Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

100 hari menjelang perubahan status diri...  

Tuesday, October 20, 2009


Assalamualaikum..bertemu sekali lagi..setelah sekian lama menilik,mengkaji, beristikharoh..akhirnya tanggal 30januari menjadi ketetapan (jika diizin Allah), utk aku berubah status dr cik kepada puan...alhamdulillah..setelah penuh dgn ketidakpastian sepanjang tempoh perjanjian perkahwinan ini (tunang),pelbagai tarikh telah dirancang, namun disaat2 akhir terpaksa ditunda atas pelbagai sebab dan keadaan..akhirnya...so tepat hari ini..mengikut calculation aku..ialah 100 hari sebelum aku bergelar seorang isteri kepada seorang khalifah Allah yg bukan sahaja akan menjadi pemimpin aku di dunia..insyaAllah memimpin aku menuju syurgaNya..amin..
So, menjelang 100 hari nih..check list telah diperkemas dan di revise berulang kali agar persiapan yg sedang giat diusahakan nih mencapai target dan sasaran..hahaha(mcm ayat2 kat tmpat keje plak)..


So, check list nyer...

1-Persiapan dr segi documentation ( borang nikah, sijil kursus kawen, ujian HIV..dsb)

2-Senarai jemputan VVIP /VIP/jemputan.

3-Senarai alamat kengkawan/no tepon

4-Pakej2 perkahwinan

5-Kad jemputan

6-Jamuan/Kenduri

7-Tenaga keje

8-Tempahan

9-Perancangan majlis
10-Hal2 berkaitan

So, skang..item no 1 tu masih ongoing...insyaAllah dalam minggu depan setel...item no 2, my parents akan support...item no 4 dan 5 masih dalam peringkat survey2..and yang lain tu of coursela..

So, alhamdulillah..masa bonus bulan 7 arituh, aku dah beli skit2 hantaran utk dia..so will keep continue la..ya Allah permudahkan lah usaha kami utk membina sebuah masjid dan menurut Sunnah Rasulullah s.a.w

ok..latest progress akan dishare...ni pun nak patah kaki dah gi survey..huhu...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Alamak!  

Monday, October 19, 2009


Assalamualaikum..bertemu di malam isnin..alhamdulillah hari nih actually aku tk keje..kompeni bg leave sempena Deepavali..so kepada kengkawan yg sambut..happy deepavali...huhu..nak citer satu mender nih, hari sabtu baru2 nih, mak abah aku dtg kl..so doklah umah aku...sambil2 sembang tuh terkeluar la ayat dr abah aku..kena jaga makan nih, macam dah naik badan jer...mak aku plak mengiyakan..alahai..mmg dah naik badan pun!

Actually nih bukan first time aku dgr org ckp pasal mender nih, masa bulan pose arituh, alhamdulillah ader sikit penurunan...raya plak..byk menyumbat rendang la ketupat la makan2 mender yg kurang berkhasiat la...maybe asbab itu la kot yg buat berat badan dah bertambah...
Kalau mengikut kata Dr check (ader wat full check medical)..dier kater berat aku mmg overweight..maklumlah dgn ketinggian aku yg cukup 5 kaki, penambahan berat akan menyebabkan aku overweight..so masa aku dgr sumer kater2 nih, aku masih belum ader kesedaran...hhuhu
Sampailah mak abah aku mula bercakap hal nih, aku tetiba macam kena electric shock...and mengambil contoh pemakanan mak abah aku pun, memang aku respek sgt2..even usia mereka dah mencecah 50-an, tak pernah lagi dorg didiognosiskan sebarang penyakit kronik (alhamdulillah..ya Allah panjang kan umur keduanya)...abah aku mmg dr zaman muda tk penah minum manis (air suam jer)...kuat senaman..tidur cukup. Mak aku pun begitu...tapi sebab aku nih kurang berdisiplin dari segi penjagaan makanan la yg membuatkan aku mudah mengalami kenaikan berat badan (agak2 dalam nada sayu nih)...so akibat electric shock yg aku kena pada dua hari lepas, aku insyaAllah mengalami satu kesedaran serius utk menurunkan berat badan...aper yg penting..kerjasama!..eh bukan, yg penting sekali ialah disiplin..aku xnak hangat2 tahi ayam jer...aku nak mula semula..aku nak dptkn balik berat badan ideal aku..and yg lebih penting aku nnti nak kawen..huahhhh...
so sambil2 mengisi kekosongan blog, aku surf2 gak petua2 dan amalan2 yg perlu aku turuti...sambil2 mencari, aku terhenti pada satu laman blog kevin zahri...korg kenal x?kalau korg jenis yg layan AF, dier nih pysical instructor utk bebudak AF (yg keberapa aku xingat)..so aku pun byk gakla dapat maklumat dr blog dier...As for share utk korg..aku simpulkan kat sini aper yg perlu aku dan korg yg mmg dah determine nak turunkan berat badan:

1-Jgn skip meals...even though dier suggest perbanyakkan meals 5-7 kali sehari..every meals kena dalam small size punya hidangan...(makan skit tp byk kali)
2-Jgn makan/minum pape 2-3 jam sebelum tidur...
3-Kawal nafsu makan (seperti yg di suggest dalam no.1)
4-Tingkatkan keaktifan ..tak semestinya jogging or pigi gym..but small and simple things like parking kete jauh skit, gunakan tangga,and kemaskan umah (nih pun mak aku suggest..kalau boleh tetiap hari katenyer...current yg aku buat hujung minggu jer..huhu)
5-Ketahui keperluan kalori...banding kan keperluan kalori dgn jumlah kalori dalam pemakanan.
6-Eliminate makanan yg tk perlu dan tidak elok.
7-Diet pills pun ok tp kalu tak ikut pemakanan yg betul..tk jadi gak.
8-bagi sesiapa yg tk leh nak kawal nafsu makan...beli la protein shake dan makan antara dua hidangan 2 kali sehari...

Sound easy?....kena try dlu...pada kengkawan yg nak mencuba, Good Luck! Ganbatte!

utk lebih details dan maklumat kesihatan sila layari:
http://kevinzahri.com/blog

kredit for Kevin Zahri blog.


AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Kegilaan..  

Thursday, October 15, 2009

Salam..lama btul xmeng update blog..maklumla recently byk keje skit n balik keje plak..kuasa pc game lebih kuat berbanding blog nih..hahah..namun blog kesayangan aku nih xleh dibiarkan saja..hahah..
oklah, bercakap pasal kegilaan..actually kegilaan membawa byk maksud...mengikut kamus dewan edisi ketiga 1989 (hahah..ni la kamus yg aku guna masa skolah dlu)..kegilaan bermaksud 'tersangatlah suka'...dan juga bermaksud 'gila'...so mengambil dr perkataan tersangatlah suka, kegilaan bermaksud sesuatu perkara yg dibuat sehingga menimbulkan perasaan tersangatlah suka...so dalam masyarakat kita skarang nih, terdapat pelbagai kegilaan..ada sesetengah kegilaan itu mendatangkan manfaat bukan sahaja dr segi pengetahuan malah dr segi kewangan...dan tak kurang juga yg mempunyai kegilaan yg gila sehingga menyusahkan org lain dan menjadi bebanan masyarakat...
so bercakap tentang kegilaan aku...actually aku tidak mempunyai spesifik kegilaan...sebabnya kegilaan-kegilaan aku buat masa sekarang terhalang disebabkan banyak faktor:

1-Aku mempunyai kegilaan melihat tempat2 org atau istilah yg lebih common..melancong. Maybe masa aku kecik2 aku sudah terbiasa hidup berpindah randah (disebabkab parents aku tentera), so aku sgt suka melihat tempat2 org..so bila dah besar nih, kegilaan aku sedikit terhalang kerana faktor masa.

2-Aku mempunyai kegilaan dalam bidang fotografi...aku ingin org lain berkongsi pandangan mata aku mengenai dunia..aku ingin share perasaan aku dalam setiap gambar yg aku tangkap..namun kegilaan ini terhalang disebabkan faktor kewangan...


So, kegilaan-kegilaan ni lah yg banyak memotivatekan aku utk mencapainya...insyaAllah.And aku harapkan kegilaan aku nih mendatang kan faedah buat diri aku dan juga org2 disekeliling ku...dgn banyak berjalan akan luas pemandangan dan pengetahuan...berfikir tntang keagung penciptaanNya dan seterusnya meningkatkan keimanan aku pdNya..amin

So, apa kegilaan kalian?

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Mata  

Wednesday, October 14, 2009

Assalamualaikum...lama btul aku nk share mender nih..tp tk sempat2 nak share..maklumlah aku terlalu sibuk..dan sebelum citer ni hilang dr ingatan aku..baik aku share kat sini cepat2...hahah..

ok, camni..satu hari (bg nmpak cam story skit)..aku tk braper sihat so
dptlah MC utk duduk kat umah..ntah mcm maner, arituh tergerak la plak nk tgk Malaysia HAri ini...time aku bukak tuh dier tgh bincang segmen kesihatan yg maner masa tuh ngan menjurus ke arah mata...dier punya tetamu jemputan ialah seorang pakar mata kalau tak silap aku nama
nyer Prof Dr Rohaya...(sape tgk leh btulkan ek)..Dr nih memula dier ckp pasal konsep mata dan macam mana rejuvenate mata...salah satunya ngan kaedah laser la...dier ckp semuanya pasal konsep mata...tp pastu aku realize yg Dr nih bukan sahaja menyentuh kepada aspek perubatan semata2 tapi juga menjurus ke aspek kerohanian..sebagai Dr dier berkongsi satu cerita:
Dr nih pernah merawat satu patient yg maner patient nih merupakan pesakit buah pinggang dan jantung yg kronik...apabila diperiksa matanya, mata pesakit nih masih berkeadaan baik dan tidak mengalami masalah rabun pun..so Dr nih sedikit kehai
ranan memandangkan pesakit sepatutnya akan mengalami gangguan penglihatan dulu sebab organ penglihatan ini adalah yg kecil berbanding organ2 lain.disebabkan kehairanan, Dr ni pun tnyalah patient nih, apakah rahsia sampai mata dier tk efek pun..memula patient nih segan nak bgtau tp setelah dipujuk2 oleh Dr,patient tu pun bgtau yg dier tetiap pagi baca Al-Quran..dan alhamdulillah amalan ni la yg buat mata dia masih terang..oh sebelum terlupa patient nih dah berumur 80-an. So, Dr nih buat kesimpulan yg maner kalau mata kita selalu melihat mender baik (especially Al-Quran) insyaAllah mata kita kan menjadi terang.

Pengajaran yg sangat berguna pada aku dan hopefully pada sumer sahabat blog sekalian. and aku harap bukan mata sahaja yg diterangkan Allah tetapi hati....takutkan mata dapat melihat, tp hati telah menjadi buta...wallahua'lam.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Beralah itu mudah..bukan bererti kalah..  

Tuesday, October 13, 2009


Assalamualaikum...sahabat blog sekalian...pernah dgr tak ungkapan mengalah tak bererti kalah..berundur tak bererti menyerah...ungkapan2 begini selalu kita dgr especially biler berlakunya pergaduhan atau ketidak sefahaman..mudah untuk mengatakan, "Kau beralah jela" atau "Buang yg keruh ,ambil yg jernih" " Tak guna kau berdegil, beralah jela"...ungkapan2 yg mennganjurkan kita utk beralah..namun hakikatnya, senangkah? aku teringat kata2 org putih..Forgive and forget...sesenang itulah? Kalau dunia ni mengamalkan konsep tu, aku yakin takkan ader peperangan atas muka bumi Allah nih..semuanya pemaaf..semuanya beralah..semuanya menyedari kekurangan masing2 lantas menerima dgn hati yg terbuka...aman kan dunia?

Xpayah pegi jauh2, tgk dalam satu hubungan suami isteri atau adik beradik, betapa prinsip ini pun begitu sukar diamalkan..suami isteri bergaduh kadang2 hanya perkara kecil..tp disebabkan ego atau barangkali ketakutan utk menunjukkan kelemahan itulah yg menjadikan pergaduhan lebih meruncing...dan akhirnya bermasam muka..dan akhirnya jalan terakhir yg diambil 'penceraian'...betapa dangkalnya pemikiran kita sedangkan ada jalan penyelesaian yg boleh diambil sebelum berlakunya peristiwa yg lebih besar...enggan menunding pada sesiapa..terkadang diri ini juga begitu..hanyut dalam satu ketidak sefahaman dan mengakibatkan kecil hati dan menjauhkan diri..aku pernah terbaca, syaitan paling suka pada dua manusia yg bergaduh..sebab itu ditiupkan lagi ke dalam hati keduanya perasaan benci dan api2 hasutan supaya lebih membara kemarahan dan kebencian..itu tugas syaitan..dan dalam Al-Quran pun dah bgtau syaitan itu musuh utama manusia...yg paling utama ditentang...tapi? (bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri...termasuk la yg menulis nih)...
so pelan2 la kita betulkan diri masing2 ek..beberapa tips lah yg boleh dikongsi (ni pengalaman penulis utk mengelakkan konflik berpanjangan):
1-sebelum nak terjadinya konflik, urut dada pelan2..tarik nafas..dan sebut auzubillahiminasshaitonirrajim...
2-kalau yg pertama boleh diatasi,tkdela konflik..tp kalau tk boleh gak, biler satu pihak tuh sedang berkata2...diamkan diri..xyah berkata apa2..jgn tunjukkan riak muka yg boleh menjadikan dia marah...jawab hanyalah apabila perlu dan sebaiknya diam...
3-bila cara kat atas tak berkesan, ajak org yg marah tadi utk duduk dgn penuh berhikmah...sambil2 pujuk hati supaya bersabar...
4-Bila org yg marah itu melampaui batas (menghina atau menyakiti dgn kata2)...tenangkan dalam hati dan ingat azab Allah pada org yg bergaduh secara melampaui batas ...ingatkan dalam hati "Aku nak redha Allah"
5-Bila org yg marah tk dapat menahan marah, jauhkan diri dgn segera...berlalu dr situ dgn ungkapan maaf..
6-Kalau melibatkan rajuk, ini kena tgk org..sesetengah org suka dipujuk, sesetengah nya kena tggu sejuk sendiri...dalam hal nih, aku jenis yg sejuk sendiri...
7-Mohon maaf dan beralah..dgn niat nak memperbaiki keadaan..dan doakan org yg rajuk/gaduh pun beralah juga...
8-Reverse psikologi penting...mohon maaf dan berbincang...(uk org perempuan, berbincang nih kena elok2..layan dgn emosinya dlu..pastu baru pujuk dgn aqal..kalau tak konflik lain plak)..hal ni aku bincang dalam post akan datang..insyaAllah.

Ok,kesimpulan nyer...tak rugi beralah..kalau korg masih sayang kan relationship tuh..so bwk2 la lembutkan hati dan penuhilah hati dgn bersangka baik dan ingin redha Allah...

Lain2 cara korg yg boleh dimanfaat, bolehlah share ek..Wallahua'lam.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Apa nak jadi..jadilah  

Monday, October 12, 2009

Assalamualaikum sahabat blog sekalian...berlalu lah sudah minggu lepas yg agak meletihkan dan hari nih aku diuji plak ngan sakit tekak...minggu lepas cuaca tk menentu dan panas membuatkan tekak aku sangat kering...kena plak ari sabtu lepas, sepatutnya ader open house bertukar menjadi family day yg dibuat dkt KL base TUDM. Nak citer skit la pasal perjalanan ke KL Base nih, actually aku tk penah pigi tempat nih..kat KL nih, base tentera yg aku tau hanyalah MINDEF dan KEM sg BEsi...pastu biler pakcik aku bgtau yg KL base nih terletak dekat2 ngan Jalan Istana, aku dah makin kompius..maklumlah Jalan Istana yg aku tau hanyalah tmpat bakar ikan...hahahaha...dgn kompiusan tersebut, aku mintak direction pada org yg lagi pakar pasal KL...Uncle Ateng..dier dlu mmg dok lama kat KL and even skang pun masih bekerja di MINDEF. atas instruction dier tuh aku akhirnya nmpak padang TUDM...tp blum sampai lagi disebabkan aku xjumpa cari plak pintu masuk dier..aku determine nak pusing2 area situ sampailah aku nmpak signboard "Awas kenderaan tentera keluar masuk"...sebagai anak seorg tentera aku tau yg didepan aku nnti ader pintu masuk...dalam 1km lepas aku nmpak signboard tuh, aku nmpak arah ke TUDM base...agak mengelirukan memandangkan sebelum jumpa base nih nmpak perkuburan Cina dlu...akhirnya aku sampai gak kat jamuan family day nih...makanan2 kat situ boleh dikatakan sedap2 belaka especially char kuew tiew dier...mmg agak byk gak la makanan yg disediakan dan aku sempat la merasa char kuew tiew dan nasi ayam...memandangkan dalam aturcara kebanyakan acara sukaneka utk kanak2, aku hanyalah sekadar pemerhati..mujurlah kazen2 aku semua ader..so kami hanya berbual2...hari semakin panas, bila tiba ke acara cabutan bertuah...dgn nada bergurau Paksu ckp hamper yg paling besar tu, insyaAllah salah satu akan jadi milik kita..aku ngan fiqah (kazen aku)kazen aku sekadar senyum (xbrape optimisla maklumlah aku ni jarang menang cabutan bertuah)melewati hari aku makin xkompiden.namun jangkaan meleset biler no paksu diumumkan utk memenangi hamper paling besar....series mmg terkejut giler..xsangka btul..rezeki la katakan..balik umah tuh aper lagi..kenduri hamper la..mmg penat sgt..tekak pun dah start sakit..panas sgt..balik pas solat zohor..sumernyer tertdo keletihan..

gambar2 sepanjang family day insyaAllah aku akan upload kemudian..maklumlah, masih keletihan...hahahaha


ok next story, next update..

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Air Yasin..Solat hajat Utk Lulus periksa  

Sunday, October 11, 2009

Assalamualaikum..sahabat blog..aku nak bagi korg satu situasi,penah tak korang masa belajar dlu..especially nak dekat2 exam, cikgu akan edarkan satu surat mintak mak abah or waris datang ke sekolah and mintak bawak air botol...utk wat solat hajat berjemaah dan bacaan air yasin bersempena nak periksa...aku mmg penah melalui mender2 nih especially masa aku dibangku sekolah dlu..setelah sekian lama aku nak tahu dr segi hukumnya..tp tk pernah nak cari...maybe sbb dlu mender nih nmpak baik jadi aku yg pada waktu itu agak jahil hanya ikutkan saja...walaupun ader ketikanya aku dgr jugak mak abah aku pertikaikan mender nih..namun semuanya ikutkan saje...

mencari dan mencari aku akhirnya jumpa jawapannya...satu hari aku terbaca pasal hal nih dalam satu laman soal jawab agama...kat sini aku nak share skit ttg kandungan jawapan yg Ustaz bagi:


Baca Yasin bagi jadi pandai :

1. Asal membaca Yasin adalah harus pada bila-bila masa yang dikehendaki, TANPA ditetapkan atau dikhususkan pada sesuatu masa dan tempat kerana perbuatan mengkhususkannya pada masa dan tempat tertentu tidak pernah diajarkan oleh Nabi saw. Apabila kita menetapkan dan mengkhususkannya pada sesuatu masa, kemudian kita reka-ciptakan pula kelebihan-kelebihannya, maka perbuatan ini adalah menyalahi sunnah. Disamping itu siapalah yang berani memberi jaminan kelebihan-kelebihan tersebut, siapa pula berani melebihkan pahala baca yasin pada malam-malam tertentu sedangkan Allah dan Rasul tidak pernah mengkhabarkannya ?

2. TIDAK ADA sama sekali petunjuk dari Nabi saw mahupun para sahabat, membaca Yasin pada air itu boleh menjadi sebab kepada pandai dan lulus periksa, tidak ada juga ia menjadi sebab kepada memperoleh hidayah dari Alah swt.

Kalau sekiranya benar membaca Yasin itu boleh menjadikan seseorang pandai dan lulus periksa, maka sudah tentu Nabi dan para sahabat akan mendahului kita melakukannya. Ini kerana di kalangan sahabat juga ada yang kuat hafalan dan ingatannya dan ada pula yang lemah dan kurang kuat ingatannya. al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan kisah Abu Syah yang mendengar khutbah Nabi saw, tetapi beliau tidak mampu menghafalnya, lalu beliau meminta Nabi saw menuliskan untuk beliau isi kandungan khutbah tersebut, Nabi sawpun bersabda:

اكتبوا لأبي شاه

maksudnya : “Tulislah kamu semua (isyarat kepada sahabat yang lain) untuk Abu Syah.”

Ini menunjukkan Nabi mengarahkan kepada usaha yang boleh membantu ingatan dan hafalan iaitulah dengan menulis. Abu Syah bukanlah seorang yang boleh menulis, walaupun demikian Nabi saw tidak pernah penyuruh beliau membaca Yasin pada air zam-zam (atau air yang lain) untuk menguatkan hafalan dan ingatannya, sebaliknya Nabi saw menyuruh sahabat lain menulis untuknya. Kalau baca Yasin pada air itu boleh bagi seseorang itu pandai, kuat ingatan dan hafalan sudah tentu Nabi saw akan lakukannya atau menyuruh Abu Syah melakukannya.

Solat Hajat lulus periksa

Para ulama berbeza pendapat tentang kedudukan solat Hajat. Sebahagian mengatakannya ada dan disyariatkan, dan sebahagian yang lain mengatakan solat Hajat itu tidak ada.

Golongan yang mengatakan solat hajat itu ada, menjadikan dalil antaranya dari hadith yang menceritakan kisah seorang sahabat yang buta yang meminta Nabi saw mendoakan disembuhkannya. Lalu Nabi saw meminta beliau mengambil wudhu dan menunaikan solat Dua rakaat. Kata para ulama yang pertama ini dua rakaat tersebut adalah dua rakaat solat Hajat.

Golongan yang kedua pula, yang mengatakan solat Hajat itu tidak ada memahami dua rakaat tersebut adalah dua rakaat mutlak yang diarahkan oleh Nabi saw, agar sahabat tersebut melakukan sesuatu kebaikan (solat) sebelum memohon dicelikkan matanya oleh Allah swt.

Secara ringkasnya kedua-dua golongan ulama ini memiliki hujah masing-masing yang kuat. Dalam isu sebegini kita tidak boleh menyalahkan mana-mana golongan. Maka siapa yang hendak lakukan solat hajat, kita katakan silakan…, dan siapa yang tidak mahu lakukan solat hajat, maka kita katakan silakan kamu buat amalan-amalan lain dan perbanyakkanlah doa.

Cuma tidak ada ulama yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah, melainkan segelintir tokoh agama kemudian yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah degan alasan apabila kita ada hajat yang sama, seperti nak lulus periksa, nak memang dalam pilihan raya dan seumpamanya.

Namun pandangan yang melarang dilakukan solat Hajat secara berjamaah adalah LEBIH KUAT. Ini kerana alasan golongan yang mengharuskanya tertolak berdasarkan sirah Nabi saw. Baginda dan para sahabat telah melalui berbagai peperangan, dan kesemua mereka memiliki hajat yang sama iaitulah untuk menang di dalam setiap peperangan, namun tidak pernah walau sekali mereka menunaikan solat Hajat secara berjamaah untuk memohon diberikan kemenangan. Kisah perjanjian Hudaibiyyah sebagai contoh yang lain, betapa Nabi dan para sahabat amat rindu untuk pulang ke tanah air mereka Mekah, kemudian mereka dihalang oleh puak musyrikin, dan berlakulah peristiwa perlantikan Uthman sebagai wakil rundingan dengan penduduk Mekah, dan beliau ditangkap oleh penduduk mekah. Timbul bermacam spekulasi. Walaupun demikian Nabi saw dan para sahabat tidak pernah menunaikan solat hajat berjamaah di Hudaibiah, meminta pertolongan dari Allah memperkenankan hajat mereka yang sama.

Ini semua membuktikan solat hajat, jika kita ambil pendapat ulama yang mengatakan ianya disyariatkan, hendaklah kita lakukannya secara berseorangan.

Kalau orang kata apa salahnya kita lakukannya secara berjamaah, bukankah itu juga baik ??? Kita jawab kepada mereka, soal ibadat ini tidak ada ruang untuk akal mengetahui baik buruknya. Samalah halnya dengan solat sunat lain seperti Tahiyyatul masjid, sunat qabliyah dan ba’diayah, apa salahnya kalah kita tunaikan solat tahiyyatul masjid atau qabliyah dan ba’diyah secara berjamaah. Bukankah ini juga baik pada akal fikiran kita ? tapi kenapa kamu semua tidak lakukannya. Bukankah jawapannya kami tidak lakukan tahiyyatul masjid dan solat sunat yang lain dengan berjemaah kerana nabi saw tidak pernah melakukannya secara berjamaah. Maka hal yang sama sepatutnya kamu lakukan terhadap solat hajat.

Sesunguhnya dalam soal ibadat, apabila tidak ada petunjuk dari Nabi saw, maka ianya menunjukkan perkara itu tidak ada. Ini sepertimana kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama iaitulah :

maksudnya : “Asal di dalam ibadah itu adalah terbatal” sehingga adanya dalil yang menunjukkannya.
wallahu a’lam.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Adab-adab bertamu  

Thursday, October 8, 2009

Assalamualaikum..sekadar share satu mender yg maybe ader yg terlepas pandang mender2 begini...

ADAB-ADAB BERTAMU

Oleh :
Akh Abu Al-Jauzaa’


1. Memperbaiki Niat
Tidak bisa dipungkiri bahwa niat merupakan landasan dasar dalam setiap amalan. Hendaklah setiap muslim yang akan bertamu, selain untuk menunaikan hajatnya, juga ia niatkan untuk menyambung silaturahim dan mempererat ukhuwah. Sehingga,… tidak ada satu amalan pun yang ia perbuat melainkan berguna bagi agama dan dunianya. Tentang niat ini Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امريء ما نوى
“Sesungguhnya seluruh amal perbuatan itu dengan niat dan setiap orang tergantung pada apa yang ia niatkan” (HR. Bukhari, Muslim dan selain keduanya).

Ibnul-Mubarak berkata :
رب عمل صغير تعظمه النية ورب عمل كبير تصغره النية
“Betapa amal kecil diperbesar oleh niatnya dan betapa amal besar diperkecil oleh niatnya” (Jaami’ul-Ulum wal-Hikam halaman 17 – Daarul-Hadits).

2. Memberitahukan Perihal Kedatangannya (untuk Minta Ijin) Sebelum Bertamu
Adab ini sangat penting untuk diperhatikan. Mengapa ? Karena tidak setiap waktu setiap muslim itu siap menerima tamu. Barangkali ia punya keperluan/hajat yang harus ditunaikan sehingga ia tidak bisa ditemui. Atau barangkali ia dalam keadaan sempit sehingga ia tidak bisa menjamu tamu sebagaimana dianjurkan oleh syari’at. Betapa banyak manusia yang tidak bisa menolak seorang tamu apabila si tamu telah mengetuk pintu dan mengucapkan salam padahal ia punya hajat yang hendak ia tunaikan.Allah telah memberikan kemudahan kepada kita berupa sarana-sarana komunikasi (surat, telepon, sms, dan yang lainnya) yang bisa kita gunakan untuk melaksanakan adab ini.

3. Menentukan Awal dan Akhir Waktu Bertamu
Adab ini sebagai alat kendali dalam mengefisienkan waktu bertamu. Tidak mungkin seluruh waktu hanya habis untuk bertamu dan melayani tamu. Setiap aktifitas selalu dibatasi oleh aktifitas lainnya, baik bagi yang bertamu maupun yang ditamui (tuan rumah). Apabila memang keperluannya telah usai, maka hendaknya ia segera berpamitan pulang sehingga waktu tidak terbuang sia-sia dan tidak memberatkan tuan rumah dalam pelayanan.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
فإذا قضى أحدكم نهمته من وجهه فليعجل إلى أهله
“Apabila salah seorang diantara kamu telah selesai dari maksud bepergiannya, maka hendaklah ia segera kembali menuju keluarganya” (HR. Bukhari dan Muslim).

4. Berwajah Ceria dan Bertutur Kata Lembut dan Baik Ketika Bertemu
Wajah muram dan tutur kata kasar adalah perangai yang tidak disenangi oleh setiap jiwa yang menemuinya. Allah telah memerintahkan untuk bersikap lemah lembut, baik dalam hiasan rona wajah maupun tutur kata kepada setiap bani Adam, dan lebih khusus lagi terhadap orang-orang yang beriman. Dia telah berfirman :
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ
“Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman” (QS. Al-Hijr : 88).

Ibnu Katsir dalam Tafsirnya berkata : [ألن لهم جانبك, كقوله: {لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رءوف رحيم}] “Maksudnya bersikap lemah lembutlah kepada mereka sebagaimana firman Allah ta’ala : “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang-orang beriman” (QS. At-Taubah : 128).

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sedikitpun dari kebaikan-kebaikan, meskipun hanya kamu menjumpai saudaramu dengan muka manis/ceria” (HR. Muslim).

Selain berwajah ceria dan bertutur kata lembut, yang lebih penting untuk diperhatikan adalah hendaklah ia berkata baik dan benar. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam dengan tegas telah memebri peringatan :
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam” (HR. Bukhari, Muslim, dan selain keduanya. Hadits ini terdapat dalam Arba’in Nawawi nomor 15).

Beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam menggandengkan kata iman dengan pilihan antara berbicara baik atau diam. Mafhumnya, jika seseorang tidak mengambil dua pilihan ini, maka ia dikatakan tidak beriman (dalam arti : imannya tidak sempurna). Hukum asal dari perbuatan adalah diam. Kalaupun ia ingin berkata, maka ia harus berkata dengan kata-kata yang baik. Sungguh rugi jika seseorang bertamu dan bermajelis dengan mengambil perkataan sia-sia lagi dosa seperti ghibah, namimah (adu domba), dan lainnya yang tidak menambah apapun dalam timbangan akhirat kelak kecuali dosa. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
إن الرجل ليتكلم بالكلمة ما يتبين ما فيها يزل بها في النار أبعد ما بين المشرق والمغرب
‘Sesungguhnya seseorang mengucapkan kata-kata, ia tidak menyangka bahwa ucapannya menyebabkan ia tergelincir di neraka yang jaraknya lebih jauh antara timur dan barat” (HR. Bukhari dan Muslim).

5. Tidak Sering Bertamu
Mengatur frekwensi bertamu sesuai dengan kebutuhan dapat menimbulkan kerinduan dan kasih-sayang. Hal itu merupakan sikap pertengahan antara terlalu sering dan terlalu jarang. Terlalu sering menyebabkan kebosanan. Sebaliknya, terlalu jarang mengakibatkan putusnya hubungan silaturahim dan kekeluargaan.

6. Dianjurkan Membawa Sesuatu Sebagai Hadiah
Memberi hadiah termasuk amal kebaikan yang dianjurkan. Sikap saling memberi hadiah dapat menimbulkan perasaan cinta dan kasih saying, karena pada dasarnya jiwa senang pada pemberian. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
تهادوا تحابوا
“Berilah hadiah di antara kalian, niscaya kalian akan saling mencintai” (HR. Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad 594; dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwaa’ nomor 1601).

7. Tidak Boleh Seorang Laki-Laki Bertamu kepada Seorang Wanita yang Suaminya atau Mahramnya Tidak Ada di Rumah
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam sangat keras menekankan pelarangan ini sebagaimana sabda beliau :
إياكم والدخول على النساء فقال رجل من الأنصار يا رسول الله أفرأيت الحمو قال الحمو الموت
“Janganlah sekali-kali menjumpai wanita”. Maka seorang laki-laki dari kaum Anshar bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Al-Hamwu?”. Beliau menjawab : “Al-Hamwu adalah maut” (HR. Bukhari dan Muslim).

Imam Al-Baghawi dalam menerangkan hadits ini mengatakan : Al-Hamwu jamaknya Ahma’ yaitu keluarga laki-laki dari pihak suami dan keluarga perempuan dari pihak istri. Dan yang dimaksudkan di sini adalah saudara laki-laki suami (ipar) sebab dia bukan mahram bagi istri. Dan bila yang dimaukan adalah ayah suami sedang ayah suami adalah mahram, maka bagaimana lagi dengan yang bukan mahram ?
Tentang kalimat “Al-Hamwu adalah maut”; Ibnul-‘Arabi berkata : “Ini adalah kalimat yang diucapkan oleh orang Arab, sama dengan ungkapan : Serigala adalah maut. Artinya, bertemu serigala sama dengan bertemu maut”.

8. Dan Lain-Lain
Masih banyak adab-adab bertamu jika diuraikan secara lebih luas lagi seperti memilih waktu untuk bertamu, mengucapkan salam, menjaga pandangan, dan yang lainnya dimana sebagiannya telah dituliskan sebelumnya di “Adab-Adab Minta Ijin”. Sedikit yang bisa dituliskan di atas semoga bermanfaat bagi kita semua. Allaahu a’lam

So...banyak la input yg aku dapat dr artikel nih...byk adab2 yg kita kena patuh bukan sebab adat jer tp dalam agama juga menganjurkannya..lain la kalu korg xnak terima..jawablah kat akhirat esok...setiap peraturan yg Allah jadikan tuh ader sebab2 nya...maybe tuan rumah xbersedia nak menerima ke..atau keterbatasan aurat yg perlu dijaga...lagi2 kalau yg bukan mahram terang2 dah agama tak kasi...bak kater org tua2..biler menumpang, jaga lah hati tuan rumah, insyaAllah dia tak keberatan lagi...so jgn fikir tetamu jer yg diutamakan..nak jadi tetamu pun kena tau hal2 dan adab sopan...kalau tak...itu yg dinamakan kurang ajar...(peace!)

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Patah hati...  

Wednesday, October 7, 2009

Assalamualaikum...korg penah dgr lagu patah hati tak?sebelum meneruskan bicara, aku bagi korg hayati dlu...


Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan
Kuharap janjimu
Bahagia selalu ... sayang
Rupanya patah
Ditengahlah jalan
Patahlah hati
Teruslah merajuk
Merajuklah sampai
Merajuk sampai
Ke hutan belukar
Hati yang panas
Kembalilah sejuk ... sayang
Burung terbang
Sangkar balik ke sangkar

aduhla...kekadang dugaan yg diterima mmg kuat..tak tertanggung rasa hati..nak diluah mati mak, nak ditelan mati bapak..dipaksa telan..diri sendiri yg mati...hakikat nya itu yg aku rasa kini...tak tahu sudah matlamat perjalanan ukhrawiku..sedih,hampa, kecewa..patah hati adalah perasaan yg bertumbuh dalam hatiku..kubertahan, ku cuba melawan, tapi semakin hari aku semakin rebah..cuba membina bahagia..tp yg ada hanyalah lakonan satu kegembiraan...tidak ingin aku meluahkan segalanya dalam blog, tp cukuplah aku membuang sedikit 'kebengkakan hati' supaya tidak terus aku terluka...pening jugak memikirkan apakah belum cukup tolak ansur ku? apakah tidak kujelaskan bagaimana kehidupan yg aku inginkan? adakah ini balasan dosa2 ku kerana tidak menurut perintahMu?dan apakah ini petunjuk bagi semua doa2 ku? kalau benarlah ini semua petunjuk bagi semua doa2 ku, aku mohon dari Mu yg Allah tunjukkan lah aku jalan keluar...dan aku tahu Kau tidak sesekali mengujiku sesuatu yg diluar kemampuanku...dan ya Allah aku juga tahu kebahagian dan ketenangan tidak akan ada dalam hati org2 yg berdosa...ampunkan aku ya Allah...
Apa yg aku ingin hanyalah ketenangan..berada dalam satu rukun yg tunduk padaMu...suami yg taat perintahMu,anak2 yg soleh, jiran2 yg baik serta keluarga yg yg bertimbang rasa...aku ingin merasa keadaaan itu...aku ingin sekali...bahkan itulah impian perkahwinan ku...aku terlalu ingin berada dalam keadaan damai dalam pelukanMu ya Allah..seperti waktu dulu2..terlalu rindu...
salahkah aku meminta impian ku ditunaikan? salahkah aku meminta aku kedamaian, salahkah aku memohon pertimbangan?atau memang salahku kerana mengabaikan Mu ya Allah..aku terlalu ingin menjaga hati dan perasaaan manusia sehingga aku lalai menjaga hakMu...
aku menyesal yg sungguh2...aku ingin mulakan semuanya kembali...bermula dgn satu usaha kembali padaMu...aku ingin mencari ketenangan itu semula...aku sudah tidak pedulikan apa yg didepanku..aku ingin 'lepaskan' diri aku dari pandangan manusia...hanya Engkau ya Allah...maka kuatkanlah hatiku seperti yg kumohon dalam setiap doaku...amin...

~maaf entri kali ini terlalu emosional..luahan perasaan barangkali...





AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Hari Raya ohh hari raya  

Monday, September 21, 2009

Assalamualaikum...selamat hendaknya bertemu di Syawal yg kedua...standard hari raya..kompenm pelbagai juadah akan dirasa..and dah masuk syawal kedua..banyak dah mender masuk perut nih..ahaks..agenda hari raya tahun nih tak berapa meriah sangat memandangkan kami sekeluarga tak pulang ke kampung...just beraya kat kuantan jer (utk pengetahuan sahabat blog, kampung ku berada di Kelantan (sebelah mak) dan Kedah (sebelah abah)...lagipun cuti tak berapa panjang tahun nih, so tk syok la raya kat kampung sekejap2 nih..huhu..

Actually agenda raya pertama agak memenatkan skit...pagi2 raya seperti biasa kami akan bersiap2 utk solat sunat hari raya...selesai jer, baru nak salin telekung, dah ader tetamu yg dtg...bos abah (Panglima TLDM Kuantan)...seb bek dr awal pagi semuanya dah siap hidang, so tkder la kelam kabut sgt...pastu bersama2 pergi plak umah sebelah aku and umah kawan mak aku (hehe..aku xbrape kenal)..balik sekejap kat umah...bersalam2 antara family pastu prepare nak solat Zohor plak...selesai solat Zohor, terus pigi umah Dato' td..sedap giler laksa perlis dier..cam nak mintak tapau jer..hahaha...perut dah full kami pun balik umah..memandangkan ramai yg pulang berhari raya..so tk ramai sgtla yg dtg umah...maka berakhirlah syawal pertama dgn tetamu terakhir jam 7 mlm td...(kesian abah..kena ikut pintu blakang nak gi surau..huhu)
Syawal kedua( ari nih) bermula seawal jam 745 pg...mandi dan bersiap2 nak ke Temerloh..nak gi ziarah sedara mara..drive dalam sejam setengah baru sampai...dr satu umah ke satu umah kami pigi..sampai perut dah full...lepas wat jamak qasar zohor asar, kami lunch dulu kat umah kazen mak..(yg aku baru kenal..huhu)..then baru bertolak balik...agak2 ngantuk gak la masa drive balik tuh...alhamdulillah sampai gak..kat umah...

dan akhirnya aku disini mengadap pc nih..dgn pandangan yg keletihan sebelum menutup mata...Zzzzz...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 29:Takziah pada ahli keluarga Rasulullah s.a.w  

Saturday, September 19, 2009

Assalamualaikum...kisah menarik utk dikongsi (terima kasih byk2 Darul Nu'man)


Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir: “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Jakfar bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi SAW) orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah tetapi tidak melihat orangnya. Bunyi suara itu begini:
‘Assalamu Alaikum Ahlal Bait Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap yang hilang. Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.”
Berkata Jakfar: “Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata: “Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi Khidir.” Berkata Muhammad bin Jakfar: “Adalah ayahku, iaitu Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”
Kaum Quraisy itu menjawab: “Tentu sahaja mahu.”
Ali bin Abi Talib berkata: “Jibril Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi. Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia.” Maka tatkala Rasulullah SAW wafat, datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya tetapi tidak melihat orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.” Mendengar yang demikian Ali bin Abi Talib berkata: “Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah Khidir.”
Berkata Saif bin Amr At-Tamimi dalam kitabnya Ar-Riddah, yang diterimanya dari Sa’id bin Abdullah, dari Ibnu Umar mengatakan: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah Abu Bakar ke rumah Rasulullah. Ketika beliau melihat jenazah Rasulullah SAW, beliau berkata: “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.” Kemudian beliau bersama sahabat-sahabat yang lain menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW. Pada waktu mereka menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW, mereka mendengar suara ajaib. Selesai solat dan mereka pun semuanya sudah diam, mereka mendengar suara orang di pintu mengatakan: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahli Bait. Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya pada agama Allah ada pengganti setiap ada yang binasa dan ada kelepasan dari segala yang menakutkan. Kepada Allah-lah kamu mengharap dan dengan-Nya berpegang. Orang yang diberi musibah akan diberi ganjaran. Dengarlah itu dan hentikan kamu menangis itu."
Mereka melihat ke arah suara itu tetapi tidak melihat orangnya. Kerana sedihnya mereka menangis lagi. Tiba-tiba terdengar lagi suara yang lain mengatakan: “Wahai Ahli Bait, ingatlah kepada Allah dan pujilah Dia dalam segala hal, maka jadilah kamu golongan orang mukhlisin. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan ada pengganti setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya taat. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah orang yang diberi pahala.” Mendengar yang demikian itu berkata Abu Bakar: “Ini adalah Khidir dan Ilyas. Mereka datang atas kematian Rasulullah SAW.”
Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya dari Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul Samad, dari Anas bin Malik, mengatakan: “Sewaktu Rasulullah SAW meninggal dunia, berkumpullah sahabat-sahabat beliau di sekeliling jenazahnya menangisi kematian beliau. Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang bertubuh tinggi memakai kain panjang. Dia datang dari pintu dalam keadaan menangis. Lelaki itu menghadap kepada sahabat-sahabat dan berkata: “Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, ada pengganti setiap ada yang hilang. Bersabarlah kamu kerana sesungguhnya orang yang diberi musibah itu akan diberi ganjaran.”
Kemudian lelaki itu pun menghilang daripada pandangan para sahabat. Abu Bakar berkata: “Datang ke sini lelaki yang memberi takziah.” Mereka memandang ke kiri dan kanan tetapi lelaki itu tidak nampak lagi. Abu Bakar berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi takziah atas kematian Rasulullah SAW.”
Dari tadi sudah banyak kita lihat ucapan-ucapan takziah yang hampir sama kata-katanya. Ada yang mengatakan hadis ini daif. Ubad yang meriwayatkan hadis ini tidak diiktiraf oleh Imam Bukhari.
Berkata Ibnu Syahin dalam kitabnya Al-Jana’iz: “Bercerita kepada kami Ibnu Abu Daud, dari Ahmad bin Amr, dari Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ajlan, dari Muhammad bin Mukandar, berkata: “Pernah pada suatu hari Umar bin Khattab menyembahyangkan jenazah, tiba-tiba beliau mendengar suara di belakangnya: “Ala, janganlah duluan dari kami mengerjakan solat jenazah ini. Tunggulah sudah sempurna dan cukup orang di belakang baru memulakan takbir.” Kemudian lelaki itu berkata lagi: “Kalau engkau seksa dia ya Allah, maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Mu. Tetapi kalau Engkau mahu mengampuni dia, maka dia betul-betul mengharap keampunan daripada-Mu.” Umar bersama sahabat-sahabat yang lain sempat juga melihat lelaki itu. Tatkala mayat itu sudah dikuburkan, lelaki itu masih meratakan tanah itu sambil berkata: “Beruntunglah engkau wahai orang yang dikuburkan di sini.”
Umar bin Khattab berkata: “Tolong bawa ke sini lelaki yang bercakap itu supaya kita tanya tentang solatnya dan maksud kata-katanya itu.” Tiba-tiba lelaki itu pun sudah menghilang dari pandangan mereka. Mereka mencari ke arah suaranya tadi tiba-tiba mereka melihat bekas telapak kakinya yang cukup besar. Umar bin Khattab berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir yang pernah diceritakan oleh Nabi kita Muhammad SAW.” Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul (tidak dikenal) dan dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul Mukandar dengan Umar.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan yg terakhir  

Assalamualaikum...akhirnya sampai sudah detik yg dijanjikan...berada pada detik Ramadhan yg terakhir.Mmg excited nak sambut aidilfitri, tp sedikit sedih sbb nak meninggalkan Ramadhan...bukan per, sepanjang Ramadhan la byk mender leh upgrade...terutamanya berkenaan solat..mohon ditetapkan keadaan...saje berbincang ngan sahabat2 cyber, sepanjang Ramadhan nih la terasa byk btul perubahan pada kualiti solat..antaranya:

1-Solat semua dapat buat di awal waktu, especially subuh...sbbnya dr sahur yg lewat terus leh solat.
2-Zohor dan Asar pun boleh solat awal waktu sebab tk kejar lunch time dan tea break.
3-Maghrib dah mmg standby siap...berbuka jer dah boleh terus solat.
4-Isya' lagi cantik la, bukan sahaja solat fardhu, byk solat2 lain leh buat (Tahiyatul masjid,rawatib,terawih,witir)

Kan cantik tuh dapat jaga solat di bulan Ramadhan...insyaAllah kita doakan semoga solat itu juga berkualiti...bak kata sahabat cyber td, khusyu' senang dpt..syaitan xder..hahaha...
semoga tarbiyah selama sebulan nih, boleh dilaksanakan pada bulan2 lain...dan akhir kalam di akhir Ramadhan ini, semoga kita dipanjangkan usia utk bertemu dgn Ramadhan dan merasai manisnya Cinta Allah s.w.t

Wallahua'lam.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 28:Kisah sahabat (Abu Ayyub)  

Friday, September 18, 2009

Assalamualaikum...sahabat blog sekalian..arinih aku terpaksa menulis secara carry forward memandangkan aku akan bercuti panjang sempena hari raya...aku khuatir sekirnya perkongsian ilmu aku bersama kalian belum cukup..and aku khuatir kerana kesibukan Hari Raya nanti, aku tidak punya waktu...oleh itu, aku ingin kongsikan seberapa banyak yg boleh atau sekurang2nya mencukupi entri Ramadhan ini...kisah para sahabat, antara kisah yg meruntun jiwa aku selain kisah peribadi Rasulullah s.a.w. Ketabahan,kecekalan, keberanian dan kekuatan cinta mereka cukup mengagumkan..bahkan aku teringat salah satu kata2 Musyrikin Mekah sewaktu pengikut Rasulullah s.a.w semakin bertambah..."Jika Muhammad mengarahkan mereka mengalih Gunung Uhud, pasti mereka mengalihkan nya tanpa rasa ragu"...begitulah antara kekuatan cinta para sahabat dan sezaman dgn Rasulullah s.a.w terhadap Allah s.w.t dan RasulNya..sedikit pun tiada ragu, malah dituruti dgn penuh yakin dan cinta...inilah yg dikatakan cinta sejati yg mana sanggup berkorban apa sahaja tanpa memikirkan diri sendiri...baiklah sahabat blog sekalian,layankan kisah Abu Ayyub al-Ansyari...

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Sesungguhnya, betapa mulia catatan sejarah hidupnya. Terpancarlah keutamaan di atas rumah Khalid Ibn Sa’id yang dijuluki sebagai Abu Ayyub itu. Unta Nabi SAW duduk berhenti di hadapan rumahnya. Hal ini membuat semua orang mengarahkan pandangan mata kepadanya. Bukan saja orang Ansar, tetapi seluruh penduduk Madinah. Kehormatan semacam itu amat diharapkan oleh setiap orang Ansar yang dilaluinya.
Mereka berdiri di depan rumahnya masing-masing selama beberapa saat, menunggu lalunya Rasulullah SAW. Mereka semua ingin mengajak baginda agar mahu berkunjung ke rumahnya. Namun setiap kali Nabi SAW lalu di hadapan rumah kaum Ansar, tuan rumahnya berdiri di hadapan unta Nabi sambil memegangi kekangnya seraya berkata kepada Nabi SAW: “Ya Rasulullah, singgahlah sejenak ke rumah kami. Sedemikian jauh Rasulullah menolaknya, baginda berkata sambil memberi isyarat kepada untanya: “Biarkan ia meneruskan perjalanannya. Sebenarnya ia telah diperintahkan demikian.”
Sampai Rasulullah tiba di salah satu rumah bapa saudara baignda (dari pihak ibu), ia menjawab dengan ungkapan seperti di atas saat mereka berusaha menghentikan kekang untanya. Setelah orang-orang melepaskan kendali unta agar boleh melanjutkan perjalanan sendiri, dan Rasulullah SAW juga begitu, unta tadi berjalan sambil melihat ke kanan dan ke kiri. Akhirnya sampailah ia ke rumah Malik Ibn Al-Najjar. Unta tadi berhenti sebentar lalu berdiri dan berjalan lagi beberapa langkah, lantas untuk yang kedua kalinya berhenti di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari, lekuk lehernya menempel di tanah dan mengeluarkan suara tanpa membuka mulutnya.
Nampak sikap kaum Ansar iri terhadap Abu Ayyub yang membawa tali kekang unta Rasulullah, masuk ke rumahnya yang tersusun dua tingkat. Abu Ayyub berserta keluarganya pindah ke lantai atas, sedang Rasulullah SAW di lantai bawah. Hal ini dilakukannya kerana khuatir menyusahkan Rasulullah SAW, sebab ia bemaksud menghindarkan beratnya naik-turun tangga.
Rasulullah SAW terus tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama 7 bulan. Selama itu Abu Ayyub membuatkan makanan Nabi dan menghantarkan kepadanya. Ia selalu menunggu selesainya Nabi makan, kemudian ia dan isterinya memakan sisa makanan baginda SAW kerana mengharapkan berkah darinya.
Suatu petang Abu Ayyub menghantar makanannya kepada Nabi. Makanan tersebut mengandungi bawang merah dan bawang putih. Ternyata Rasulullah tidak memakannya sedikit pun. Ketika Abu Ayyub melihat makanan tersebut tidak berkurang sedikit pun, ia segera turun menjumpai Rasulullah SAW seraya berkata: “Ya Rasulullah, demi ayah dan ibumu, aku tidak melihat bekas tanganmu dari makanan malam yang aku sediakan kepadamu.
Padahal jika engkau makan makanan itu, kami selalu makan makanan sisamu demi mengharapkan berkah darimu.” Jawab Nabi: “Aku jumpai dalam makanan itu sejenis tumbuh-tumbuhan (bawang merah dan bawang putih), padahal Jibril memberitahukan hal itu agar aku hindari. Adapun bagimu, maka boleh engkau memakannya.” Selanjutnya Abu Ayyub berkata: “Makanan itu lalu kami makan, kemudian kami tidak pernah membuatkan makanan kepada Nabi yang mengandung bawang merah dan bawang putih.”
Setelah agak lama Rasulullah SAW menggunakan waktunya untuk tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari, ia memutuskan untuk membangun masjid dan membangun beberapa rumah bagi para umahat al-muslimin di sekitarnya. Seluruh kaum muslimin ikut membantu bekerja membangun masjid tersebut. Setelah selesai, Rasulullah SAW pindah ke tempatnya yang baru di sekitar masjid.
Berbagai peristiwa berlalu begitu cepat, sedang kaum Quraisy berupaya terlibat dalam peperangan dengan kaum muslimin. Sekarang kaum muslimin makin siap berjuang menghadapi kaum musyrik dan kafir, sehingga kalimat Allah mencapai kedudukan yang tinggi dan kalimat orang-orang kafir menjadi rendah.
Peperangan terjadi silih berganti. Abu Ayyub ikut serta dalam pertempuran tersebut, tidak ketinggalan satu peperangan pun. Ia tidak pernah tinggal diam dalam berjuang fi sabilillah. Bahkan ia berjuang bersama Rasulullah SAW sebagaimana jihadnya orang yang mencari mati syahid. Ia tidak takut mati. Jihadnya penuh semangat untuk berjumpa kepada Allah.
Di samping Abu Ayyub merupakan pahlawan perang di masa Rasulullah SAW, ia juga seorang pejuang di masa Khulafaur Rasyidin. Ia ikut dalam perang melawan orang-orang murtad, membunuh para musuh Allah dan musuh agama Islam. Ia hidup membela kehormatan Islam. Dalam tiap peristiwa pertempuran ia selalu maju ke barisan depan.
Ketika muncul fitnah antara Saidina Ali ra. dan Muawiyah Ibn Abi Sufyan, Abu Ayyub tanpa ragu-ragu bergabung dalam barisan Ali. Sebab ia tahu bahawa Ali ada di pihak yang benar. Dengan perbuatannya itu, Abu Ayyub berjuang di pihak Ali karramallahu wajhahu, sampai Ali ra. mati syahid.
Abu Ayyub tetap ikut berjuang, tidak ketinggalan ikut bertempur bersama kaum muslimin lainnya sampai terjadi perang Konstantinopel. Ia menerjang barisan musuh hingga badannya penuh luka pedang dan merasakan bahawa ajalnya telah dekat. Ia berkata kepada orang-orang di sekitarnya: “Aku ingin jasadku dikubur di tengah medan pertempuran atau yang dekat dengannya, sehingga rohku bergerak di atas medan tempur, dan di akhirat nanti aku mendengar derap kaki kuda dan gemerincingnya pedang.”
Ia menginginkan kehidupan akhiratnya dalam keadaan berjihad sebagaimana semasa hidupnya di dunia. Pada saat keadaannya sudah kritikal. ia merasa sakit akibat luka. Ia masih bersemangat untuk mengibarkan bendera Islam dan mengharap agar memperoleh kemenangan.
Setelah ia meninggal dunia, kaum muslimin melaksanakan kehendaknya. Mereka menguburnya di dekat medan pertempuran agar jiwanya sentiasa dapat menghirup bau jihad dan bersenang-senang di alam akhirat kerana memperoleh pertolongan Allah.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Balik kampung..ho..ho..ho..hati girang  


Assalamualaikum...sahabat blog sekalian..arinih ari terakhir aku keje sebelum pulang bercuti..honestly keje td just menyudahkan amanah jer..hati dan perasaan dan berada kat kuantan..hahaha..ni pun baru abih menge'pack' ...insyaAllah perjalanan akan bermula pagi esok..sahabat blog sekalian...doa2kan semoga perjalanan pergi dan balik dalam keadaan selamat...amin
p/s: Hohohoh..balik kampung..hohoho balik kampung hati girang...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 27:Kisah Ashabul Kahfi  

Thursday, September 17, 2009


Ashabul Kahfi; tauladan buat pemuda umat ini Pemuda sebagai tunggak kepada kekuatan ummah seharusnya mempunyai aqidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pemuda Islam mesti menyedari tanggungjawab mereka sebagai harapan agama dan ummah iaitu;

1.Untuk mengabdikan diri kepada Allah

2.Untuk berkomitmen dengan manhaj Rabbani dan memperjuangkanya.
3.Membantu membangunkan ummah dan negara

Pemuda Islam juga harus menyedari asas-asas kekuatan mereka sebagai seorang muslim di mana tanpanya mereka tidak akan mampu merealisasikan tanggungjawab mereka itu. Asas-asas kekuatan itu ialah;

*Iman yang mantap di dalam jiwa
*Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya
*Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu.
*Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas.
*Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid.

Di dalam al-Quran, Allah telah membentangkan satu kisah untuk tatapan pemuda Islam sepanjang zaman. Kisah yang menggambarkan pemuda yang beriman dan dengan penuh cekal mempertahankan prinsip hidup mereka. Dalam usia yang masih muda mereka sudah mengenal betapa tingginya nilai iman dan agama sehingga mereka tidak sanggup menggadaikannya walaupun dengan tawaran harta benda yang mahal. Mereka lebih rela mempertahankan iman dan agama mereka biarpun terpaksa hidup dalam buangan dan terasing. Bahkan jika terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, mereka akan sanggup melakukannya.
Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”. Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;

1.Teguh dengan iman dan prinsip hidup sebagai seorang muslim
2.Yakin kepada diri sendiri
3.Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran
4.Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup
5.Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup
6.Sanggup berkorban
7.Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama
8.Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun.

Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan oleh Allah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hingga ayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat). Sebab turun ayat-ayat yang menceritakan kisah dalam surah al-Kahfi ini sebagaimana yang diceritakan oleh ulama’-ulama’ tafsir ialah; “Paderi-paderi yahudi berhasrat untuk menguji Nabi Muhammad s.a.w. sama ada ia benar-benar seorang Nabi atau tidak. Lalu mereka menyuruh orang-orang musyrikin supaya menguji baginda dengan bertanyakan tiga kisah yang ajaib yang berlaku pada zaman dahulu iaitu;
1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabul Kahfi.
2. Kisah seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat) iaitulah Iskandar Zulkarnain.
3. Kisah tentang hakikat ruh.
Setelah 15 hari Rasulullah s.a.w. menunggu, maka turunlah wahyu menceritakan ketiga-tiga kisah tersebut”. Allah memulakan penceritaan dengan membentangkan rasa takjub manusia tentang kisah ini walaupun sebenarnya mereka tidak perlu rasa takjub kerana ia datang dari kudrat Allah, bahkan di sana terdapat banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang lebih hebat dari peristiwa ini (seperti penciptaan langit dan bumi, penciptaan nabi Adam dan sebagainya).
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;


1.Maksalmina
2.Tamlikha
3.Martunus
4.Bainunus atau Nainunus
5.Sarbunus
6.Dzunuanus
7.Kasyfitatanunus

Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya; “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.
Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah; “Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.
Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua; “Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11). Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. “Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18) Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan.
Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja. “Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu; “Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah-, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.
Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi. “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.
Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)
kredit utk halaqoh.net (thanks ustaz)

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 26:Berapakah panjang sehari di Masyar?  

Wednesday, September 16, 2009





Assalamualaikum...alhamdulillah dikurniakan kemudahan sekali lagi utk mengupdate blog...kali nih aku nak kongsi satu persoalan aku yg aku yakin semua org pernah tertanya soalan nih...berapakah panjang kah sehari di masyar nanti?
Persoalan masa di akhirat sukar diperkatakan, kerana bila kiamat berlaku dan semua manusia sudah ke sana, tiada alat yang dapat dijadikan pengukur waktu, tidak seperti hari ini, ada jam.
Di dunia kita mengira waktu amat mudah, sehari 24 jam, tujuh hari jadi seminggu, seterusnya sebulan, semua mengikut peredaran matahari atau bulan, tetapi di akhirat tiada bulan matahari, semuanya dilipat Allah kerana tugasnya sudah tamat.

Suatu ketika ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang berapa lamakah manusia mesti berada di Mahsyar. Abu Said al-Khudri meriwayatkan, Rasulullah membacakan firman Allah bermaksud ;“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Allah sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun”(Surah Al-Maarij 70:4)
Para ulama membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat tersebut iaitu dengan kadar sehari akhirat bersamaan dengan 50,000 tahun dunia. Sekiranya kita berada selama 30 hari di akhirat bermakna kita berada di dunia sementara ini selama 1.5 bilion tahun. Siapa yang mampu hidup selama itu??
Betapa halnya jika seorang terdampar di Mahsyar selama 50,000 tahun akhirat? Jika satu jam di sana bermakna 2083 hari dunia bersamaan lebih kurang 6 tahun 3 bulan 17 hari. Satu minit di sana bersamaan lebih kurang 35 hari. Sesaat di sana lebih kurang setengah hari dunia!! Cuba bayangkan nikmat dan azab di akhirat. Bandingkan orang yang terkena api di dunia, dua saatpun tidak mampu….!! Inikan pula setengah hari… Lindungilah kami Ya Allah….amin.
“Alangkah lamanya…”, kata sahabat apabila mendengar baginda membaca ayat tersebut. Kemudian baginda bersabda lagi;“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman tuhan, sesungguhnya Allah meringankan (tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu”Bagi mukmin sebenar tempoh masa bakal dilalui di Mahsyar jika selama 50,000 tahun itu terasa amat singkat seolah mengerjakan solat fardhu saja. Demikian anugerah Allah kepada mukminin dan mukminat, sebaliknya ia menjadi terlalu lama pasti terasa bagi golongan kufur dan banyak membawa dosa.
Rasulullah s.a.w seringkali berdoa supaya memudahkan perkara yang sukar …“Allahumma yassirli kulla ‘asir”, maksudnya Ya Tuhanku permudahkanlah bagiku segala kesulitan”.Wallahu a’lam…
p/s:Moga mendapat manfaat bersama.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 25:Taati Allah, Jiwa akan lebih tenang  

Tuesday, September 15, 2009

Assalamualaikum...MEREKA yang selalu menjalankan suruhan dan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya akan terpancar pancaran keimanan pada wajahnya, malah kelihatan tenang, tenteram dan tidak ada kegelisahan di dalam diri.Sebaliknya mereka yang jarang bersujud kepada Allah akan gelisah, bercelaru, resah dan selalu menunjukkan sikap tidak puas dengan nikmat yang Allah berikan padanya.Dalam hidup ini pasti ada dua golongan seperti di atas. Alangkah manisnya jika ketenangan dan ketenteraman
jiwa dapat kita miliki.Betapa pula gelisahnya kita jika kegoncangan dan kegawatan jiwa membelenggu diri. Ternyata jiwa kita selalu merindui kebenaran dan ketenangan, malah kedamaian dan kebahagiaan jiwa lebih bermakna daripada segala-galanya.Untuk mencapai ke tingkat kedamaian itu hanya iman yang dapat membimbing kita. Firman Allah bermaksud:

Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.
Mereka yang inginkan ketenangan jiwa mesti mendidik jiwa terlebih dulu. Jiwa dapat dididik dengan dua cara iaitu :
1. menjauhi dosa jasmani dan
2. menjauhi dosa rohani.
Untuk menjauhi dosa jasmani, hindarilah kejahatan yang terbit dari perbuatan anggota badan seperti mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki. Pastikan semua anggota itu terjaga daripada perbuatan maksiat. Didiklah ia agar selalu berbuat baik kepada manusia dan beribadat kepada Allah.

Untuk menjauhi dosa rohani pula dapat dilakukan dengan bersihkan diri daripada sifat tercela dan hiasi diri dengan sifat terpuji. Penyakit lidah dan penyakit hati membawa manusia kepada kebinasaan. Sifat hasad, takbur, ujub, riya, bakhil, cintakan dunia, cintakan kemasyhuran, pemarah, mengumpat, mengadu domba, berdusta dan berkata sia-sia mesti dijauhi daripada diri.Dengan sebab itu, jiwa yang tidak pernah disirami dengan roh agama akan selalu bingung dan gelisah dengan masalah yang dihadapinya. .Malah lebih terdorong untuk berbuat dosa kerana cuba menyelesaikan kegelisahan yang dihadapi dengan cara sendiri.Justeru itu, ada yang mencari dadah, arak, zina, pil khayal, bunuh diri dan pelbagai penyimpangan lagi sebagai jalan keluar daripada kecelaruan diri. Akhirnya ketenangan tidak dapat dicapai hanya dosa yang semakin menimbun.Ternyata hanya dengan agama manusia dapat menggapai tenang dan bahagia. Masuklah ke dalam Islam secara menyeluruh agar jiwa mendapat bimbingan dan rahmat Allah.Hidup yang dibentengi agama ketika menghadapi masalah hidup, jiwa tidak gelisah dan putus asa. Bimbinglah diri dengan sebaik-baiknya serta waspada dengan diri sendiri kerana jiwa manusia mudah terpikat dengan maksiat dan dosa.Jika sudah terlanjur melanggar ketentuan Allah, segeralah bertaubat serta hapuskan dosa itu dengan perbuatan dan keperibadian yang baik.Jalinkan kembali hubungan dengan Allah yang sudah lama terputus, dambakanlah selalu bimbingan dan rahmat dari-Nya, kerana Allah memiliki rasa kasih sayang yang paling agung untuk hamba-Nya yang selalu ingat kepada-Nya. Pintu rahmat Allah selalu terbuka pada sesiapa yang merindui-Nya..
Wallahua'lam

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 24:Rumah Allah  

Monday, September 14, 2009

Assalamualaikum...letih btul hari nih memandangkan cuti pun sehari jer...so arinih dah mula keje balik..rata2 hari nih ramai yg masih bersungut keletihan, tk kurang juga ader yg hilang2 mood nak keje..aku boleh dikatakan mempunyai kedua2nya...hehe..namun aper yg perlu aku buat, aku akan lakukan sebaiknya..insyaAllah..melewati emel yg dikirim oleh seorang sahabat, mengenai masjid2 diserata dunia..aku teringat sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:

"Tidak berlaku (terjadi) hari kiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid". ( riwayat Abu Daud)
Semoga masjid yg kita dirikan bukan sekadar utk menjadi tapak pelancongan atau lambang kemegahan, tapi isinya kosong...sedangkan pada zaman Rasulullah s.a.w masjid hanyalah didirikan dengan pelepah daun kurma dan berlantaikan tanah, namun jemaah nya begitu padat...
Kepada sahabat blog, layankan antara masjid yg dinobatkan masjid yg tercantik di dunia.

1.Masjid Al Haram, Makkah, Saudi Arabia


2.Masjid Al Aqsa, Jerusalem, Israel (Palestine)


3.Masjid Al Nabawi, Madina, Saudi Arabia


4.Zahir Mosque, Kedah, Malaysia


5.Omar Ali Saifuddin, Brunei


6.Taj-ul-Masjid, Bhopal, India

7.Baiturrahman, Bandar Aceh, Indonesia

8.Sultan Mosque, Singapore


9.Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan



10.Bait-ul-Mukarram, Dhaka, Bangladesh.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 23:Fikirlah sebelum berkata  

Sunday, September 13, 2009

Assalamualaikum...akhirnya ahad tiba juga...alhamdulillah dikesempatan yg tak seberapa ni lah, aku amik kesempatan utk berehat...esok dah keje balik...insyaAllah kalau tiada halangan dan dgn izinNya, aku akan menghabiskan beberapa hari dalam minggu yg baru nih sebelum bercuti hari raya...insyaAllah hari nih mungkin hari yg santai dan sambil2 tuh fikirkan sejenak tentang hari2 sebelum ini...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
p/s: biler berfikir pasal kekurangan org lain..hati mudah menjadi redha...




AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 22:Uwais Al-Qarni  

Saturday, September 12, 2009

Uwais merupakan seorang pemuda yang telah memeluk Islam pada zaman Rasulullah. Beliau berasal dari daerah Qaran di negeri Yaman dan wafat pada tahun 657M dan kuburnya terletak di daerah Baykan, Turki.
Walaupun Uwais memasuki Islam pada zaman Nabi Muhammad namun beliau tidak pernah berjumpa dengan baginda. Hanya setelah kewafatan Nabi, beliau sempat berjumpa dengan Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Talib.
Uwais merupakan seorang pengembala kambing. Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud, Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah kerana terkena batu yang dilempar oleh musuh-musuhnya. Hal ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW sekalipun dia belum pernah melihat atau bersua dengannya. Beliau SAW bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian (saidina Ali k.w. dan saidina Umar r.a.) bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.
Beliau terkorban ketika menyebelahi Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib iaitu khalifah yang sahpada ketika itu dalam Peperangan Siffin yang diketuai Muawiyah bin Abu Sufian yang cuba merampas kuasa.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Share some memories  

Assalamualaikum..arinih hari sabtu...yg tak bestnyer kena keje..hehehe..yelah nak kena ganti lah bagi sabtu yg diambil utk raya nnti..tak byk keje pun lagi actually, so dikesempatan waktu rehat nih, aku saje belek2 foto kat pc nih...ternmpak la plak satu gambar yg boleh dikatakan lama la jugak...actually gambar nih diambil waktu farewell lunch utk kamilah (ex-R&D). Dalam gambar nih, still ader Shahida, Lily, Su kasih, dan Safwati..rindu sgt time nih..
Wajah2 lama: Shahida,Saf,Bazilah,Kamilah,Sukaseh,Kak As,Lily,Siti...
Harap sumernyer still keep in touch...ukhwah fillah abadan abada...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan 21: Syeikh Muhammad Abduh bercerita perihal babi  

Friday, September 11, 2009

Assalamualaikum...entah kenapa hari nih agak meletihkan, kesibukan kerja di pejabat ditambah lagi dengan dugaan2 berpuasa cukup membuatkan kesabaran ni seakan tercabar...seakan bosan hari nih, aku gerakkan 'tetikus' menekan papan kekunci dihadapanku..cuba mencari ilmu utk santapan rohani...dan juga mengisi kekosongan akal..Lalu terbacalah lagi kisah babi yang diceritakan oleh syeikh Muhammad Abduh akan pengalamannya ketika mengunjungi Perancis, negara Si Napoleon yang pernah menjengahkan meriamnya mengadap masjid Empat Mazhab lalu membedilnya. Pelurunya dimuntahkan dari atas kota Solahuddin Al Ayyubi meluru laju singgah "lembut" di dinding masjid. Bagai tiada kesan langsung , hanya serpih kecil yang sukar dipandang mata.Kembali membawa anda ke Perancis, ketika Syeikh disoal audien penggemar babi, mengapakah Islam perlu lagi mengharamkan babi sedangkan babi sudah bebas dari bakteria dan cacing pita yang berbahaya . Babi bukan lagi seperti nenek moyang babi dahulu kala, sekarang bangsa babi sudah moden lagi maju, bukan lagi tinggal di hutan malah sudah memiliki ladang ternak yang bersih dan efisyen.Lalu penggemar dan pembela babi pun duduk puas menanggapi Syeikh tentu kehabisan hujah, kerana ramai yang berhujah sebelum itu babi menjadi haram dek kerana banyak bahaya dan kuman, sekarang babi sudah bebas dari tuduhan itu.Syeikh tersenyum tenang, seraya Syeikh yang alim berkata, ku pohon kalian sediakan 2 ekor ayam jantan bersama seekor betinanya, datangkan juga 2 ekor babi jantan dan seekor betinanya.Audien kepelikan lantas bertanya, kenapa?."Datangkan saja". Pintas Syeikh.lalu dijelmakan apa yang dipinta oleh Syeikh, dilepaskan 2 ayam jantan bersama betinanya maka bertarunglah kedua-dua jantan merebut sang betina yang cantik sehingga terpaksa jaksa pendamai mendamaikan dua jantan yang kuat bertarung, yang pertama ingin merebut sang betina namun dihalang tegas oleh jantan kedua yang gagah mempertahan hak dan maruahnya selaku "Ayam Bapak" yang termasyhur sekalian alam.Selesai, dilepaskan pulak 2 babi jantan bersama betinanya, pelik sekali ya! kedua-dua jantannya tanpa rasa cemburu membiarkan malah membantu satu sama lain mengerjakan sang betina. Babi jantan yang berpasangan itu langsung tidak cemburu hingga tiada sengketa untuk mempertahan Sang betinanya dari diragut samada rela atau paksa oleh rakan sebabinya.Waduh! langsung tiada bantahan dan tunjuk perasaan berbanding ayam jantan tadi.Selesai sandiwara babi yang dayus dan tiada cemburu itu.Masing-masing penonton terpinga menanti apa yang akan keluar dari mulut syeikh yang alim menyimpulkan kejadian yang memelikkan itu.lalu Syeikh bersuara tenang namun penuh yakin.Apakah kalian tahu dan sedar, sikap babi itulah yang melanda dan menjangkiti masyarakat kalian, bapa-bapa kalian tidak lagi merasa cemburu langsung apabila anak gadisnya diusung merata oleh sang jejaka.Malah suami - suami kalian langsung tidak cemburu melihat isterinya berhubungan intim dengan lelaki lain.Sumbang mahram memasyarakat, isteri mengundang jantan lain ke bilik tidur ketika ketiadaan suami, suami curang bermain kayu tiga.Cemburu adalah fitrah insani. Hilang rasa cemburu yang positif mengundang kemusnahan jiwa , lalu binasalah "dada" dan "kepala".lantaran itu institusi kekeluargaan kalian hancur, banyak perceraian lantaran tiada sikap cemburu yang dicampakkan Allah ke dalam setiap jiwa insan melatari tabiat manusiawinya. Bukankah itu adalah fitrah yang perlu sebagai perisai mengelak sikap dayus lelaki dan kecurangan si isteri.Sikap cemburu terlalu penting kepada manusia tetapi tidak pada babi bukan?tetapi itulah hakikatnya apa yang diwarisi kalian akibat gemar memakan Sang babi dan suku sakatnya yang terdiri dari "Babi Hutan" dan "Babi Merah". (ketawa)Oleh itu wahai sekalian manusia, yakinlah dan bertaqwalah kepada Allah dengan meninggalkan larangannya."Jauhilah dari menggemari babi, anda pasti bebas dari sifat buruknya"



~lagi2 kes H1N1 ni kan, paham2la ek kenapa Allah haramkan...Wallahua'lam

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster