Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Kelahiran Puteriku....  

Sunday, March 11, 2012


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 


Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 


Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 


Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya


Assalamualaikum....saja mulakan entri kali nih dgn lagu nasyid dr Hijjaz..actually sgt suka ngan lagu nih dr zaman sekolah sebab masa tu abah selalu tujukan lagu ni sebagai ingatan buat sya...so kali nih nak ceritakan betapa gembira dan bersyukurnya kami sekeluarga menyambut org baru...
Minit-minit terawal Iman Safiyyah melihat dunia...semoga kelahiran mu ini dengan senyuman dan pengakhiran hidupmu juga dengan senyuman...amin

Hari ke-2
Alhamdulillah pada tanggal 3/Mac/2012, sya telah selamat melahirkan seorang puteri pada pukul 12.17 tengahari dengan berat 3.39kg...proses melahirkan nya dipermudahkan Allah..syukur sangat2...nama puteri kami ini....Iman Safiyyah binti Amir Mohd Idris....diilhamkan daripada nama salah seorang Ummul Mukminin...Safiyyah isteri Rasulullah s.a.w.......semoga jiwamu kental, tak goyah imanmu, tinggi akhlakmu, cerah akalmu, kuat hafalanmu, fasih lidahmu, sihat tubuh badanmu, semoga syurga tempatmu...amin..amin ya Rabb.

AddThis Social Bookmark Button

Links to this post Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster