Menitip jalan..
Friday, November 12, 2010
Pic : 2 greatest abah and mak
kalau diperhatikan lirik tuh, mmg dijelaskan beberapa ciri utk jadi ibu mithali..memandangkan aku juga bakal bergelar ibu,menitip jalan menuju ke arah tuh mmg sgt mencabar..dgn arus dunia yg skang nih bercampur baur antara keperluan dan kehendak,agama dan dunia..mmg sgt sukar..
mmg tabik la pd ibu2 yg mampu mengasuh anak bukan sahaja lengkap dr segi duniawi tp ukhrawi juga...(especially to my mak...thank you!)
Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
cabaran masa kini nak mendidik anak, bukan sekadar memberi kasih sayang je, tp keperluan2 jati diri yg lain..seram sejuk gak biler baca budak2 skang..umur belum cecah akil baligh lagi dah pandai utk 'memandai'..biler pikirkan mender2 camnih la yg kekadang 'seriau' gak...sbb punca kpd masalah nih pelbagai...keterabaian terhadap elemen2 agama,keterlalaian pengawalan ibu bapa,keterbukaan minda masyarakat dan kerendahan nilai moral anak itu sendiri...(saje aku gunakan perkataan 'ter' didepan...sbb pd aku mender2 nih bukanlah sesuatu yg disengajakan)..
aku belum lagi berhadapan dgn situasi sebenar,tp aku cuba bersedia dr segala sudut utk memberi yg terbaik utk anak2 ku kelak...apa yg dicurahkan oleh kedua ibu bapaku cuba kuterapkan dalam jiwa anak2 ku mengikut kesesuaiannya...harapan aku, bukan sekadar anak2 ku kelak menjadi aset di dunia, tp menjadi jaminan dan syafaat utkku di akhirat kelak...
p/s:
pernah kutanyakan pada mak,mak xpening ke ramai anak lelaki kat umah nih (aku ader 4 org adik lelaki), yelah karenah masing2 yg memeningkan...mak aku jawab simple je,mak mmg nak 4 anak lelaki,esok2 4 anak lelaki ni lah yg akan angkat setiap penjuru keranda mak bila mak meninggal nanti...dan 2 org menantu mak akan memayungi nyer...(Allahhuakbar, mengalir air mataku)
0 comments: to “ Menitip jalan.. ”
Post a Comment