Aku,Lim dan Islam
Wednesday, September 29, 2010
Salam..secebis cerita yg masuk dalam email aku hari nih...membacanya membuatkan aku terpikir sejenak...
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon.Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkanpelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga kezaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untukmenikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika adakenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang kerumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga TahunBaru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysiasering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing,mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance',semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah,warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalangpersahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerikasetelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yangkuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran.maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit,yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulissurat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknyamemberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut denganberita yang kudengar dari kakaknya.
" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since5 years ago. ..Subhanallah!
Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari AllahS.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagisetelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatanbertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempenamenyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakinberkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudahjauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpamakekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang"Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwakami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihatkeislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnyauntuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lamaberada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanyamacam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,is my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalaubetullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku didunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam apineraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Akuakan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab taksampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslimyang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allahdenagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukanuntuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kaudilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islampada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalahtugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambungRisalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak adakeinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalaubangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diriaku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betuldan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikirkau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itusebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikanseruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kauboleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalahbenar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untukmemperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allahakan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan sertamempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang ituaku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkanlebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islamini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang punorang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentangkebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmatdilahirkan sebagai Islam.
0 comments: to “ Aku,Lim dan Islam ”
Post a Comment