Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Senang ke isteri nak dapat kebaikan..??  

Sunday, February 7, 2010

Assalamualaikum sahabat blog....sesuatu yg ingin dikongsi dgn semua isteri-isteri, ataupun bakal isteri2..betapa senangnya seorang isteri nih nak dapat kebaikan...dipetik dr blog fitrahpower..tq ustaz..


Ya Allah, jauhilah aku dr sifat mengeluh, dan tenangkan lah hatiku dgn setiap ketentuanMu...permudahkan lah kehidupan kami suami isteri..amin ya Rabb.

Wahai isteri,bersabarlah!

Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan alat penggiling sambil menangis.

“Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu menangis lagi.”

“Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya menangisi kesibukanku yang silih berganti.”

Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata, “Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.”

Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke penggilingan. Dengan membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim maka berputarlah alat penggiling itu atas izin Allah. Beliau terus memasukkan biji-bijian itu sementara alat penggiling terus berputar sendiri, sambil memuji Allah dengan bahasa yang tidak dipahami manusia. Alat penggiling itu terus berjalan sampai biji-bijian itu habis.

Rasulullah saw berkata kepada alat penggiling itu, “Berhentilah atas izin Allah.” Seketika alat penggiling itu pun berhenti. Beliau berkata sambil membacakan ayat Al-Quran,

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak pernah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya, dan mereka selalu mengerjakan segala yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim:6)

Merasa takut jika menjadi batu yang kelak masuk neraka, tiba-tiba batu itu bisa berbicara atas izin Allah. Ia berbicara dengan bahasa Arab yang fasih. Selanjutnya batu itu berkata, “Ya Rasulullah, demi Zat Yang Mengutusmu dengan hak menjadi Nabi dan Rasul, seandainya engkau perintahkan aku untuk menggiling biji-bijian yang ada di seluruh Timur dan Barat, pastilah akan kugiling semuanya.”

Nabi saw bersabda, “Hai Batu, bergembiralah kamu. Sesungguhnya kamu termasuk batu yang kelak dipergunakan untuk membangun gedung Fatimah di syurga.” Seketika itu batu penggiling bergembira dan berhenti.

Nabi saw bersabda kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra, “Kalau Allah menghendaki hai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu. Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta. Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala
orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat. Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.”
“Bukankah engkau mengerti, Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi bagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan bagian dari kebencian Allah.”

Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila sampai rasa sakit menjelang waktu melahirkan, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan,
dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan
keampunan untuknya hingga kiamat.”

“Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, `Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni
dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga.

Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirath.

Wallahua'lam

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


8 cara menjadi isteri dambaan suami  

Saturday, February 6, 2010

Assalamualaikum...salam sejahtera buat sahabat2 blog..semalam waktu boring2 mengadap PC kat umah, aku membuka blog2 sahabat utk mencari sedikit pengetahuan dan pengajaran...and salah satu blog yg aku terbaca mengenai tajuk yg kat atas nih..bersesuaian dgn kehendak suami utk sentiasa memperbaiki diri dan meningkatkan ilmu pengetahuan, aku ingin berkongsi bersama sahabat2 blog sekalian..maybe antara cara2 berikut mmg sudah diketahui, tp maybe kita sudah lupa kan..kan..jom revise..


1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.


Wallahua'lam

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Selamat semuanya...  

Tuesday, February 2, 2010


Assalamualaikum and salam sejahtera...kembali mengetuk keyboard setelah bercuti selama 2 minggu..fuhh...mmg best dpt berehat sekejap dr kesibukan keje..hehe..pada yg dah tahu, 2 minggu cuti adalah bersempena perkahwinanku..alhamdulillah tepat pada tarikh 30Januari2010,selamat aku dinikahkan dgn suamiku, Amir Mohd Idris bin Abdul Rahman dgn sekali lafaz..perasaan masa tuh mmg bercampur baur...sedih kerana aku kini bebas dr lindungan ibu bapaku..tetapi gembira utk berada di bawah lindungan suamiku..mmg saat mencium tgnnya buat kali pertama mmg adalah suatu yg klasik tp amat bermakna..dan dakapan abah dan mak, sgt2 memilukan..terutama mendgr bisikan2 nasihat dari keduanya...bermula saat itu, aku kini seorg isteri dan tanggungjawabku ke atas Allah dan suamiku..


Mmg saat menjadi isterinya, seakan terngiang2 hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Apabila perempuan menunaikan solat lima waktu, dan berpuasa sebulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya. Maka dikatakan kepadanya: “Masuklah syurga daripada pintu manapun yang engkau kehendaki”. (HR Ahmad).

Wallahua'lam

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Mengenali diri sendiri..  

Monday, January 18, 2010


Salam kengkawan sumer..hehe..aku amat2 jarang menulis blog skang sbb aku bukan nyer menjadikan blog sebagai diari harian..tetapi more to sharing ilmu or pengalaman...hehehe..so utk sharing sesuatu aku perlu belajar dan mendalami sesuatu itu..bila aku dah tahu maka aku akan kongsi insyaAllah..(dah start mengarut dah)...huhu


Oklah..aku terbaca dalam satu buku...yg bertajuk menerobos ke dalam diri sendiri..ok utk yg tak berapa terer bahasa melayu yg macam aku..menerobos means melihat atau menembusi (Kamus Dewan,1998) ke dalam sesuatu..so maksud menerobos diri..ialah melihat kedalam diri sendiri dan memahami..ok bercakap tentang mengenali diri sendiri..berapa org ramai kenal dan tahu tentang diri sendiri..senang citerla..kiter biasa melihat org dan judge org itu mengikut persepsi dan pemikiran kita..kita kenal dia melalui apa yg kita nmpak tp pernahkah kita judge diri kita sendiri..pernah, tapi terlalu sedikit...

Ok...dalam sedut psikologi (xsilap aku belajar mender nih masa sekolah dlu...dalam bab penyelesaian konflik..tolong btulkan aku kalu aku silap k)..terdapat 4 perkara yg kita tahu dan kita tidak tahu...

1-yg pertama kita tahu dan org lain tahu pasal kita

2-kita tahu dan org lain xtahu

3-kita xtahu tp org lain tahu

4-tiada siapa pun yg tahu


so kesimpulannya..kita kena kenal diri kita sebelum org lain kenal..kena tahu dimana kekuatan dan kekurangan kita...secara fizikal..mental..dan personaliti..biler kita kenal dimana kekuatan dan kekurangan kita...of course kita akan counter segala kekurangan dan kelebihan kita akan terkeluar dgn sendirinya...


so..utk check list diri aku..yg aku tahu dan org lain tahu:

1-aku seorang yg kidal

2-aku seorang yg peramah dan mudah ketawa

3-aku juga mudah sensitif dan menangis..huhu

4-aku terlalu rapat dgn family aku dll...


aku tahu dan org lain xtahu

1-sbb aku jer tahu..so xleh la bgtau...huhu



orang lain tahu, aku xtahu

1-aku kena tnya org dlu..sbb aku xtahu..hahahah


semua org tak tahu

1-ajal,jodoh,rezeki..

2-kemana kesudahan aku..syurga/neraka (nauzubillah)


so...biler kiter kenal pasti diri kita..kompem kita akan lebih menghargai diri kita..dan insyaAllah semua perkara2 yg baik dalam diri kita akan terkeluar dgn sendirinya...tak kenal maka xcinta...maka kenalilah dlu diri sendiri..belajar mencintai diri sendiri..insyaAllah cinta itu Allah mudahkan ke dalam hati org2 disekeliling kita..amin..


chow!

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Farewell Tini  

Friday, January 15, 2010



Salam..biler bercerita pasal farewell nih..mesti sedih skit coz semenjak berada dalam SATO ni, byk dah menghadapi perpisahan ngan kengkawan yg baik2 belaka...tp kali nih perpisahan ngan Tini mmg devastating...why..because she is a sweet girl and funny..byk gak kenangan2 ngan dia...tp die pigi pun sbb nak pursue dream dier for being a pendidik..mmg sgt2 sesuai..
So satu farewell utk dier kitorg dah wat kat Seoul Garden OU,actually mmg dier suka sgt pigi tempat nih..so we having our last dinner as a group (hopefully kiter bleh lepak2 selepas nih)..for you Tini, good luck in your every future undertaking...lagi sedih..huhu..aku kehilangan my sensei..hehhe...



Anyway,yang patah akan tumbuh berganti..but yg ganti belum kan sama yg telah patah..tp hijrah utk ke arah yg lebih baik kan mmg dianjurkan..so good luck Tini...

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


Walimatulurus...finally  

Sunday, January 10, 2010


Salam...akhirnya detik yg ditunggu2 tiba...kad perkahwinan kami dah siap..alhamdulillah sebaik saja sampai umah utk pick up kad...terus kontek kengkawan utk sms/email alamat...gilerr penat tp series sgt2 best dan xpercaya! hehehe

Isi-isi sumer nama and address kengkawan..esoknyer aku post sumer kad2 tuh...alhamdulillah setel keje...so next stage for opismate and kengkawan yg tk perlu menggunakan setem hehehe...

I'm getting married and of course all of you are invited!!!!!


The countdown for today: 20 days...tatuttt!!!



AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


2010: New Resolutions  

Friday, January 1, 2010


Yeay!!!!Tahun baru..alhamdulillah...melangkah jugak ke tahun 2010 yg pasti membawa seribu macam kelainan pada diri aku..macam besala...seperti tahun2 sudah..permulaan tahun nih adalah utk review balik sumer achievement and kekurangan tahun lepas..and set the new resolution...As for this January 30th, aku akan bertukar status menjadi seorang wife..kompemlah resolution tahun nih sedikit berbeza...but anyway as to review last year mission..most of the missions were completed...for last year missions...aku devide by two..satu aku punya career fokus ngan satu lagi personal fokus...as for career fokus, aku mencapai misison yg aku nak..which is aku berjaya mencapai sasaran aku utk at least proved yg aku leh berdiri ngan kaki sendiri n succeed..as aku diberi tanggungjawab utk carry out satu projek besar..aku berjaya achieve the mission to complete by December...so relieved and proud of myself (alhamdulillah)..thanks to all yg byk support and well done guys!...and yg paling best, masa PMS harituh pun aku dpt review yg baik dr bos..and as a result bonus aku pun unexpected..alhamdulillah sgt2...


and for personal achievement, at least this year quite tough for both of us...but dgn izin Allah, sumer dugaan2 tuh mcm flawless jer...and setelah bertungkus lumus for last year..insyaAllah 30hb nnti terpatri janji kami..cewah! doa2kan la ek...



So, this year punyer resolution:

1-Of course la want to be isteri solehah (nak patuh dan taat pd suami)

2-Nak selalu solat jemaah ngan suami...

3-Cuba seterdaya utk sediakan sumer keperluan suami...

4-Tarbiyah diri sendiri dan suami (nak cr lagi ilmu2 agama)

5-Nak wat library kat umah (nak penuhkan rak2 kosong tuh ngan buku2 agama and ilmiah)

6-Nak grab satu DSLR (Nikon D60 or D3000)..huhu

7-Nak banyakkan hafaz surah2 al-Quran..especially yg tggl2 dlu...


So far ni lah resolution for new status nnti...other than that, maybe carry forward some last year mission especially on career...improve more and learn harder..insyaAllah...


Until today..the countdown is left 29 days!...permudahkan ya Allah...


AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster