Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Isu semasa: Memulangkan wang sumbangan kerana ia hasil judi?  

Thursday, September 30, 2010

Salam...terima kasih ustaz membenarkan sya share artikel nih di blog...sya bukanlah politician mahupun bersikap politik...tp hukum tetap hukum...and tolonglah, pada yg tak arif tentang hukum hakam agama, jgnlah kompiuskan org lain...jgnlah politikkan agama...(takut..sebab salah satu tanda2 akhir2 zaman, manusia menggunakan agama untuk mengaut keuntungan...)

Artikel dr Ustaz Zaharuddin.net (tanpa politik prejudis)

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Aku,Lim dan Islam  

Wednesday, September 29, 2010

Salam..secebis cerita yg masuk dalam email aku hari nih...membacanya membuatkan aku terpikir sejenak...


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkanpelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga kezaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untukmenikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika adakenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang kerumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga TahunBaru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysiasering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing,mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance',semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah,warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalangpersahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerikasetelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yangkuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulissurat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknyamemberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut denganberita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari AllahS.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagisetelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatanbertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempenamenyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakinberkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudahjauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpamakekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwakami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihatkeislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnyauntuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lamaberada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanyamacam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalaubetullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku didunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam apineraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Akuakan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab taksampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslimyang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allahdenagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukanuntuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kaudilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islampada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalahtugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambungRisalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak adakeinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalaubangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diriaku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betuldan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikirkau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itusebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikanseruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kauboleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalahbenar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untukmemperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allahakan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan sertamempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang ituaku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkanlebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islamini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang punorang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentangkebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmatdilahirkan sebagai Islam.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


It's Sunday!  

Sunday, September 26, 2010

Salam istirehat kat umah sumer...kalu ader yg bekerja or terpaksa bekerja..tabahkan hati...hehe..

actually tak tau nak update aper, just sort of boring situation...hehe

nak ajak hubby kuar jenjalan, kesian la plak..maklumlah semalam dier keje..kena cover kaizen..hehe komited sungguh..semoga rezeki kami bertambah murah..amin..

that's all....insyaAllah next entry, nak share pasal kesungguhan buat list utk bersalin ngan berpantang..hehe (leh plak tertggl list tuh dalam pc opis)..heheh

it is 33 weeks now..pray for me to keep this strength and may Allah be with us through our life journey...amin..

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Titanic  

Wednesday, September 22, 2010

Salam...sumer kompem kenal kapal Titanic kan..punyala legendary kapal nih sampai org berebut2 nak filemkan..n as a result, filem dier pun jadi legend gak...actually sumer org maklum yg kapal nih tenggelam disebabkan oleh pelanggaran ngan ice berg di lautan atlantik...ntah camana, saje jer dok browse2 internet, sekali terjumpa fakta nih.. (credit to yahoo news)..pape, jom layan...


LONDON (Reuters) – The Titanic hit an iceberg in 1912 because of a basic steering error, and only sank as fast as it did because an official persuaded the captain to continue sailing, an author said in an interview published on Wednesday.

Louise Patten, a writer and granddaughter of Titanic second officer Charles Lightoller, said the truth about what happened nearly 100 years ago had been hidden for fear of tarnishing the reputation of her grandfather, who later became a war hero.

Lightoller, the most senior officer to have survived the disaster, covered up the error in two inquiries on both sides of the Atlantic because he was worried it would bankrupt the ill-fated liner's owners and put his colleagues out of a job.

"They could easily have avoided the iceberg if it wasn't for the blunder," Patten told the Daily Telegraph.



AP/Premier Exhibitions, Inc.-Woods Hole Oceanographic Institution

"Instead of steering Titanic safely round to the left of the iceberg, once it had been spotted dead ahead, the steersman, Robert Hitchins, had panicked and turned it the wrong way."

Patten, who made the revelations to coincide with the publication of her new novel "Good as Gold" into which her account of events are woven, said that the conversion from sail ships to steam meant there were two different steering systems.

[Video: A closer look at the Titanic disaster]

Crucially, one system meant turning the wheel one way and the other in completely the opposite direction.

Once the mistake had been made, Patten added, "they only had four minutes to change course and by the time (first officer William) Murdoch spotted Hitchins' mistake and then tried to rectify it, it was too late."

Patten's grandfather was not on watch at the time of the collision, but he was present at a final meeting of the ship's officers before the Titanic went down.

There he heard not only about the fatal mistake but also the fact that J. Bruce Ismay, chairman of Titanic's owner the White Star Line persuaded the captain to continue sailing, sinking the ship hours faster than would otherwise have happened.

"If Titanic had stood still, she would have survived at least until the rescue ship came and no one need have died," Patten said.

The RMS Titanic was the world's biggest passenger liner when it left Southampton, England, for New York on its maiden voyage on April 10, 1912. Four days into the trip, the ship hit an iceberg and sank, taking more than 1,500 passengers with it.

(Reporting by Mike Collett-White, editing by Paul Casciato)

p/s--> aku mmg minat mender2 sejarah...(sejarah mengajar kita hidup waktu kini..kata2 cikgu sejarah aku dlu)

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


First raya --> Penang  

Tuesday, September 21, 2010


alam...citer skit la ek pasal raya arituh...alhamdulillah ni first time beraya as hubby-wife and juga father-mother to be..heheh..memandangkan cuti dah abis, so tkleh nak amik cuti bebanyak (unpaid)...sehari sebelum nak raya, kami berdua amik le half day..memula bimbang gak..takut2 jalan jem...plus condition aku skang nih mmg nak ke bilik air je kejenyer...doa kami dimakhbulkan, dan alhamdulillah sepanjang perjalanan xder pape masalah pun...ngam2 4 jam setengah, kami dah sampai Penang..


sampai pun dah petang,so adik2 iparku sibuk mengemas2 umah..maklumlah nak raya dah...seb bek gak lah baju raya aku ngan hubby dah disiapkan awal2( in case tersampai pagi raya)...menjelang maghrib, hati tersayu sekejap dgr takbir raya..huhu...

pagi2 raya tuh, aku dah bgn..mandi sunat, solat subuh and siap2 pakai baju raya..hubby pun siap2 nak gi sembahyang raya...asalnyer aku nak gi sama, tp memandangkan condition aku yg tk brape larat dah nak berjalan, hubby nasihatkan aku stay kat umah je...so hubby,abah mertuaku dan adik iparku je la yg pigi...

sebelum hubby nak gi masjid, aku sempat la kol family aku di kuantan..agak sebak dan mengalir gaklah air mata nih nk ckp kat phone...pas aku, hubby lak berbual2 ngan mak abah...huhu (sayu..)..pastu bermula la upacara mohon2 maaf nih..huhu..terharu..syahdu...sbb first time dpt beraya bersama...(thanks Allah for this gift and many more)

memandangkan hubby balik dr masjid nak dekat kul 11.30pg (dorg singgah umah tok ngan alang), so aku pun tkleh nak jenjalan lagi sbb kang hubby nak siap2 gi solat jumaat lak...tp nak dekat2 tghari, kakak iparku ajak gak gi umah dorg...menu kat umah dorg marvellous...mee kuah+ketam sambal...sedapnyer...(syg xamik gambar)..huhu

then, after hubby balik dr solat jumaat, kitorg just jenjalan umah sedara mara jer..memandangkan keadaan aku yg xbrape selesa nak jalan jauh, xbyk la umah yg pigi..(thanks hubby sbb very2 understanding)...lain2 perkara in the first day, kitorg byk main ngan anak sedara (baby fattah)..

esoknyer raya kedua, kitorg menuju ke kampung aku side abah...sg petani!kebetulan masa sampai, tok pun tk brape sihat, so leh la jenguk skali...

pape pun, raya first as hubby-wifey ni mmg best..dan alhamdulillah aku dikurniakan keluarga mertua dan ipar duai yg best...

p/s:beraya2 gak...sbb makan byk nyer pasal..aku diserang cirit-birit di hari raya ketiga..huhu


AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Tolong..tolong..  

Monday, September 20, 2010

Salam sumer...dua tiga minggu nih susah btul nak tido malam...dalam kete nak balik keje kemain nak lelapnyer tp pas maghrib..mata cerah jer...kekadang pukul 1 pagi pun still guling2 atas katil...cam semalam pukul 3 pagi baru leh lelap mata, tu pun sambil2 tgk tv...tup2 ngantuk trus tido...yg xbestnyer, biler dtg keje struggle giler2 xnak ngantuk...(prestasi keje pun merudum..huhu)..
so pada kengkawan yg ader pengalaman time preggy nih, especially camane nak bg tido cepat and yg penting effisyen, tolong ler bg petua...dah mcm2 try...minum susu la,kire kambing la,setting mind mode ke hibernate mode la...still xberhasil..(doa tido kekadang yg keberapa belas kali baca pun xleh nak lena gak..)...jeles tgk mr hubby tido ngan nyennyaknya...huhu

tolong ek...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Simptom2 bersalin...(yeke?)  

Saturday, September 18, 2010

Salam...alhamdulillah dah masuk minggu ke 32...so skang nih bermacam2 perasaan dan phenomena yg aku rasa..huhu..kekadang 'ter'panik gak la dgn simptom2 nyer..maklumlah first time kan...so sgt2 la clueless..


firstly, mmg aku rasa perut sekali sekala memberat ke bawah...n pergerakan baby pun makin lama makin kuat...secondly, discharge pun keluar agak byk..especially kalu berdiri atau berjalan laju..thirdly, slalu terasa nak membuang...tp sampai toilet tkder pape pun...fourthly, instead of sembelit, aku slalu cirit birit xkisah la makan pape pun..sampai sesekala takut nak makan...huhu..

so based on experience org lain, ni mcm simptom2 nak bersalin dah..tp pada aku mcm awal lagi...pape pun aku berserah je la pada Allah...yg penting sihat dan selamat..amin

pada kengkawan yg ader pengalaman simptom2 sebelum bersalin nih, leh ler kongsi2 ek...maklumlah sya org baru...huhu

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Kazen baru..  

Friday, September 17, 2010



Salam...wah minggu nih byk betul berita gembira dan bahagia..yg terbaru, paksu dan maksu baru sahaja menambah cahaya mata yg ke lima...baby gurl lagi...comei nyer kazen baru nih..
so far, xder nama lagi tp mata nyer bulat sungguh!..

tahniah pada kakak2 nya...anis,fiqah,amalin, dekna....



AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster