan tahun tuh..kejap btul rasanya..macam baru je nak prepare azam2 tahun baru..tup..tup dah sampai pertengahan...alhamdulillah pada sesaper yg dah berjaya menyempurnakan separuh dr azamnya (or maybe ader yg 100% accomplish)..and kepada sesaper yg masih tercari2 arah, jgn risau, tingkatkan usaha dan cari dgn jalan yg diredhaiNya...matlamat tidak menghalalkan cara k.

ok, utk diri sendiri..alhamdulillah azam yg ditanam nih pun bukan boleh dicapai dalam masa setahun..tp memerlukan progress..utk menjadi isteri dan mama terbaik buat suami dan anak bukan perkara yg boleh dicapai dalam semalam..tp memerlukan kemajuan...setakat nih alhamdulillah semuanya tersusun cantik dan bahagia..kudoakan semoga berterusan sampai bila2 (amin).salah satu tujuan perkahwinan ialah utk merasa damai dan tenang dan bersama suami dan anak yg masih dalam kandungan, aku tenang dalam janji Allah mengenai perkahwinan...alhamdulillah..

utk hubby...thanks atas segala kasih sayang dan redhamu..juga atas segala kesabaran dalam menghadapi kerenah isterimu....

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster