Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Air Yasin..Solat hajat Utk Lulus periksa  

Sunday, October 11, 2009

Assalamualaikum..sahabat blog..aku nak bagi korg satu situasi,penah tak korang masa belajar dlu..especially nak dekat2 exam, cikgu akan edarkan satu surat mintak mak abah or waris datang ke sekolah and mintak bawak air botol...utk wat solat hajat berjemaah dan bacaan air yasin bersempena nak periksa...aku mmg penah melalui mender2 nih especially masa aku dibangku sekolah dlu..setelah sekian lama aku nak tahu dr segi hukumnya..tp tk pernah nak cari...maybe sbb dlu mender nih nmpak baik jadi aku yg pada waktu itu agak jahil hanya ikutkan saja...walaupun ader ketikanya aku dgr jugak mak abah aku pertikaikan mender nih..namun semuanya ikutkan saje...

mencari dan mencari aku akhirnya jumpa jawapannya...satu hari aku terbaca pasal hal nih dalam satu laman soal jawab agama...kat sini aku nak share skit ttg kandungan jawapan yg Ustaz bagi:


Baca Yasin bagi jadi pandai :

1. Asal membaca Yasin adalah harus pada bila-bila masa yang dikehendaki, TANPA ditetapkan atau dikhususkan pada sesuatu masa dan tempat kerana perbuatan mengkhususkannya pada masa dan tempat tertentu tidak pernah diajarkan oleh Nabi saw. Apabila kita menetapkan dan mengkhususkannya pada sesuatu masa, kemudian kita reka-ciptakan pula kelebihan-kelebihannya, maka perbuatan ini adalah menyalahi sunnah. Disamping itu siapalah yang berani memberi jaminan kelebihan-kelebihan tersebut, siapa pula berani melebihkan pahala baca yasin pada malam-malam tertentu sedangkan Allah dan Rasul tidak pernah mengkhabarkannya ?

2. TIDAK ADA sama sekali petunjuk dari Nabi saw mahupun para sahabat, membaca Yasin pada air itu boleh menjadi sebab kepada pandai dan lulus periksa, tidak ada juga ia menjadi sebab kepada memperoleh hidayah dari Alah swt.

Kalau sekiranya benar membaca Yasin itu boleh menjadikan seseorang pandai dan lulus periksa, maka sudah tentu Nabi dan para sahabat akan mendahului kita melakukannya. Ini kerana di kalangan sahabat juga ada yang kuat hafalan dan ingatannya dan ada pula yang lemah dan kurang kuat ingatannya. al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan kisah Abu Syah yang mendengar khutbah Nabi saw, tetapi beliau tidak mampu menghafalnya, lalu beliau meminta Nabi saw menuliskan untuk beliau isi kandungan khutbah tersebut, Nabi sawpun bersabda:

اكتبوا لأبي شاه

maksudnya : “Tulislah kamu semua (isyarat kepada sahabat yang lain) untuk Abu Syah.”

Ini menunjukkan Nabi mengarahkan kepada usaha yang boleh membantu ingatan dan hafalan iaitulah dengan menulis. Abu Syah bukanlah seorang yang boleh menulis, walaupun demikian Nabi saw tidak pernah penyuruh beliau membaca Yasin pada air zam-zam (atau air yang lain) untuk menguatkan hafalan dan ingatannya, sebaliknya Nabi saw menyuruh sahabat lain menulis untuknya. Kalau baca Yasin pada air itu boleh bagi seseorang itu pandai, kuat ingatan dan hafalan sudah tentu Nabi saw akan lakukannya atau menyuruh Abu Syah melakukannya.

Solat Hajat lulus periksa

Para ulama berbeza pendapat tentang kedudukan solat Hajat. Sebahagian mengatakannya ada dan disyariatkan, dan sebahagian yang lain mengatakan solat Hajat itu tidak ada.

Golongan yang mengatakan solat hajat itu ada, menjadikan dalil antaranya dari hadith yang menceritakan kisah seorang sahabat yang buta yang meminta Nabi saw mendoakan disembuhkannya. Lalu Nabi saw meminta beliau mengambil wudhu dan menunaikan solat Dua rakaat. Kata para ulama yang pertama ini dua rakaat tersebut adalah dua rakaat solat Hajat.

Golongan yang kedua pula, yang mengatakan solat Hajat itu tidak ada memahami dua rakaat tersebut adalah dua rakaat mutlak yang diarahkan oleh Nabi saw, agar sahabat tersebut melakukan sesuatu kebaikan (solat) sebelum memohon dicelikkan matanya oleh Allah swt.

Secara ringkasnya kedua-dua golongan ulama ini memiliki hujah masing-masing yang kuat. Dalam isu sebegini kita tidak boleh menyalahkan mana-mana golongan. Maka siapa yang hendak lakukan solat hajat, kita katakan silakan…, dan siapa yang tidak mahu lakukan solat hajat, maka kita katakan silakan kamu buat amalan-amalan lain dan perbanyakkanlah doa.

Cuma tidak ada ulama yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah, melainkan segelintir tokoh agama kemudian yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah degan alasan apabila kita ada hajat yang sama, seperti nak lulus periksa, nak memang dalam pilihan raya dan seumpamanya.

Namun pandangan yang melarang dilakukan solat Hajat secara berjamaah adalah LEBIH KUAT. Ini kerana alasan golongan yang mengharuskanya tertolak berdasarkan sirah Nabi saw. Baginda dan para sahabat telah melalui berbagai peperangan, dan kesemua mereka memiliki hajat yang sama iaitulah untuk menang di dalam setiap peperangan, namun tidak pernah walau sekali mereka menunaikan solat Hajat secara berjamaah untuk memohon diberikan kemenangan. Kisah perjanjian Hudaibiyyah sebagai contoh yang lain, betapa Nabi dan para sahabat amat rindu untuk pulang ke tanah air mereka Mekah, kemudian mereka dihalang oleh puak musyrikin, dan berlakulah peristiwa perlantikan Uthman sebagai wakil rundingan dengan penduduk Mekah, dan beliau ditangkap oleh penduduk mekah. Timbul bermacam spekulasi. Walaupun demikian Nabi saw dan para sahabat tidak pernah menunaikan solat hajat berjamaah di Hudaibiah, meminta pertolongan dari Allah memperkenankan hajat mereka yang sama.

Ini semua membuktikan solat hajat, jika kita ambil pendapat ulama yang mengatakan ianya disyariatkan, hendaklah kita lakukannya secara berseorangan.

Kalau orang kata apa salahnya kita lakukannya secara berjamaah, bukankah itu juga baik ??? Kita jawab kepada mereka, soal ibadat ini tidak ada ruang untuk akal mengetahui baik buruknya. Samalah halnya dengan solat sunat lain seperti Tahiyyatul masjid, sunat qabliyah dan ba’diayah, apa salahnya kalah kita tunaikan solat tahiyyatul masjid atau qabliyah dan ba’diyah secara berjamaah. Bukankah ini juga baik pada akal fikiran kita ? tapi kenapa kamu semua tidak lakukannya. Bukankah jawapannya kami tidak lakukan tahiyyatul masjid dan solat sunat yang lain dengan berjemaah kerana nabi saw tidak pernah melakukannya secara berjamaah. Maka hal yang sama sepatutnya kamu lakukan terhadap solat hajat.

Sesunguhnya dalam soal ibadat, apabila tidak ada petunjuk dari Nabi saw, maka ianya menunjukkan perkara itu tidak ada. Ini sepertimana kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama iaitulah :

maksudnya : “Asal di dalam ibadah itu adalah terbatal” sehingga adanya dalil yang menunjukkannya.
wallahu a’lam.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster