Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Ramadhan 10: Pernah terfikirkah kita?  

Monday, August 31, 2009

Assalaamu’alaikum,
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.
Tekan 1 untuk ‘meminta’.
Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”
Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplahsabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapatrespons seperti ini:
“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &neraka,silahkan tu nggu sampai Anda tiba di sini!!”
Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”
atau…
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat !!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur4 : solat Asar
3 : solat Maghrib4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya
Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisiAllah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”
7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapisesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi danmenerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjangsiang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

So sama2 la kita amalkan...perlahan-lahan tp istiqomah...wallahua'lam.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


5 Ramadhan:Kalimah Assalamualaikum  

Friday, August 28, 2009


Alhamdulillah...selamat tiba di Kuantan...maklumlah cuti hujung minggu..menjejak kaki ke rumah, terasa satu ketenangan yg sukar diungkapkan...lg2 melihat wajah kedua abah dan mak...tenang rasa hati..aku sampai waktu hampir menunjukkan 5.30ptg,so mak ader kat dapur ngah masak..abah baru balik dr surau...ader gotong royong katanyer...usai selesai segala urusan, kami lepak depan tv..menghayati tazkirah2 ptg..segmen tanyalah ustaz nih antara citer favourite kat umah aku sbb citer nih banyak mengupas mender yg kita tk terfikir ataupun kita amik ringan...dalam segmen ptg td..Ustaz Hassan Din al-Hafiz mengupas pasal adab2 salam dan perkara2 yg berkaitan dgnnya...so, kat sini aku nak share sedikit tntang aper yg aku dgr td ok...

Rupa2nya salam yg terbaik dan full version ialah:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh- 5 kalimah
(Assalam,alaikum,warahmatuh,Allahi,wabarakatuh)


Diceritakan oleh seorang sahabat, Suatu hari Rasulullah s.a.w bersama sahabat2nya dimasjid, pada ketika itu masuk seorang lelaki ke dalam masjid, sebaik terlihat Rasulullah dia memberi salam,Assalamualaikum (2 kalimah)....lantas Rasulullah menjawab Alaikumussalam warahmatullah (3 kalimah)...kemudian masuk lagi seorang lelaki, terpandang sahaja Rasulullah dan para sahabat dia lantas memberi salam, Assalamualaikum warahmatullah (3 kalimah)...lantas Rasulullah menjawab Alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh (5 kalimah)...kemudian masuk lagi seorg lelaki mengucap salam, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (5 kalimah)...lantas dibalas Rasulullah dgn Alaikumussalam (2 kalimah)...org itu lantas bertanya kepada Rasulullah, kenapa saya memberi salam yg terpanjang, Rasulullah jawab pendek sahaja...lalu Rasulullah menjawab, kamu telah memberi yg terbaik,maka saya tiada peluang menjawabnya...(bak kater ustaz, "kamu tk bagi can kat org lain, kamu dah tibai sekaligus)..maksudnya di sini, jika seseorg memberi salam, hendaklah dijawab salam itu lebih baik drpada yg memberinya....-actually aku pun baru tau....
And dalam segmen tu jugak, ustaz ader kupas 3 perkara kalau diberi salam, wajib tidak menjawabnya iaitu:


1-Dikala dalam solat berjemaah, imam memberi salam pada tahiyat akhir...maka makmum tidak wajib menjawab salam.


2-Menjawab salam org bukan Islam

3-Menjawab salam org yg mmg berniat mempermainkan kalimah salam..contoh yg Ustaz bagi, kalau ader pemuda yg nak kacau anak dara dgn mengatakan, Assalamualaikum,tak jawab dosa...itu salam yg tak wajib dijawab kerana mempunyai niat utk mempermainkan nya.

so korg pun tahu kan hukum memberi salam adalah sunat, dan menjawabnya adalah wajib...bukan sekadar utk yg ditujukan sahaja, tp kepada sesiapa yg mendengarnya...sebagai balasan kepada doa org yg memberi, Selamat sejahtera ke atas kamu....dibalas dgn Selamat sejahtera ke atas kamu juga...(indahnya persaudaraan Islam..saling doa-mendoakan)...
kalau ader fact yg salah atau komen, sila betulkan..ini berdasarkan apa yg aku tgk kt rancangan tadi...sama2lah kita membentuk diri..menambah ilmu supaya lebih dekat kita kepada Allah...

Wallahua'lam

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


3 Ramadhan:Sahur  

Monday, August 24, 2009

Salam..alhamdulillah dipermudahkan sekali lagi utk kita meneruskan ramadhan hari yg ketiga...sedikit terkilan sbb arinih kena wat terawih kt umah memandang kan aku ader kelas...huhu..bukak pose pun ngan air oren yg rose bagi...hahaha..thanks rose, murah rezeki ko...
Okla, kali nih aku nk share pasal sahur nih...actually sahur nih kebanyakan org amik remeh jer..maybe lebih selesa makan dlu sblum tido kot...wallahua'lam...tp kalau kt umah aku, mak abah cukup memberatkan sahur...katanya perbezaan puasa antara puasa ahli kitab ngan puasa seorg muslim ialah pada sahur...walaupun sahur itu hanyalah sekadar meneguk air...sesuai dgn hadis Rasulullah,

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.

Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhary )

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” - Hadis riwayat Ahmad.

Utk mengimprovekan kualiti sahur kita, meh kiter check adab2 bersahur...kalau yg dah tahu alhamdulillah, yg belum tahu...pelan2 amalkan ek...(takut2 mati esok, tk sempat nk improve dah)

Adab2 bersahur:
1-Melewatkan sahur.Actually ramai yg still kompius pasal melewatkan sahur...ader yg kater biler waktu imsak, so dah tk leh nak makan...actually kita still boleh makan sampailah kedengaran azan subuh (of course la azan subuh dilaungkan apabila terbit fajar kan)...sesuai dgn hadis Rasulullah s.a.w:
“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari

Dikuatkan lagi dgn Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?”
Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari


Antara hikmah mengakhiri sahur:
1-Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2- Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

-Sumber al-Khadeem-

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


2 Ramadhan  

Sunday, August 23, 2009

Salam...alhamdulillah dipermudahkan lagi usaha kita menuju hari yg kedua...semoga terus dipermudahkan ya Allah...ok, saje jer aku nak mulakan topik pagi2 nih satu yg berfaedah..terutama utk kita berfikir....kalau bercakap pasal Rukun iman, aku rasa ramai yg ambil endah tk endah pasal mender nih..(maaf kalau xbetul)..aku pun terkadang merasa cukup dgn pengetahuan pasal rukun iman sampai terkadang aku terlupa macam mana yg dikatakan mencukupkan Rukun Iman...ilmu tanpa amal...kan ibarat pohon yg tidak berbuah...tk memberi manfaat pun..huhu...kalau nak diikutkan,dalil yg terang lg nyata termaktub dalam Al-Quran,
" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa’: 136)
















Kali nih aku nak bincangkan pasal Al-Quran dlu, insyaAllah kalau diberi kesempatan utk berbincang hal yg lain..insyaAllah...bersempena bulan Ramadhan nih digalakkan kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran...itu korg sumer tau...tp yg paling penting, bukan sekadar nak berlumba2 nak khatamkan Al-Quran, tp sebenarnya lagi bagus mengambil kesempatan ini untuk merperbaiki dan upgradekan bacaan...itu pada aku lebih baik dan afdhal...seperti firman Allah,

“Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil.” ( Al-Muzammil: 4)

Rasulullah dalam sabdanya daripada Ibn Mas`ud, yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca al-Quran satu huruf daripada kitab Allah baginya satu kebaikan dan kebaikan itu ganjarannya sama dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, dan Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” ( Sunan al-Tirmidhi).

Tetapi tahukah kita pasal adab2nya...tajwid nya, lagu2 bacaan nyer?...Honestly, aku sendiri banyak tak tahu especially bab lagu2 bacaan...ok,la kita kupas pelan2...


Adab2 membaca Al-Quran boleh dirumuskan :

1-Sebelum membaca al-Qur'an hendaklah membersihkan badan dan mengambil wudhuk. Jika sudah berwudhuk, mulut hendaklah dibersihkan. Rasulullah bersabda, mafhumnya : "Sesungguhnya mulut kamu itu laluan al-Qur'an, maka bersihkanlah ia dengan bersugi". Apabila wudhuk terbatal, segeralah memberhentikan bacaan dan mengambil wudhuk semula. Sunat berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat serta memakai bau-bauan.

2-Tempat membaca al-qur'an hendaklah suci. Afdhalnya di masjid. Makruh membaca di jalanan atau di tepi jalan, di dalam bilik mandi, di pasar atau tempat perhimpunan orang yang dungu ataupun di tempat yang tak selayaknya dengan kesucian dan kemuliaan al-Qur'an. Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan penuh ta'zhim, kepala tertunduk dan tidak di dalam keadaan bersila. Jangan sekali-kali duduk seperti duduk orang yang takabbur.

3-Sebelum memulakan bacaan, bacalah dulu ta'awwuz. Allah berfirman, maksudnya : "Apabila engkau membaca al-Qur'an, bacalah t'awwuz ( A'uuzu billaahi minal-syaithaanil-rajiim )". Bacaan ta'awwuz ini jika di khalayak boleh dibaca nyaring, tetapi jika tiada khlayak untuk mendengarnya, lebih utama (awla) diperlahankan bacaannya, iaitu seperti membacanya di dalam sembahyang. Kecuali bacaan al-Qur'an tehenti lama, selama mengerjakan satu raka'at sembahynag, bacaan ta'awwuz ini tidak dituntut untuk diulang lagi.

4-Hendaklah membaca tasmiyah (bismillaahil-Rahmaanil-Rahiim) pada awal tiap-tiap surah kecuali surah al-Tawbah (Baraa`ah). Ketika membaca, qari / qariah hendaklah di dalam keadaan sentiasa mengingati bahawa dirinya diperhatikan oleh Allah_sebagaimana ketika mengerjakan sembahyang juga.

5-Untuk menghormati atau memuliakan al-Qur'an, jangan teruskan bacaan semasa menguap, kerana menguap itu tabiat syaitan. Selesai menguap dengan sopan, barulah menyambung semula bacaan. Jangan tertawa atau bercakap bercampur-aduk dengan bacaan kecuali kerana satu-satu hajat yang dharurat. Justeru, bacaan sebaik-baiknya di tempat yang terasing agar tidak diganggu atau diajak bercakap oleh orang lain. Bagaiamana pun qari / qari`ah boleh memutuskan bacaannya untuk memberi salam atau untuk menjawab salam.

Sunat memutuskan bacaan untuk tujuan berikut :
i. mengucap "Al-hamdulillaah" selepas bersin,
ii. mengucap "Yarhamukallaah" kepada orang yang bersin,
iii. menjawab azan,
iv. bangun menghormati ketibaan orang alim, orang shalih atau orang yang dimuliakan, tetapi bukan dengan riyak.

6-Keseluruhan bacaan sebaik-baiknya (afdhal) dengan suara nyaring jika bertujuan untuk didengar, disemak serta dimanfaatkan atau dihayati oleh orang lain, atau pun untuk mengawal konsentrasi diri sendiri terhadap bacaan atau untuk menghilangkan rasa jemu atau mengantuk. Sebaliknya, jika ditakuti menjadi riyak atau akan mengganggu orang yang sedang atau akan bersembahyang atau tidur, tidak digalakkan membaca nyaring, yakni membaca perlahan adalah lebih afdhal. Suatu masa di dalam masjid, Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya: "Ketahuilah, setiap kamu bermunajat kepada Tuhan, maka janganlah menyakiti (mengganggu) antara satu sama lain dan jangan antara kamu mengangkat suara bacaan sehingga menggannggu yang lain. (HR. Abu Dawud).

7-Dikatakan sunat juga suara bacaan al-Qur'an itu berselang-seli_sekali perlahan sekali nyaring. Apabila terasa jemu atau mengantuk dengan membaca perlahan, bacalah secara nyaring dan apabila terasa penat, lalu kembali membaca perlahan sebagai istirahat.

8-Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian) dan tafahhum akan makna ayat-ayatnya. Allah berfirman, mafhumnya, "Dan bacalah al-Qur'an itu (mantapkan bacaan) dengan perlahan-lahan (tidak terlalu cepat)". (QS. 73 : 4), dan "Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat agar mereka mentadabburkan makna segala ayatnya dan agar mendapat pelajaran orang-orang yang berfikitan". (QS. 38:29). Kata Ibnu 'Abbas, "Aku baca surah al-Baqarah dan Ali 'Imran dengan tartil dan aku tadabburkan kedua surah itu . Ini lebih aku suka daripada membaca dengan pantas seluruh al-Quran". Apabila membaca ayat-ayat yang berkenaan, sunat beristighfar, bershalawat, bersyukur, minta berlindung atau berdoa dan sebagainya. Berkata 'Auf bin Malik, "Aku bersama dengan Rasulullah yang membaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda berhenti berdoa apabila membaca ayat mengenai rahmat dan meminta berlindung dengan Allah apabila membaca ayat mengnai azab".(HR. Abu Dawud dan al-Nisa`i).
Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa membaca surah al-Tiin hingga akhir ayatnya, maka hendak berkata 'Balaa wa ana 'alaa dzaalika minal-syaahidiin' (Bahkan, dan aku daripada mereka yang menjadi saksi atas yang demikian itu); barang siapa membaca surah al-Qiyaamah samapi selesai pada ayat, 'Alaysa dzaalika biqaadirin 'alaa an yuhyiyal-mawtaa', maka hendaklah berkata, 'Balaa' (bahkan); dan barangsiapa membaca surah al-Mursalaat hingga akhir ayatnya, maka hendaklah berkata, 'Aamannaa billaah' (Kami beriman dengan Allah)"- (HR. Abu Dawud dan al-Tirmizi).
Al-Hakim meriwayatkan : Apabila selesai membaca ayat akhir surah al-Mulk, iaitu "Faman ya`tiikum bimaa`in ma'iin" (Maka siapakah yang memberikan kepada kamu air yang mengalir? , hendaklah berkata "Allaahu Rabul-'Aalamiin" (Allah Tuhan seantiru alam) dan apabila selesai membaca surah al-Dhuhaa, hendaklah mengucap takbir. Bacaan-bacaan tambahan tersebut, selain sunat dibaca oleh qari / qari`ah berkenaan, sunat juga dibaca oleh pendengar.

9-Pada ayat-ayat tertentu yang merupakan kata-kata orang kafir pula disunatkan membacanya dengan perlahan (tidak nyaring). Diwayatkan : Ibrahim al-Nakha'i membaca perlahan pada ayat "Wa qaalatil-Yahuudu yadullaahi maghluulah" (Dan berkata orang-orang Yahudi, 'Tangan Allah terbelenggu' - QS. 5:64) dan "Wa qaalatil-Yhuudu 'Uzayrunibnullaah" (Dan berkata orang-orang Yahudi: ''Uzayr anak Allah' - QS. 9:30) .

10-Sunat membaca al-Qur'an sambil menangis. Rasulullah s. a. w bersabda, mafhumnya, "Bacalah al-qur'an serta menangis. Jika tidak menangis seberapa boleh menangislah". Kata Ibu 'Abbas, "Apabila kamu baca ayat Sajadah, maka jangan kamu segera sujud sehingga kamu menangis. Jika tidak menangis, hendaklah menangis di dalam hati". Sesungguhnya yang mendorongkan tangisan itu ialah menjadikan hati dukacita". Daripada dukacita itulah tercetusnya tangisan. Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Bahawa al-qur'an itu diturunkan dengan dukacita, maka apabila kamu membacanya, hendaklah dengan hati yang dukacita". Timbulnya dukacita itu ialah dengan mengingati dan mengamati perbuatan yang dimurkai Allah serta mengingati kecuaian mentaati perintah dan tegahan-Nya, lalu tercetuslah tangisan. Diriwayatkan, bahawa menangis ketika membaca al-Qur'an itu ialah sifat orang-rang shalihin dan 'arifin.

11-Sunat memelihara hak ayat-ayat yang dibaca, iaitu hendaklah melakukan sujud al-Tilawah (sudut Sajadah) apabila membaca ayat-ayat Sajadah. Terdapat 14 tempat (ayat Sajadah) di dalam al-Qur'an : masing-maasing satu ayat dalam surah al-A'raaf, al-Ra'd, al-Nahl, al-Israa`, Maryam, dua dalam surah al-Hajj, masing-masing satu ayat dalam surah al-Furqaan, al-Naml, Alif-laam-mimm al-Sajadah, Haa-miim al-Sajadah, al-Najm, al-Insyiqaaq dan al-Qalam. Selain itu, ayat Sajadah dalam surah Shaad disunatkan melakukan sujud Syukur. Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Nabi Dawud Sujud kerana taubat dan kami sujud kerana syukur" - (HR. al-Nasa`ii).
Dalam setiap sujud Syukur dan Tilawah itu disunatkan membaca doa yang tertentu. Syarat-syaratnya pula sama dengan syarat-syarat mendirikan sembahyang, iaitu berwudhu', menutup aurat, mengadap kiblat dan tempat, pakaian serta tubuh badan yang suci. Apabila selesai bacaan, disunatkan mentashdiqkan Allah dan naik saksi tentang tabligh Rasul-Nya, iaitu : Shadaqallaahul-'Azhiim wa ballagha Rasuuluhul-kariim wa nahnu 'alaa dzaalika minal-Syaahidiin. Kemudian disunatkan pula berdoa : Allaahummaj'alnaa min syuhadaa`il-haqqil-qaa`iminna bil-qisth. Kemudian ditambah dengan mana-mana doa pilihan yang lain. Akhirnya, apabila khatam bacaan, bacalah doa Khatam al-Qur'an.

Ini baru adab2 nyer, belum lagi membaca dr segi tajwid dan lagunyer...Tp, every million steps begins from small step.So, kalu yg masih teragak2 tuh, mulakan dr sekarang...tk bermakna usia dah lanjut, xperlu baca Al-Quran..sbb Al-Quran ni la yg menjadi salah satu saksi kita di mahkamah Allah kelak...aku pun masih banyak yg tidak tahu...that's why aku kongsi entri nih agar sama2 kita tahu...insyaAllah next entri aku nak wat research skit pasal jenis2 lagu bacaan Al-Quran...Sama2la kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran dgn penuh tartil dan tertib...Wallahua'lam.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


1 Ramadhan  

Friday, August 21, 2009

Alhamdulillah, baru balik dr masjid TTDI...selesai malam nih..tp aper yg aku nk kongsikan ialah imam muda td...masya Allah..rupe2nyer..yg jadi imam td ialah adik Muhammad Ahmad Zahid..yg menang bacaan terbaik kat Dubai tuh...subhanaAllah...dier baru baca fatihah, aku rasa dah berjujuran air mata mendengarnyer...bacaan dier btul2 masuk ke dalam jiwa..kalau korg berkesempatan la, cr la dalam youtube ke maner2 ke...dgrkan bacaan adik nih..yg lebih mengagumkan aku..budak nih baru jer berusia 13 tahun....dier mula menghafal Al-Quran dari umur 7 tahun dan tamat 30juzuk semasa berusia 10 tahun...aku rasa sampai sekarang aku masih terngiang2 bacaan dier...disebabkan kegaguman aku pada imam muda nih, aku ader wat sedikit research pasal dia nih, korg layan2 kan jela, artikel yg aku petik dr kosmo and beberapa blog org...



"JIKA selama ini kanak-kanak sering ditegur kerana berbuat bising ketika berada di dalam atau pekarangan masjid, surau, musolla dan mana-mana rumah ibadat, kehadiran adik Muhammad Ahmad Zahid, 13, sebaliknya disambut bagaikan menatang minyak yang penuh.Bukan saja orang dewasa, sebaliknya kanak-kanak juga tersenyum lebar tatkala melihat kelibatnya dan berdebar-debar saat menunggu beliau berdiri di depan mikrofon. Almaklumlah, suara anak muda berkulit putih gebu ini kini lunak berkumandang di saluran TV9 setiap kali masuk waktu Zohor dan Asar. Muhammad juga dapat ditemui dalam program Mari Bertarannum di saluran yang sama pada setiap Isnin hingga Rabu mulai pukul 6.30 petang."Bacaannya amat mempesonakan," begitu lapor sebuah akhbar tempatan di Dubai ketika Muhammad menyertai musabaqah hafazan al-Quran 30 juzuk di Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir pada 20 September 2008. Muhammad menjuarai kategori bacaan terbaik pada acara itu.Malah, sebelum mewakili Malaysia ke sana, Muhammad merakam 'resume' yang cukup membanggakan apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berumur 10 tahun.Setahun sebelum itu, Muhammad terlebih dulu menghafaz kitab hadis Matan Al-Arbain himpunan Al-Imam Al-Nawawi, Matan Tuhfatul Atfal dalam bidang tajwid, 60 kaedah fiqh, syarah Matan Al-Ajrumiyah dalam nahu dan beberapa kitab saraf dalam bahasa Arab.Tidak bersekolah di sekolah kerajaan, Muhammad sebaliknya dihantar mengikuti pengajian di sekolah agama swasta seperti Institut Al-Quran Kuala Lumpur Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Muassasah Darul Furqan Bangsar, Maahad Tahfiz Al-Azhariyyah Shah Alam dan pengajian secara intensif serta individu dengan Allahyarham Syeikh Hussain dari Myanmar di Petaling Jaya.Bagaimanapun, penswastaan pendidikan Muhammad tidak menandakan beliau terputus daripada dunia 'normal' masyarakat di sekeliling. Anak sulong daripada lima adik-beradik ini mempelajari ilmu akademik dengan menghadiri kelas tuisyen bersama Kumon. Selain itu, Muhammad juga mahir berenang, memiliki tali pinggang hitam (Dan pertama) dalam taekwon-do, menganggotai kelab ilmu astronomi dan kelab komputer.Nah, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Muhammad dapat melakukan kesemuanya? Semasa ditemui di rumahnya di Taman Tun Dr. Ismail, Muhammad baru saja pulang daripada sesi rakaman program Mari Bertarannum di Shah Alam."Kami keluarga marathon, sentiasa berkejar ke sana ke mari. Memang tidak ada masa lapang. Tetapi kami lakukan kesemuanya bersama-sama," kongsi ibu Muhammad, Dr. Siti Khadijah Fadzil, 41, yang merupakan seorang doktor gigi di Klinik Pergigian Kampung Pandan, Kuala Lumpur.Bermula dengan solat Subuh berjemaah, jika musim bersekolah, Muhammad dan tiga lagi adiknya, Siti Aminah, 12, Ismail, 8, dan Fatimah, 7, dihantar ke sekolah Darul Hikmah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur."Anak-anak ke sekolah dari 8 pagi hingga 5 petang, jadi sama seperti waktu kerja. Balik ke rumah, kami berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid berdekatan. Kami masuk tidur awal. Paling lewat pukul 10 malam. Muhammad dan adik-adik dihantar berenang, belajar taekwon-do dan menyertai kelab-kelab lain pada hujung minggu," kata bapa Muhammad, Ahmad Zahid Zainal Abidin, 41.Penasihat undang-undang KLCC ini juga berkata Muhammad mengamalkan mengulang hafazan sekurang-kurangnya lima juzuk setiap hari."Dalam masa enam hari, Muhammad dapat mengkhatam keseluruhan al-Quran. Maksudnya dalam masa sebulan, dia khatam al-Quran lima kali," tambah Ahmad Zahid.Muhammad, akui Siti Khadijah, umpama anugerah yang tidak ternilai."Muhammad sudah dapat mengaji di depan khalayak dengan tenang semasa berumur enam tahun. Pendek kata setiap kali berada di depan khalayak, dia memang tidak ada masalah gugup, takut dan sebagainya. Sebaliknya, kami (ibu bapa) yang risaukan keadaan dia. Seperti dia memang dilahirkan untuk semua ini ," katanya.Keupayaan anak sulong daripada lima adik-beradik itu berdepan dengan audien berskala besar dan para juri dengan tenang bukanlah terjadi secara spontan."Kami mencari peluang untuk membiasakan Muhammad dengan orang ramai. Kami hantar surat kepada jawatankuasa masjid dan surau, meminta kebenaran agar Muhammad dibolehkan mengaji al-Quran di masjid berkenaan sebelum Solat Jumaat dimulakan. Jadi kami ada strategi, membiasakan Muhammad dengan audien berskala kecil sehinggalah besar. Ia dijadikan sebagai satu bentuk latihan kepadanya," jelas Ahmad Zahid.Siti Khadijah menambah, keputusan membentuk Muhammad sebegini sebenarnya berpunca daripada memikirkan nasib anak-anak mereka pada masa depan."Dulu, keadaan tidak mencabar seperti sekarang. Anak-anak boleh dibiarkan buat aktiviti apa pun. Mereka juga tidak mempunyai pilihan sebanyak sekarang. Jadi kami fikir kena kuatkan diri mereka dengan agama terlebih dulu sebelum mendedahkan mereka kepada perkara lain," katanya.Dengan empat orang adik berada di belakang setiap langkah Muhammad, Ahmad Zahid menjelaskan empat lagi anaknya akan dibentuk menggunakan 'acuan' yang sama."Memanglah kosnya lebih tinggi kerana semuanya pun swasta. Tetapi niat kami bukanlah hendak melahirkan seorang ikon, yang kemudiannya lebih takut membuat silap di hadapan audien berbanding keikhlasannya sendiri membaca al-Quran," jelas Ahmad Zahid."


Sejuk perut mak ayah dier....besar saham mak ayah dia kat akhirat esok...nih baru sorg, kalau sumer anak dia hafiz/hafizah, kompem dah tiket ke syurga Allah..insyaAllah kalau dikurniakan anak satu hari nnti, nak jugak aku didik jd mcm nih....

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Ramadhan dtg lagi  

Salam...waktu entri nih ditulis, aku ader kat meja opis..baru balik dr makan KFC, hari terakhir boleh makan siang...esok dah start pose dah...alhamdulillah doa aku dimakhbulkan tahun lepas...berjumpa lg aku ramadhan kali nih..seperti tahun lepas gak, aku berpose secara solo..hahah kat umah sewa aku la..so cabaran kali nih getir skit sbb dlu aku ader housemate, skang xder housemate..so kalau terlajak x sahur tuh nasibla...hahahah...

tp as usual, Ramadhan disambut dgn meriah meskipun sana sini kecoh pasal wabak H1N1 yg hanya Allah jer yg tahu bila surutnya...tp dikesempatan Ramadhan yg akan menjelma esok nih, aku nak mohon maaf atas segala salah silap aku sepanjang sebelas bulan sebelum nih...aku kan manusia, terkadang terlepas, tersilap,tersalah dan mcm2 ter... lglah...

Malam nih aku dah tk sabar2 nak gi terawih...bukan senang nak bersolat malam selain solat fardhu isya', so sepanjang bulan Ramadhan ni la Allah buka peluang leh solat sunat ramai2 lg...kalau ader rezeki siap ader makan2 tuh lepas solat...Allahuakbar.



Okla, seboleh2 nya aku sepanjang Ramadhan nih nak masukkan entri2 yg bermanfaat skit,disamping corat coret aku sepanjang kali nih...Oklah, utk entri pertama malam 1 Ramadhan (walaupun entri nih ditulis pada siang hari), hayatilah syariat2 kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan:



Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (umat Islam yang majoriti/sawadul a'zhom). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Kisah teladan  

Wednesday, August 19, 2009

Beberapa hari lagi dah nak dekat bulan Ramadhan...insyaAllah didoakan semuanya berusaha menyempurnakan ibadah yg satu ini...and memandang kan bulan Ramadhan nak dekat, sama2lah kita renung2kan kisah teladan nih...(peringatan:jgn pose tp tinggal ibadah2 wajib lain plak)

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


*agak2 nyer kalau kitalah,dan2 tu gak maki hamun kan..kan...*

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Bola..Bola..Bola  

Tuesday, August 18, 2009

Salam...musim bola tiba lagi...and kali nih aku tknak melepaskan peluang utk sama2 memeriahkan suasana...pd mulanya tahun nih aku tknak la bergiat dalam fantasy2 football nih..walaupun didesak oleh Mr Amir utk aku menubuhkan pasukan namun aku masih enggan...tp tetibe arinih bos aku ajak2 ayam pd mulanya (dgn nada2 yg spttnyer seorg bos..ahah) mintak aku wat team dlm fantasy astro nih..aku pun ok jela...dgn kelembapan internet kat opis yg tahap 10/12 skala sloth* (korg tau aper nih?), aku tubuhkan jugak team aku...tp mender yg aku tk puas hati, aku klik Arsenal sbg peberet club aku, tup2 masa aku dah save sumer, dier boleh letak aku under fan Aston Villa...hampas %&****!(bimbingan ibu bapa yg diperlukan..bila kemarahan tahap hampir tk rasional..huhu)..sorry jo..aku masih team arsenal..walau aper jua berlaku..hahaha..okla, aku tunjuk arr kat korg pasukan dream team aku nih...hopefully minggu nih nyer game byk ler point aku...huhu...pada korg yg nak join tuh aku alu2 kan...especially yg nak masuk SATO engineering league (sorry guys, for SATO member only)..leh email aku utk aku anto dier nyer code okies!


Terimalah team aku,(kalau xdpt tgk tuh masib la yek..mmg aku sengaja kasik blur2 skit)















Reference,
*sloth --> sejenis haiwan darat paling lembap di dunia.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Akhil Hay & Waheeda...akhirnya  

Okies..aku malas nk mengulas panjang..korg layan kan jela brite nih..aku amik dr utusan malaysia..arinih punyer...

Pernikahan mereka menutup spekulasi


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my



AKHIL dan Waheeda mengharapkan perkahwinan mereka akan menutup segala spekulasi negatif terhadap mereka.

--------------------------------------------------------------------------------



TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba industri hiburan tanah air 'dikejutkan' dengan berita pernikahan antara Akhil Hayy, 40, dan Waheeda, 30, yang berlangsung pagi Ahad lalu di Kuala Kubu Baru, Selangor.

Memang sebelum ini berita tentang perhubungan mereka telah mendapat liputan yang cukup meluas sehingga mereka dikatakan sering main tarik-tali saat ditanyakan tentang hubungan mereka.

Tidak cukup dengan itu, hubungan mereka yang penuh kontroversi itu juga dikatakan menjadi punca kepada perceraian Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal setelah 13 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sejak muncul sebagai penyanyi nasyid dan pendakwah bebas dua tahun lalu, nama Akhil sememangnya cukup panas dan bara itu bertambah apabila namanya dikaitkan dengan Waheeda.

Namun, Akhil tidak pernah menafikan bahawa dia mempunyai hubungan dengan penyanyi lagu Wassini itu kerana dia menegaskan berkali-kali bahawa hubungannya dengan Waheeda tidak lebih daripada seorang kawan.

Lantas, apabila diajukan kepada Akhil tentang pernikahannya bersama Waheeda yang berlangsung dalam serba sederhana pagi Ahad lalu, Akhil memberitahu semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Malah, dia sendiri tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Waheeda biarpun mengakui dia rapat dengan wanita itu. Semuanya atas nama persahabatan.

Kata Akhil atau nama sebenarnya Abdul Akhil Hai selain itu juga, dia mahu mempercepatkan perkahwinan mereka sebelum menjelangnya Ramadan pada 22 Ogos ini.

Malah, berdasarkan perancangan awal, mereka sepatutnya berkahwin pada 21 Ogos. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tarikh 16 Ogos menjadi pilihan mereka.

"Alhamdulillah, apa yang saya harapkan dan rancang semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa yang saya mahukan melainkan segala kisah buruk tentang kami tidak lagi dijaja dan disebut-sebut.

"Apa yang berlaku semuanya sudah berlalu. Bermula detik saya berjabat tangan sebagai tanda ijab dan kabul itu, saya tekad untuk melayari kehidupan saya dengan tenang.

"Malah, saya mahu memulakan penghidupan yang baru bersama Waheeda dan anak-anak saya," katanya tenang sewaktu dihubungi Hits petang Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, Akhil turut memberitahu sebaik sahaja Waheeda sah menjadi isterinya, ia menandakan bahawa penyanyi dan pelakon itu sudah tidak lagi menjadi seorang artis.

Akhil dan Waheeda atau nama sebenarnya, Nor Wahidah Abdul Wahab bernikah di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di Kuala Kubu Baru dan dengan sekali lafaz sahaja, Waheeda sah menjadi milik Akhil.

Majlis serba sederhana itu dihadiri lebih daripada 200 orang tetamu termasuk ahli keluarga serta teman rapat kedua belah pihak.

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Hulu Selangor, Ustaz Zulkhairi Zaid yang juga kawan karib Akhil.

Ibu dan bapa Waheeda, Abdul Wahab Yusof dan Asri Othman selain ibu Akhil, Azizah Daud yang hadir memberikan restu untuk anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, anak pertama dan kedua Akhil iaitu Siti Numaisarah, 12 , dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, turut hadir pada majlis itu meraikan perkahwinan kedua bapa mereka.

Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan senaskah al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Jelas Akhil, kitab suci itu dijadikan sebagai wang hantaran adalah atas permintaan kedua ibu bapa Waheeda sendiri.

Akhil turut memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak Waheeda dengan sembilan dulang.

Saat ditanya tentang majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara mengejut dan sedikit tergesa-gesa itu, Akhil menjelaskan ia sememangnya dimahukan oleh kedua-dua belah pihak bagi meraikan keluarga dan teman rapat sahaja.

Bagaimanapun pada majlis resepsi di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 31 Oktober depan, mereka akan mengundang lebih ramai tetamu termasuk beberapa artis untuk menyanyi di majlis mereka.

Akhil hanya mampu berdoa dan berharap agar pernikahannya dengan Waheeda akan menghapuskan segala kata-kata nista dan cercaan orang terhadap diri mereka berdua.

Apa yang dimahukan agar masyarakat memandangnya dari sudut positif dan menghentikan segala kisah buruk yang mahu disimpan rapi dalam diari hidupnya.

"Setidak-tidaknya ia melenyapkan spekulasi yang mengatakan kami ini sudah mendirikan rumah tangga sebelum ini. Jadi, pernikahan kami ini menjadi saksi bahawa kami tidak pernah bernikah sebelum ini," katanya penuh berhemah.

Namun begitu, Akhil tetap dengan pendiriannya untuk berahsia bilakah bibit cintanya mula berputik dengan Waheeda sekali gus melamar wanita itu untuk menjadi suri hidupnya.

"Pada saya, itu adalah satu yang privasi dan tidak harus dibincangkan kepada umum kerana ia merupakan satu perasaan dalaman.

"Saya bersyukur kerana ditemukan dengan Waheeda dan sekarang adalah tanggungjawab saya untuk membimbingnya menjadi seorang isteri solehah," ujar hos rancangan Cafe Akhil Hayy yang ditayangkan di saluran Oasis (saluran 106, Astro) itu.

Akhil yang juga bekas penyanyi rock itu mahu Waheeda menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga dan menjaga anak-anak mereka.

Sementara itu, Waheeda ketika dihubungi pula berkata, dia tidak mahu ambil peduli dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

Jelasnya, dia kini mempunyai kehidupan baru dan banyak lagi perkara penting untuk difikirkannya daripada memikirkan tentang kata-kata orang terhadap dirinya dan Akhil.

"Kalau orang di luar sana mahu terus cakap kami berdua menipu, itu terpulanglah pada pandangan masing-masing. Saya sudah tidak kisah dan tidak mahu membebankan fikiran dengan benda yang tidak berfaedah.

"Saya menganggap pernikahan ini sebagai satu rahmat besar Allah buat kami kerana secara tidak langsung, ia telah merapatkan lagi hubungan serta jalinan ukhuwah sesama keluarga yang renggang selama ini.

"Tiada lebih yang saya minta melainkan berdoa dan berharap agar perkahwinan ini direstui dan dirahmati oleh Allah SWT," jelas penyanyi lagu Wassini ini dalam nada ceria.

Menyentuh mengenai anak, ujar Waheeda, dia mahu memiliki zuriatnya sendiri bersama Akhil dan sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang ibu memandangkan dia sudah bersara sepenuhnya menjadi seorang artis.

Ditanya pula tentang perasaan cintanya terhadap Akhil, dia memberitahu perasaan itu baru timbul dalam dirinya dan kini dia meniti fasa percintaan dengan lelaki idamannya itu biarpun dakwaan mengatakan mereka sudah lama bercinta.

"Kami memang saling mengambil berat antara satu sama lain sebagai seorang sahabat sebelum ini dan kerana itu jugalah, persahabatan kami dipandang serong oleh sesetengah pihak.

"Jadi, kalau selepas ini ada lagi pihak yang masih mahu memperkatakan tentang hubungan kami, saya rasa tidaklah perlu berbuat demikian lagi. Doakanlah sahaja kebahagiaan kami kerana itulah yang terbaik untuk semua pihak," tuturnya penuh harapan.
what ever la...nak ckp banyak pun dah kahwin...semuanya dah ditentukan...aku plak xleh nk ulas panjang2 sbb 1-aku blum kawen, 2-aku xtau aper masalah dorg nih, 3-aku nk bersangka baik sbb lg2 nak dekat bulan pose nih, 4-aku doakan kebahagian seluruh umat Islam...5-and aku mohon maaf atas segala kesalahan...(hahaha,yg kelima nih mcm xder kaitan ngan tajuk...)
aku mmg saje nak nguji tahap kecerdasan korg..hahaha)


AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


As time passing by...  

Sunday, August 16, 2009

Sedar tk sedar dah masuk bulan lapan..pergh sekejap giler masa berlalu..and sedar tk sedar nnti usia tup2 dah masuk 30thn...ops,aku masih pertengahan 20-an...to be exact.. 25thn....and recently aku sgr banyak sgt kematian..tk kisah org tuh aku kenal ke..yg tak kenal ke..yg aku jer kenal ke..tp rata2 ramai yg meninggal..tu blum kire yg meninggal sbb H1N1...seriously, H1N1 nih mmg dah serious benar, waktu aku menulis nih.. kes kematian dah meningkat sampai 48org..purata sehari dalam 5-6 org meninggal..isk..isk..very dangerous tuh!..

aku mengambil kesempatan nih nak ucapkan takziah pada member baik opis aku..Rose atas kehilangan adik dia..sabar ek rose, kehilangan dier mmg sudah ditentukan, kita yg hidup nih amik pengajaran dan peringatan,okies!..and aku juga ucapakan takziah pada keluarga Allahyarham Ustaz Asri yg baru jer meninggal dua ari yg lepas...al-fatihah..
And pada aku, kematian mmg sudah ditakdirkan, bahkan sewaktu kita dalam rahim lg, telah tertulis di Loh Mahfuz, rezeki kita, jodoh kita, mati kita...jadi sebagai hambaNya tak perlulah kita menyangkal atau mempersoalkan hal2 nih..tp satu yg kita perlu ingat,Allah ader berfirman yg maksudnya lebih kurang begini, Dlm Surah Al-Mukmin:60- ‘Dan Tuhanmu berfirman: “Mintalah olehmu kepada-KU, nescaya akan Aku perkenankan untukmu”...
So Allah pun bagi harapan pada manusia, supaya kita mintak yg terbaik dalam perjalanan hidup kita,mintak rezeki yg halal, jodoh yg baik dan kematian yg husnul khotimah..renung2kan,dan selamat beramal (ala2 dalam hotfm tuh)...
And back to the topic, as time passing by aku pun skang agak2 sibuk wat persiapan utk pertukaran status diri..hahaha ayat power skit..skang nih still pakai title cik..pasnih nak kena tuka ke puan la plak..so skang nih, byk lg urusan yg perlu di setelkan..mintak pd Allah, permudahkan la segala urusan ku, dan janganlah urusan ku nih menyusahkan hambaMu yg lain...amin..
bukan aku jer yg sibuk wat persiapan nih, Mr Amir pun bz gak..ingat2 hujung minggu nih nak gi shopping beli baju nikah dier,tp alamak kemalasan tahap dewa telah membantutkan usaha..hahah..mintak maap ek Mr. Amir...hahahah...
Oooo..nih first time aku mention nama tunang aku..hahah..maklum la Mr Amir komplen aku tk penah tulis pasal dier..hahaha...ala..itu kan personal..maner leh kongsi ngan org..hahahha..*wink*
Hah..luper plak aku nk ucapkan special thanks for viewers...especially Shidee(bukan nama sebenar..ahaks) sbb rajin view blog aku disamping mengeluarkan kritikan secara live..hahaha..
and aku rasa biler ko baca blog aku, ko akan kenal saper aku disebalik semua yg dah ko kenal (mcm pelik jer ayat nih..ah lantakla..)..

Okla, kat bawah nih aku share sedikit gambar2 aku bersama geng2 SATO Japan...aweks jepun pakai baju kurung nih..hahahaha...layansss..(sorry ek kualiti tidak berapa memuaskan..)
<--Aweks Jepun pakai baju kurung
<-Aku bersama mereka...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Siapa itu Yasmin Ahmad??  

Friday, August 14, 2009


Salam..salam...salam mesra,salam sejahtera, salam muafakat..semoga salam sesama manusia melahirkan kasih dan sayang yg diberkati Allah...n kalu korg nak tau, dua sahabat yg saling berkasih sayang kerana Allah akan termasuk dalam salah satu golongan yg mendapat naungan Allah di Padang Masyar kelak..wallahua'lam..

Kali nih sajer jer aku bawak topik nih,walaupun nampak cam dah lapuk, memandangkan Allahyarham dah meninggal hampir 2-3 minggu yg lalu..tp tkpela, ni just from the personal view aku dr cerita org2 yg mengenalinyer dan aku hanya menyatakan kesimpulan dr beribu2 atau berjuta2 kesimpulan terhadap Allahyarhamah. Secara personally, aku mmg tk kenal Yasmin Ahmad..mmg tk kenal and dier pun tk kenal aku..kompem!..nih satu fakta.Tp aku mengenali dier dr filem2 dier..yg maner aku pun kritik gak..honestly, aku tk braper berkenan dgn filem dier..maybe sbb dier terlalu berani,maybe pada aku dier terlalu outspoken mengenai masyarakat kiter...TAPI, aku admit yg aku tgk sumer filem dier...sebabnyer..filem dier bukan pentingkan drama...filem dier ader jiwa, filem dier ader RASA. tk tau la korg,tp aku tgk filem dier, aku rasa yg aku nih MANUSIA. sbb aku bertanya ngan diri aku, nih ke keadaan masyarakat kiter? ni ke yg aku tk tahu tntang cerah-gelap masyarakat kiter...macam iklan2 PETRONAS yg slalu Yasmin Ahmad (YA) buat, iklan tuh tk sampai setengan jam, kekadang less then 5 minute, tp mampu buat jiwa aku terusik...that's YA...itu style dier...ini yg aku kenal tntang YA.

Tp recently, ASTRO ader wat satu Channel khas utk YA. tajuk channel dier YA dalam kenangan...memula aku heran gak,apsal la sampai ader channel khas utk dier...pas aku layan channel nih baru aku kenal serba sedikit personality Arwah dari kaca mata org sekeliling nyer...kalau korg tk layan la channel tuh, aku ringkaskan...mengikut kater org sekeliling Arwah:

1. Arwah tak pernah mengutuk org lain, bahkan dier akan bagi pujian honest pada semua org walaupun org tersebut hanyalah runner jer...

2.Arwah cukup menghormati org lain...tak pernah dgr dier kutuk org lain...dier inspired org lain dgn kate2 dier

3.Arwah jenis yg sgt pemaaf...tk der dendam ngan org lain.

4.Arwah mempunyai hubungan yg sgt baik dgn kedua ibu bapa nya...

5.Arwah selalu bg peluang pada org lain, hatta bangla and driver dier sendiri pun dier bagi peluang utk berlakon dalam filem dier.

6.Arwah tk pernah menyakitkan hati org lain...selalu berjenaka dan selalu mengusik

7.Arwah buat filem utk kedua ibu bapanya gembira...

8.Arwah seorg yg berani dan tegas dalam pandangan nya...
9.Arwah tak pernah memandang rendah pada org lain..pada Arwah semua manusia sama sahaja.
10.Setiap malam arwah akan mengampun kan semua dosa org2 sekeliling nyer...petua hati gembira.

Nih aku ringkaskan dari segala kesimpulan2 yg org lain cerita pasal Arwah...Arwah mmg tk kenal aku, tp aku mengambil aper yg terbaik dr sikap dan sifat dier...at least aku mencuba...

Pada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Al-fatihah...semoga dikau tenang bersama Nya...
P/s: Iklan raya burung murai yg YA buat adalah yg terbaik pd aku..paling skit pun setitis air mata aku akan mengalir...Al-fatihah...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster