Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Saya bukan sempurna...  

Wednesday, November 30, 2011

Assalamualaikum..bertemu kembali...sekarang nih penyakit malas nak mengupdate blog...maklumlah dah ader 2 amanah nih..cpt sangat terlelap nyer..samada sengaja mahupun yg tidak disengajakan (tidurkan anak, dgn mama sekali terlena)...so dikesempatan ni boleh la, menulis sedikit sebanyak buah fikiran utk dishare bersama...
Alhamdulillah Allah menciptakan sya cukup sempurna..cukup segala anggota, lahir dr rahim seorang mak yg Muslim, dikurniakan kepada keluarga yg mewarisi Islam, berkahwin dengan suami yg baik, dipermudahkan rezeki mendapat anak dan sebagainya...alhamdulillah...alhamdulillah..sehingga nafas terakhir sya pun belum cukup utk sya luahkan betapa terima kasihnya sya pada Allah atas semua kurniaanNya ini...
Namun sya juga bukan sempurna, sya belum menjadi seorang anak yg sempurna, isteri yg sempurna, mama yg sempurna...maka adakah kerana ketidaksempurnaan itu menjadikan sya tidak boleh berdakwah? tidak boleh menasihati? atau tidak boleh dicontohi?
Jika hanya dengan menjadi sempurna, baru boleh berdakwah dan menasihati, maka pupuslah Islam kerana manusia yg sempurna sudah lama meninggalkan kita...makanya, jangan segan2 utk menasihati wlaupun hanya perkara2 kecil..kerana yg kecil2 inilah yg membawa kepada yg besar...
begitu juga menjadi seorang ibu/mama/mak/ummi/mummy dan sebagainya, sya tidak sempurna...namun sya harus kelihatan sempurna di mata anak2 sya...sya perlu menjaga adab dan akhlak agar anak2 yg cepat belajar tidak terikut2 segala perbuatan sya...sedar atau tidak...sya belajar menyempurnakan akhlak sya dgn tarbiah kecil dr anak2 sendiri..
begitu juga dgn pemakaian, sya juga masih belum sesempurna yg dituntut...namun setiap hari adalah pembelajaran buat sya...dgn memiliki seorang anak perempuan, menjadikan sya lebih bertekad utk menjaga aurat sebaiknya..bimbang nnti bila anak mula bertanyakan soal aurat, sya umpama "ketam yg mengajar anaknya berjalan lurus"...maka sya tidak mahu menjadi ketam itu...
begitu juga dalam bab menerima nasihat..."dengar nasihatnya, jgn lihat siapa yg memberinya"--itu nasihat senior sya sewaktu zaman sekolah dulu2..nasihat yg baik umpama air yg menyuburi taman...semoga ia tidak terus kontang kerana hati yg tidak dicurah dengan nasihat akan keras hatinya...dan sesungguhnya ilmu sukar utk ditembusi...
dan pada yg memberi nasihat juga penting, kerana terkadang hati ada perasaan sedikit takbur dgn ilmu yg ada, hilang sudah fokus utamanya...merasakan diri hebat, penuh ilmu didada dan memandang rendah pada org lain akan mengakibatkan bukan sahaja kebencian org, malah menjauhkan org dr mendekatinya...biarlah yg memberi mahupun yg menerima nasihat sentiasa merendah diri dan tidak berganjak dr fokus utamanya..

Sentiasalah membimbingku utk menjadi lebih sempurna 
Marilah kita mula dgn memberi nasihat dan menerima nasihat dgn hati yg penuh terbuka...ingat, jika menunggu sehingga sempurna baru ingin memberi nasihat...nescaya Islam itu tidak kemana!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster