Ayat-ayat Al-Quran
Hadis Rasulullah s.a.w
Alamak!
Monday, October 19, 2009
Assalamualaikum..bertemu di malam isnin..alhamdulillah hari nih actually aku tk keje..kompeni bg leave sempena Deepavali..so kepada kengkawan yg sambut..happy deepavali...huhu..nak citer satu mender nih, hari sabtu baru2 nih, mak abah aku dtg kl..so doklah umah aku...sambil2 sembang tuh terkeluar la ayat dr abah aku..kena jaga makan nih, macam dah naik badan jer...mak aku plak mengiyakan..alahai..mmg dah naik badan pun!
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postKegilaan..
Thursday, October 15, 2009
Salam..lama btul xmeng update blog..maklumla recently byk keje skit n balik keje plak..kuasa pc game lebih kuat berbanding blog nih..hahah..namun blog kesayangan aku nih xleh dibiarkan saja..hahah..
oklah, bercakap pasal kegilaan..actually kegilaan membawa byk maksud...mengikut kamus dewan edisi ketiga 1989 (hahah..ni la kamus yg aku guna masa skolah dlu)..kegilaan bermaksud 'tersangatlah suka'...dan juga bermaksud 'gila'...so mengambil dr perkataan tersangatlah suka, kegilaan bermaksud sesuatu perkara yg dibuat sehingga menimbulkan perasaan tersangatlah suka...so dalam masyarakat kita skarang nih, terdapat pelbagai kegilaan..ada sesetengah kegilaan itu mendatangkan manfaat bukan sahaja dr segi pengetahuan malah dr segi kewangan...dan tak kurang juga yg mempunyai kegilaan yg gila sehingga menyusahkan org lain dan menjadi bebanan masyarakat...
so bercakap tentang kegilaan aku...actually aku tidak mempunyai spesifik kegilaan...sebabnya kegilaan-kegilaan aku buat masa sekarang terhalang disebabkan banyak faktor:
1-Aku mempunyai kegilaan melihat tempat2 org atau istilah yg lebih common..melancong. Maybe masa aku kecik2 aku sudah terbiasa hidup berpindah randah (disebabkab parents aku tentera), so aku sgt suka melihat tempat2 org..so bila dah besar nih, kegilaan aku sedikit terhalang kerana faktor masa.
2-Aku mempunyai kegilaan dalam bidang fotografi...aku ingin org lain berkongsi pandangan mata aku mengenai dunia..aku ingin share perasaan aku dalam setiap gambar yg aku tangkap..namun kegilaan ini terhalang disebabkan faktor kewangan...
So, kegilaan-kegilaan ni lah yg banyak memotivatekan aku utk mencapainya...insyaAllah.And aku harapkan kegilaan aku nih mendatang kan faedah buat diri aku dan juga org2 disekeliling ku...dgn banyak berjalan akan luas pemandangan dan pengetahuan...berfikir tntang keagung penciptaanNya dan seterusnya meningkatkan keimanan aku pdNya..amin
So, apa kegilaan kalian?
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postMata
Wednesday, October 14, 2009
Assalamualaikum...lama btul aku nk share mender nih..tp tk sempat2 nak share..maklumlah aku terlalu sibuk..dan sebelum citer ni hilang dr ingatan aku..baik aku share kat sini cepat2...hahah..
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postBeralah itu mudah..bukan bererti kalah..
Tuesday, October 13, 2009
Assalamualaikum...sahabat blog sekalian...pernah dgr tak ungkapan mengalah tak bererti kalah..berundur tak bererti menyerah...ungkapan2 begini selalu kita dgr especially biler berlakunya pergaduhan atau ketidak sefahaman..mudah untuk mengatakan, "Kau beralah jela" atau "Buang yg keruh ,ambil yg jernih" " Tak guna kau berdegil, beralah jela"...ungkapan2 yg mennganjurkan kita utk beralah..namun hakikatnya, senangkah? aku teringat kata2 org putih..Forgive and forget...sesenang itulah? Kalau dunia ni mengamalkan konsep tu, aku yakin takkan ader peperangan atas muka bumi Allah nih..semuanya pemaaf..semuanya beralah..semuanya menyedari kekurangan masing2 lantas menerima dgn hati yg terbuka...aman kan dunia?
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postApa nak jadi..jadilah
Monday, October 12, 2009
Assalamualaikum sahabat blog sekalian...berlalu lah sudah minggu lepas yg agak meletihkan dan hari nih aku diuji plak ngan sakit tekak...minggu lepas cuaca tk menentu dan panas membuatkan tekak aku sangat kering...kena plak ari sabtu lepas, sepatutnya ader open house bertukar menjadi family day yg dibuat dkt KL base TUDM. Nak citer skit la pasal perjalanan ke KL Base nih, actually aku tk penah pigi tempat nih..kat KL nih, base tentera yg aku tau hanyalah MINDEF dan KEM sg BEsi...pastu biler pakcik aku bgtau yg KL base nih terletak dekat2 ngan Jalan Istana, aku dah makin kompius..maklumlah Jalan Istana yg aku tau hanyalah tmpat bakar ikan...hahahaha...dgn kompiusan tersebut, aku mintak direction pada org yg lagi pakar pasal KL...Uncle Ateng..dier dlu mmg dok lama kat KL and even skang pun masih bekerja di MINDEF. atas instruction dier tuh aku akhirnya nmpak padang TUDM...tp blum sampai lagi disebabkan aku xjumpa cari plak pintu masuk dier..aku determine nak pusing2 area situ sampailah aku nmpak signboard "Awas kenderaan tentera keluar masuk"...sebagai anak seorg tentera aku tau yg didepan aku nnti ader pintu masuk...dalam 1km lepas aku nmpak signboard tuh, aku nmpak arah ke TUDM base...agak mengelirukan memandangkan sebelum jumpa base nih nmpak perkuburan Cina dlu...akhirnya aku sampai gak kat jamuan family day nih...makanan2 kat situ boleh dikatakan sedap2 belaka especially char kuew tiew dier...mmg agak byk gak la makanan yg disediakan dan aku sempat la merasa char kuew tiew dan nasi ayam...memandangkan dalam aturcara kebanyakan acara sukaneka utk kanak2, aku hanyalah sekadar pemerhati..mujurlah kazen2 aku semua ader..so kami hanya berbual2...hari semakin panas, bila tiba ke acara cabutan bertuah...dgn nada bergurau Paksu ckp hamper yg paling besar tu, insyaAllah salah satu akan jadi milik kita..aku ngan fiqah (kazen aku)kazen aku sekadar senyum (xbrape optimisla maklumlah aku ni jarang menang cabutan bertuah)melewati hari aku makin xkompiden.namun jangkaan meleset biler no paksu diumumkan utk memenangi hamper paling besar....series mmg terkejut giler..xsangka btul..rezeki la katakan..balik umah tuh aper lagi..kenduri hamper la..mmg penat sgt..tekak pun dah start sakit..panas sgt..balik pas solat zohor..sumernyer tertdo keletihan..
gambar2 sepanjang family day insyaAllah aku akan upload kemudian..maklumlah, masih keletihan...hahahaha
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postAir Yasin..Solat hajat Utk Lulus periksa
Sunday, October 11, 2009
Assalamualaikum..sahabat blog..aku nak bagi korg satu situasi,penah tak korang masa belajar dlu..especially nak dekat2 exam, cikgu akan edarkan satu surat mintak mak abah or waris datang ke sekolah and mintak bawak air botol...utk wat solat hajat berjemaah dan bacaan air yasin bersempena nak periksa...aku mmg penah melalui mender2 nih especially masa aku dibangku sekolah dlu..setelah sekian lama aku nak tahu dr segi hukumnya..tp tk pernah nak cari...maybe sbb dlu mender nih nmpak baik jadi aku yg pada waktu itu agak jahil hanya ikutkan saja...walaupun ader ketikanya aku dgr jugak mak abah aku pertikaikan mender nih..namun semuanya ikutkan saje...
Baca Yasin bagi jadi pandai :
1. Asal membaca Yasin adalah harus pada bila-bila masa yang dikehendaki, TANPA ditetapkan atau dikhususkan pada sesuatu masa dan tempat kerana perbuatan mengkhususkannya pada masa dan tempat tertentu tidak pernah diajarkan oleh Nabi saw. Apabila kita menetapkan dan mengkhususkannya pada sesuatu masa, kemudian kita reka-ciptakan pula kelebihan-kelebihannya, maka perbuatan ini adalah menyalahi sunnah. Disamping itu siapalah yang berani memberi jaminan kelebihan-kelebihan tersebut, siapa pula berani melebihkan pahala baca yasin pada malam-malam tertentu sedangkan Allah dan Rasul tidak pernah mengkhabarkannya ?
2. TIDAK ADA sama sekali petunjuk dari Nabi saw mahupun para sahabat, membaca Yasin pada air itu boleh menjadi sebab kepada pandai dan lulus periksa, tidak ada juga ia menjadi sebab kepada memperoleh hidayah dari Alah swt.
Kalau sekiranya benar membaca Yasin itu boleh menjadikan seseorang pandai dan lulus periksa, maka sudah tentu Nabi dan para sahabat akan mendahului kita melakukannya. Ini kerana di kalangan sahabat juga ada yang kuat hafalan dan ingatannya dan ada pula yang lemah dan kurang kuat ingatannya. al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan kisah Abu Syah yang mendengar khutbah Nabi saw, tetapi beliau tidak mampu menghafalnya, lalu beliau meminta Nabi saw menuliskan untuk beliau isi kandungan khutbah tersebut, Nabi sawpun bersabda:
اكتبوا لأبي شاه
maksudnya : “Tulislah kamu semua (isyarat kepada sahabat yang lain) untuk Abu Syah.”
Ini menunjukkan Nabi mengarahkan kepada usaha yang boleh membantu ingatan dan hafalan iaitulah dengan menulis. Abu Syah bukanlah seorang yang boleh menulis, walaupun demikian Nabi saw tidak pernah penyuruh beliau membaca Yasin pada air zam-zam (atau air yang lain) untuk menguatkan hafalan dan ingatannya, sebaliknya Nabi saw menyuruh sahabat lain menulis untuknya. Kalau baca Yasin pada air itu boleh bagi seseorang itu pandai, kuat ingatan dan hafalan sudah tentu Nabi saw akan lakukannya atau menyuruh Abu Syah melakukannya.
Solat Hajat lulus periksa
Para ulama berbeza pendapat tentang kedudukan solat Hajat. Sebahagian mengatakannya ada dan disyariatkan, dan sebahagian yang lain mengatakan solat Hajat itu tidak ada.
Golongan yang mengatakan solat hajat itu ada, menjadikan dalil antaranya dari hadith yang menceritakan kisah seorang sahabat yang buta yang meminta Nabi saw mendoakan disembuhkannya. Lalu Nabi saw meminta beliau mengambil wudhu dan menunaikan solat Dua rakaat. Kata para ulama yang pertama ini dua rakaat tersebut adalah dua rakaat solat Hajat.
Golongan yang kedua pula, yang mengatakan solat Hajat itu tidak ada memahami dua rakaat tersebut adalah dua rakaat mutlak yang diarahkan oleh Nabi saw, agar sahabat tersebut melakukan sesuatu kebaikan (solat) sebelum memohon dicelikkan matanya oleh Allah swt.
Secara ringkasnya kedua-dua golongan ulama ini memiliki hujah masing-masing yang kuat. Dalam isu sebegini kita tidak boleh menyalahkan mana-mana golongan. Maka siapa yang hendak lakukan solat hajat, kita katakan silakan…, dan siapa yang tidak mahu lakukan solat hajat, maka kita katakan silakan kamu buat amalan-amalan lain dan perbanyakkanlah doa.
Cuma tidak ada ulama yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah, melainkan segelintir tokoh agama kemudian yang mengharuskan solat hajat dilakukan secara berjamaah degan alasan apabila kita ada hajat yang sama, seperti nak lulus periksa, nak memang dalam pilihan raya dan seumpamanya.
Namun pandangan yang melarang dilakukan solat Hajat secara berjamaah adalah LEBIH KUAT. Ini kerana alasan golongan yang mengharuskanya tertolak berdasarkan sirah Nabi saw. Baginda dan para sahabat telah melalui berbagai peperangan, dan kesemua mereka memiliki hajat yang sama iaitulah untuk menang di dalam setiap peperangan, namun tidak pernah walau sekali mereka menunaikan solat Hajat secara berjamaah untuk memohon diberikan kemenangan. Kisah perjanjian Hudaibiyyah sebagai contoh yang lain, betapa Nabi dan para sahabat amat rindu untuk pulang ke tanah air mereka Mekah, kemudian mereka dihalang oleh puak musyrikin, dan berlakulah peristiwa perlantikan Uthman sebagai wakil rundingan dengan penduduk Mekah, dan beliau ditangkap oleh penduduk mekah. Timbul bermacam spekulasi. Walaupun demikian Nabi saw dan para sahabat tidak pernah menunaikan solat hajat berjamaah di Hudaibiah, meminta pertolongan dari Allah memperkenankan hajat mereka yang sama.
Ini semua membuktikan solat hajat, jika kita ambil pendapat ulama yang mengatakan ianya disyariatkan, hendaklah kita lakukannya secara berseorangan.
Kalau orang kata apa salahnya kita lakukannya secara berjamaah, bukankah itu juga baik ??? Kita jawab kepada mereka, soal ibadat ini tidak ada ruang untuk akal mengetahui baik buruknya. Samalah halnya dengan solat sunat lain seperti Tahiyyatul masjid, sunat qabliyah dan ba’diayah, apa salahnya kalah kita tunaikan solat tahiyyatul masjid atau qabliyah dan ba’diyah secara berjamaah. Bukankah ini juga baik pada akal fikiran kita ? tapi kenapa kamu semua tidak lakukannya. Bukankah jawapannya kami tidak lakukan tahiyyatul masjid dan solat sunat yang lain dengan berjemaah kerana nabi saw tidak pernah melakukannya secara berjamaah. Maka hal yang sama sepatutnya kamu lakukan terhadap solat hajat.
Sesunguhnya dalam soal ibadat, apabila tidak ada petunjuk dari Nabi saw, maka ianya menunjukkan perkara itu tidak ada. Ini sepertimana kaedah yang telah ditetapkan oleh para ulama iaitulah :
maksudnya : “Asal di dalam ibadah itu adalah terbatal” sehingga adanya dalil yang menunjukkannya.
wallahu a’lam.
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postAdab-adab bertamu
Thursday, October 8, 2009
Assalamualaikum..sekadar share satu mender yg maybe ader yg terlepas pandang mender2 begini...
ADAB-ADAB BERTAMU
Oleh :
Akh Abu Al-Jauzaa’
1. Memperbaiki Niat
Tidak bisa dipungkiri bahwa niat merupakan landasan dasar dalam setiap amalan. Hendaklah setiap muslim yang akan bertamu, selain untuk menunaikan hajatnya, juga ia niatkan untuk menyambung silaturahim dan mempererat ukhuwah. Sehingga,… tidak ada satu amalan pun yang ia perbuat melainkan berguna bagi agama dan dunianya. Tentang niat ini Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امريء ما نوى
“Sesungguhnya seluruh amal perbuatan itu dengan niat dan setiap orang tergantung pada apa yang ia niatkan” (HR. Bukhari, Muslim dan selain keduanya).
Ibnul-Mubarak berkata :
رب عمل صغير تعظمه النية ورب عمل كبير تصغره النية
“Betapa amal kecil diperbesar oleh niatnya dan betapa amal besar diperkecil oleh niatnya” (Jaami’ul-Ulum wal-Hikam halaman 17 – Daarul-Hadits).
2. Memberitahukan Perihal Kedatangannya (untuk Minta Ijin) Sebelum Bertamu
Adab ini sangat penting untuk diperhatikan. Mengapa ? Karena tidak setiap waktu setiap muslim itu siap menerima tamu. Barangkali ia punya keperluan/hajat yang harus ditunaikan sehingga ia tidak bisa ditemui. Atau barangkali ia dalam keadaan sempit sehingga ia tidak bisa menjamu tamu sebagaimana dianjurkan oleh syari’at. Betapa banyak manusia yang tidak bisa menolak seorang tamu apabila si tamu telah mengetuk pintu dan mengucapkan salam padahal ia punya hajat yang hendak ia tunaikan.Allah telah memberikan kemudahan kepada kita berupa sarana-sarana komunikasi (surat, telepon, sms, dan yang lainnya) yang bisa kita gunakan untuk melaksanakan adab ini.
3. Menentukan Awal dan Akhir Waktu Bertamu
Adab ini sebagai alat kendali dalam mengefisienkan waktu bertamu. Tidak mungkin seluruh waktu hanya habis untuk bertamu dan melayani tamu. Setiap aktifitas selalu dibatasi oleh aktifitas lainnya, baik bagi yang bertamu maupun yang ditamui (tuan rumah). Apabila memang keperluannya telah usai, maka hendaknya ia segera berpamitan pulang sehingga waktu tidak terbuang sia-sia dan tidak memberatkan tuan rumah dalam pelayanan.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
فإذا قضى أحدكم نهمته من وجهه فليعجل إلى أهله
“Apabila salah seorang diantara kamu telah selesai dari maksud bepergiannya, maka hendaklah ia segera kembali menuju keluarganya” (HR. Bukhari dan Muslim).
4. Berwajah Ceria dan Bertutur Kata Lembut dan Baik Ketika Bertemu
Wajah muram dan tutur kata kasar adalah perangai yang tidak disenangi oleh setiap jiwa yang menemuinya. Allah telah memerintahkan untuk bersikap lemah lembut, baik dalam hiasan rona wajah maupun tutur kata kepada setiap bani Adam, dan lebih khusus lagi terhadap orang-orang yang beriman. Dia telah berfirman :
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ
“Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman” (QS. Al-Hijr : 88).
Ibnu Katsir dalam Tafsirnya berkata : [ألن لهم جانبك, كقوله: {لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رءوف رحيم}] “Maksudnya bersikap lemah lembutlah kepada mereka sebagaimana firman Allah ta’ala : “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang-orang beriman” (QS. At-Taubah : 128).
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق
“Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sedikitpun dari kebaikan-kebaikan, meskipun hanya kamu menjumpai saudaramu dengan muka manis/ceria” (HR. Muslim).
Selain berwajah ceria dan bertutur kata lembut, yang lebih penting untuk diperhatikan adalah hendaklah ia berkata baik dan benar. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam dengan tegas telah memebri peringatan :
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam” (HR. Bukhari, Muslim, dan selain keduanya. Hadits ini terdapat dalam Arba’in Nawawi nomor 15).
Beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam menggandengkan kata iman dengan pilihan antara berbicara baik atau diam. Mafhumnya, jika seseorang tidak mengambil dua pilihan ini, maka ia dikatakan tidak beriman (dalam arti : imannya tidak sempurna). Hukum asal dari perbuatan adalah diam. Kalaupun ia ingin berkata, maka ia harus berkata dengan kata-kata yang baik. Sungguh rugi jika seseorang bertamu dan bermajelis dengan mengambil perkataan sia-sia lagi dosa seperti ghibah, namimah (adu domba), dan lainnya yang tidak menambah apapun dalam timbangan akhirat kelak kecuali dosa. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
إن الرجل ليتكلم بالكلمة ما يتبين ما فيها يزل بها في النار أبعد ما بين المشرق والمغرب
‘Sesungguhnya seseorang mengucapkan kata-kata, ia tidak menyangka bahwa ucapannya menyebabkan ia tergelincir di neraka yang jaraknya lebih jauh antara timur dan barat” (HR. Bukhari dan Muslim).
5. Tidak Sering Bertamu
Mengatur frekwensi bertamu sesuai dengan kebutuhan dapat menimbulkan kerinduan dan kasih-sayang. Hal itu merupakan sikap pertengahan antara terlalu sering dan terlalu jarang. Terlalu sering menyebabkan kebosanan. Sebaliknya, terlalu jarang mengakibatkan putusnya hubungan silaturahim dan kekeluargaan.
6. Dianjurkan Membawa Sesuatu Sebagai Hadiah
Memberi hadiah termasuk amal kebaikan yang dianjurkan. Sikap saling memberi hadiah dapat menimbulkan perasaan cinta dan kasih saying, karena pada dasarnya jiwa senang pada pemberian. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
تهادوا تحابوا
“Berilah hadiah di antara kalian, niscaya kalian akan saling mencintai” (HR. Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad 594; dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwaa’ nomor 1601).
7. Tidak Boleh Seorang Laki-Laki Bertamu kepada Seorang Wanita yang Suaminya atau Mahramnya Tidak Ada di Rumah
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam sangat keras menekankan pelarangan ini sebagaimana sabda beliau :
إياكم والدخول على النساء فقال رجل من الأنصار يا رسول الله أفرأيت الحمو قال الحمو الموت
“Janganlah sekali-kali menjumpai wanita”. Maka seorang laki-laki dari kaum Anshar bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Al-Hamwu?”. Beliau menjawab : “Al-Hamwu adalah maut” (HR. Bukhari dan Muslim).
Imam Al-Baghawi dalam menerangkan hadits ini mengatakan : Al-Hamwu jamaknya Ahma’ yaitu keluarga laki-laki dari pihak suami dan keluarga perempuan dari pihak istri. Dan yang dimaksudkan di sini adalah saudara laki-laki suami (ipar) sebab dia bukan mahram bagi istri. Dan bila yang dimaukan adalah ayah suami sedang ayah suami adalah mahram, maka bagaimana lagi dengan yang bukan mahram ?
Tentang kalimat “Al-Hamwu adalah maut”; Ibnul-‘Arabi berkata : “Ini adalah kalimat yang diucapkan oleh orang Arab, sama dengan ungkapan : Serigala adalah maut. Artinya, bertemu serigala sama dengan bertemu maut”.
8. Dan Lain-Lain
Masih banyak adab-adab bertamu jika diuraikan secara lebih luas lagi seperti memilih waktu untuk bertamu, mengucapkan salam, menjaga pandangan, dan yang lainnya dimana sebagiannya telah dituliskan sebelumnya di “Adab-Adab Minta Ijin”. Sedikit yang bisa dituliskan di atas semoga bermanfaat bagi kita semua. Allaahu a’lam
So...banyak la input yg aku dapat dr artikel nih...byk adab2 yg kita kena patuh bukan sebab adat jer tp dalam agama juga menganjurkannya..lain la kalu korg xnak terima..jawablah kat akhirat esok...setiap peraturan yg Allah jadikan tuh ader sebab2 nya...maybe tuan rumah xbersedia nak menerima ke..atau keterbatasan aurat yg perlu dijaga...lagi2 kalau yg bukan mahram terang2 dah agama tak kasi...bak kater org tua2..biler menumpang, jaga lah hati tuan rumah, insyaAllah dia tak keberatan lagi...so jgn fikir tetamu jer yg diutamakan..nak jadi tetamu pun kena tau hal2 dan adab sopan...kalau tak...itu yg dinamakan kurang ajar...(peace!)
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postPatah hati...
Wednesday, October 7, 2009
Assalamualaikum...korg penah dgr lagu patah hati tak?sebelum meneruskan bicara, aku bagi korg hayati dlu...
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postHari Raya ohh hari raya
Monday, September 21, 2009
Assalamualaikum...selamat hendaknya bertemu di Syawal yg kedua...standard hari raya..kompenm pelbagai juadah akan dirasa..and dah masuk syawal kedua..banyak dah mender masuk perut nih..ahaks..agenda hari raya tahun nih tak berapa meriah sangat memandangkan kami sekeluarga tak pulang ke kampung...just beraya kat kuantan jer (utk pengetahuan sahabat blog, kampung ku berada di Kelantan (sebelah mak) dan Kedah (sebelah abah)...lagipun cuti tak berapa panjang tahun nih, so tk syok la raya kat kampung sekejap2 nih..huhu..
Actually agenda raya pertama agak memenatkan skit...pagi2 raya seperti biasa kami akan bersiap2 utk solat sunat hari raya...selesai jer, baru nak salin telekung, dah ader tetamu yg dtg...bos abah (Panglima TLDM Kuantan)...seb bek dr awal pagi semuanya dah siap hidang, so tkder la kelam kabut sgt...pastu bersama2 pergi plak umah sebelah aku and umah kawan mak aku (hehe..aku xbrape kenal)..balik sekejap kat umah...bersalam2 antara family pastu prepare nak solat Zohor plak...selesai solat Zohor, terus pigi umah Dato' td..sedap giler laksa perlis dier..cam nak mintak tapau jer..hahaha...perut dah full kami pun balik umah..memandangkan ramai yg pulang berhari raya..so tk ramai sgtla yg dtg umah...maka berakhirlah syawal pertama dgn tetamu terakhir jam 7 mlm td...(kesian abah..kena ikut pintu blakang nak gi surau..huhu)
Syawal kedua( ari nih) bermula seawal jam 745 pg...mandi dan bersiap2 nak ke Temerloh..nak gi ziarah sedara mara..drive dalam sejam setengah baru sampai...dr satu umah ke satu umah kami pigi..sampai perut dah full...lepas wat jamak qasar zohor asar, kami lunch dulu kat umah kazen mak..(yg aku baru kenal..huhu)..then baru bertolak balik...agak2 ngantuk gak la masa drive balik tuh...alhamdulillah sampai gak..kat umah...
dan akhirnya aku disini mengadap pc nih..dgn pandangan yg keletihan sebelum menutup mata...Zzzzz...
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postRamadhan 29:Takziah pada ahli keluarga Rasulullah s.a.w
Saturday, September 19, 2009
‘Assalamu Alaikum Ahlal Bait Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap yang hilang. Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.”
Berkata Jakfar: “Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata: “Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi Khidir.” Berkata Muhammad bin Jakfar: “Adalah ayahku, iaitu Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”
Kaum Quraisy itu menjawab: “Tentu sahaja mahu.”
Ali bin Abi Talib berkata: “Jibril Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi. Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia.” Maka tatkala Rasulullah SAW wafat, datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya tetapi tidak melihat orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.” Mendengar yang demikian Ali bin Abi Talib berkata: “Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah Khidir.”
Berkata Saif bin Amr At-Tamimi dalam kitabnya Ar-Riddah, yang diterimanya dari Sa’id bin Abdullah, dari Ibnu Umar mengatakan: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah Abu Bakar ke rumah Rasulullah. Ketika beliau melihat jenazah Rasulullah SAW, beliau berkata: “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.” Kemudian beliau bersama sahabat-sahabat yang lain menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW. Pada waktu mereka menyembahyangkan jenazah Rasulullah SAW, mereka mendengar suara ajaib. Selesai solat dan mereka pun semuanya sudah diam, mereka mendengar suara orang di pintu mengatakan: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahli Bait. Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya pada agama Allah ada pengganti setiap ada yang binasa dan ada kelepasan dari segala yang menakutkan. Kepada Allah-lah kamu mengharap dan dengan-Nya berpegang. Orang yang diberi musibah akan diberi ganjaran. Dengarlah itu dan hentikan kamu menangis itu."
Mereka melihat ke arah suara itu tetapi tidak melihat orangnya. Kerana sedihnya mereka menangis lagi. Tiba-tiba terdengar lagi suara yang lain mengatakan: “Wahai Ahli Bait, ingatlah kepada Allah dan pujilah Dia dalam segala hal, maka jadilah kamu golongan orang mukhlisin. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan ada pengganti setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya taat. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah orang yang diberi pahala.” Mendengar yang demikian itu berkata Abu Bakar: “Ini adalah Khidir dan Ilyas. Mereka datang atas kematian Rasulullah SAW.”
Berkata Ibnu Abu Dunia, yang didengarnya dari Kamil bin Talhah, dari Ubad bin Abdul Samad, dari Anas bin Malik, mengatakan: “Sewaktu Rasulullah SAW meninggal dunia, berkumpullah sahabat-sahabat beliau di sekeliling jenazahnya menangisi kematian beliau. Tiba-tiba datang kepada mereka seorang lelaki yang bertubuh tinggi memakai kain panjang. Dia datang dari pintu dalam keadaan menangis. Lelaki itu menghadap kepada sahabat-sahabat dan berkata: “Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, ada pengganti setiap ada yang hilang. Bersabarlah kamu kerana sesungguhnya orang yang diberi musibah itu akan diberi ganjaran.”
Kemudian lelaki itu pun menghilang daripada pandangan para sahabat. Abu Bakar berkata: “Datang ke sini lelaki yang memberi takziah.” Mereka memandang ke kiri dan kanan tetapi lelaki itu tidak nampak lagi. Abu Bakar berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir, saudara nabi kita. Beliau datang memberi takziah atas kematian Rasulullah SAW.”
Dari tadi sudah banyak kita lihat ucapan-ucapan takziah yang hampir sama kata-katanya. Ada yang mengatakan hadis ini daif. Ubad yang meriwayatkan hadis ini tidak diiktiraf oleh Imam Bukhari.
Berkata Ibnu Syahin dalam kitabnya Al-Jana’iz: “Bercerita kepada kami Ibnu Abu Daud, dari Ahmad bin Amr, dari Ibnu Wahab, dari Muhammad bin Ajlan, dari Muhammad bin Mukandar, berkata: “Pernah pada suatu hari Umar bin Khattab menyembahyangkan jenazah, tiba-tiba beliau mendengar suara di belakangnya: “Ala, janganlah duluan dari kami mengerjakan solat jenazah ini. Tunggulah sudah sempurna dan cukup orang di belakang baru memulakan takbir.” Kemudian lelaki itu berkata lagi: “Kalau engkau seksa dia ya Allah, maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada-Mu. Tetapi kalau Engkau mahu mengampuni dia, maka dia betul-betul mengharap keampunan daripada-Mu.” Umar bersama sahabat-sahabat yang lain sempat juga melihat lelaki itu. Tatkala mayat itu sudah dikuburkan, lelaki itu masih meratakan tanah itu sambil berkata: “Beruntunglah engkau wahai orang yang dikuburkan di sini.”
Umar bin Khattab berkata: “Tolong bawa ke sini lelaki yang bercakap itu supaya kita tanya tentang solatnya dan maksud kata-katanya itu.” Tiba-tiba lelaki itu pun sudah menghilang dari pandangan mereka. Mereka mencari ke arah suaranya tadi tiba-tiba mereka melihat bekas telapak kakinya yang cukup besar. Umar bin Khattab berkata: “Barangkali yang datang itu adalah Khidir yang pernah diceritakan oleh Nabi kita Muhammad SAW.” Ada juga yang mengatakan hadis ini tidak sahih. Kata Ibnu al-Jauzi hadis ini majhul (tidak dikenal) dan dalam sanadnya ada yang terputus di antara Ibnul Mukandar dengan Umar.
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postRamadhan yg terakhir
Assalamualaikum...akhirnya sampai sudah detik yg dijanjikan...berada pada detik Ramadhan yg terakhir.Mmg excited nak sambut aidilfitri, tp sedikit sedih sbb nak meninggalkan Ramadhan...bukan per, sepanjang Ramadhan la byk mender leh upgrade...terutamanya berkenaan solat..mohon ditetapkan keadaan...saje berbincang ngan sahabat2 cyber, sepanjang Ramadhan nih la terasa byk btul perubahan pada kualiti solat..antaranya:
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postRamadhan 28:Kisah sahabat (Abu Ayyub)
Friday, September 18, 2009
Assalamualaikum...sahabat blog sekalian..arinih aku terpaksa menulis secara carry forward memandangkan aku akan bercuti panjang sempena hari raya...aku khuatir sekirnya perkongsian ilmu aku bersama kalian belum cukup..and aku khuatir kerana kesibukan Hari Raya nanti, aku tidak punya waktu...oleh itu, aku ingin kongsikan seberapa banyak yg boleh atau sekurang2nya mencukupi entri Ramadhan ini...kisah para sahabat, antara kisah yg meruntun jiwa aku selain kisah peribadi Rasulullah s.a.w. Ketabahan,kecekalan, keberanian dan kekuatan cinta mereka cukup mengagumkan..bahkan aku teringat salah satu kata2 Musyrikin Mekah sewaktu pengikut Rasulullah s.a.w semakin bertambah..."Jika Muhammad mengarahkan mereka mengalih Gunung Uhud, pasti mereka mengalihkan nya tanpa rasa ragu"...begitulah antara kekuatan cinta para sahabat dan sezaman dgn Rasulullah s.a.w terhadap Allah s.w.t dan RasulNya..sedikit pun tiada ragu, malah dituruti dgn penuh yakin dan cinta...inilah yg dikatakan cinta sejati yg mana sanggup berkorban apa sahaja tanpa memikirkan diri sendiri...baiklah sahabat blog sekalian,layankan kisah Abu Ayyub al-Ansyari...
Mereka berdiri di depan rumahnya masing-masing selama beberapa saat, menunggu lalunya Rasulullah SAW. Mereka semua ingin mengajak baginda agar mahu berkunjung ke rumahnya. Namun setiap kali Nabi SAW lalu di hadapan rumah kaum Ansar, tuan rumahnya berdiri di hadapan unta Nabi sambil memegangi kekangnya seraya berkata kepada Nabi SAW: “Ya Rasulullah, singgahlah sejenak ke rumah kami. Sedemikian jauh Rasulullah menolaknya, baginda berkata sambil memberi isyarat kepada untanya: “Biarkan ia meneruskan perjalanannya. Sebenarnya ia telah diperintahkan demikian.”
Sampai Rasulullah tiba di salah satu rumah bapa saudara baignda (dari pihak ibu), ia menjawab dengan ungkapan seperti di atas saat mereka berusaha menghentikan kekang untanya. Setelah orang-orang melepaskan kendali unta agar boleh melanjutkan perjalanan sendiri, dan Rasulullah SAW juga begitu, unta tadi berjalan sambil melihat ke kanan dan ke kiri. Akhirnya sampailah ia ke rumah Malik Ibn Al-Najjar. Unta tadi berhenti sebentar lalu berdiri dan berjalan lagi beberapa langkah, lantas untuk yang kedua kalinya berhenti di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari, lekuk lehernya menempel di tanah dan mengeluarkan suara tanpa membuka mulutnya.
Nampak sikap kaum Ansar iri terhadap Abu Ayyub yang membawa tali kekang unta Rasulullah, masuk ke rumahnya yang tersusun dua tingkat. Abu Ayyub berserta keluarganya pindah ke lantai atas, sedang Rasulullah SAW di lantai bawah. Hal ini dilakukannya kerana khuatir menyusahkan Rasulullah SAW, sebab ia bemaksud menghindarkan beratnya naik-turun tangga.
Rasulullah SAW terus tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari selama 7 bulan. Selama itu Abu Ayyub membuatkan makanan Nabi dan menghantarkan kepadanya. Ia selalu menunggu selesainya Nabi makan, kemudian ia dan isterinya memakan sisa makanan baginda SAW kerana mengharapkan berkah darinya.
Suatu petang Abu Ayyub menghantar makanannya kepada Nabi. Makanan tersebut mengandungi bawang merah dan bawang putih. Ternyata Rasulullah tidak memakannya sedikit pun. Ketika Abu Ayyub melihat makanan tersebut tidak berkurang sedikit pun, ia segera turun menjumpai Rasulullah SAW seraya berkata: “Ya Rasulullah, demi ayah dan ibumu, aku tidak melihat bekas tanganmu dari makanan malam yang aku sediakan kepadamu.
Padahal jika engkau makan makanan itu, kami selalu makan makanan sisamu demi mengharapkan berkah darimu.” Jawab Nabi: “Aku jumpai dalam makanan itu sejenis tumbuh-tumbuhan (bawang merah dan bawang putih), padahal Jibril memberitahukan hal itu agar aku hindari. Adapun bagimu, maka boleh engkau memakannya.” Selanjutnya Abu Ayyub berkata: “Makanan itu lalu kami makan, kemudian kami tidak pernah membuatkan makanan kepada Nabi yang mengandung bawang merah dan bawang putih.”
Setelah agak lama Rasulullah SAW menggunakan waktunya untuk tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Ansari, ia memutuskan untuk membangun masjid dan membangun beberapa rumah bagi para umahat al-muslimin di sekitarnya. Seluruh kaum muslimin ikut membantu bekerja membangun masjid tersebut. Setelah selesai, Rasulullah SAW pindah ke tempatnya yang baru di sekitar masjid.
Berbagai peristiwa berlalu begitu cepat, sedang kaum Quraisy berupaya terlibat dalam peperangan dengan kaum muslimin. Sekarang kaum muslimin makin siap berjuang menghadapi kaum musyrik dan kafir, sehingga kalimat Allah mencapai kedudukan yang tinggi dan kalimat orang-orang kafir menjadi rendah.
Peperangan terjadi silih berganti. Abu Ayyub ikut serta dalam pertempuran tersebut, tidak ketinggalan satu peperangan pun. Ia tidak pernah tinggal diam dalam berjuang fi sabilillah. Bahkan ia berjuang bersama Rasulullah SAW sebagaimana jihadnya orang yang mencari mati syahid. Ia tidak takut mati. Jihadnya penuh semangat untuk berjumpa kepada Allah.
Di samping Abu Ayyub merupakan pahlawan perang di masa Rasulullah SAW, ia juga seorang pejuang di masa Khulafaur Rasyidin. Ia ikut dalam perang melawan orang-orang murtad, membunuh para musuh Allah dan musuh agama Islam. Ia hidup membela kehormatan Islam. Dalam tiap peristiwa pertempuran ia selalu maju ke barisan depan.
Ketika muncul fitnah antara Saidina Ali ra. dan Muawiyah Ibn Abi Sufyan, Abu Ayyub tanpa ragu-ragu bergabung dalam barisan Ali. Sebab ia tahu bahawa Ali ada di pihak yang benar. Dengan perbuatannya itu, Abu Ayyub berjuang di pihak Ali karramallahu wajhahu, sampai Ali ra. mati syahid.
Abu Ayyub tetap ikut berjuang, tidak ketinggalan ikut bertempur bersama kaum muslimin lainnya sampai terjadi perang Konstantinopel. Ia menerjang barisan musuh hingga badannya penuh luka pedang dan merasakan bahawa ajalnya telah dekat. Ia berkata kepada orang-orang di sekitarnya: “Aku ingin jasadku dikubur di tengah medan pertempuran atau yang dekat dengannya, sehingga rohku bergerak di atas medan tempur, dan di akhirat nanti aku mendengar derap kaki kuda dan gemerincingnya pedang.”
Ia menginginkan kehidupan akhiratnya dalam keadaan berjihad sebagaimana semasa hidupnya di dunia. Pada saat keadaannya sudah kritikal. ia merasa sakit akibat luka. Ia masih bersemangat untuk mengibarkan bendera Islam dan mengharap agar memperoleh kemenangan.
Setelah ia meninggal dunia, kaum muslimin melaksanakan kehendaknya. Mereka menguburnya di dekat medan pertempuran agar jiwanya sentiasa dapat menghirup bau jihad dan bersenang-senang di alam akhirat kerana memperoleh pertolongan Allah.
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postBalik kampung..ho..ho..ho..hati girang
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postRamadhan 27:Kisah Ashabul Kahfi
Thursday, September 17, 2009
3.Membantu membangunkan ummah dan negara
*Keikhlasan semata-mata kerana Allah dan mencari keredhaanNya
*Keazaman yang kukuh, yang tidak pernah mengenal erti takut, segan dan malu.
*Amal/kerja yang bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa jemu dan malas.
*Pengorbanan yang tinggi yang tidak mengenal kecuali menang atau syahid.
Kisah yang kita maksudkan ialah kisah; “Ashabul Kahfi”. Kisah ashabul kahfi adalah kisah yang menonjolkan contoh pemuda yang memiliki segenap ciri Pemuda Islam yang sebenar iaitu;
2.Yakin kepada diri sendiri
3.Berani berhadapan dengan apa sahaja cabaran
4.Sentiasa bersemangat mengharungi liku-liku hidup
5.Mampu berhujjah mempertahankan pandangan dan prinsip hidup
6.Sanggup berkorban
7.Setiakawan dalam mengharungi cabaran bersama
8.Sentiasa menjaga keta’atan kepada Allah walau dalam suasana mana sekalipun.
1. Kisah pemuda-pemuda yang bersembunyi dalam gua iaitu kisah ashabul Kahfi.
2. Kisah seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat) iaitulah Iskandar Zulkarnain.
3. Kisah tentang hakikat ruh.
Setelah 15 hari Rasulullah s.a.w. menunggu, maka turunlah wahyu menceritakan ketiga-tiga kisah tersebut”. Allah memulakan penceritaan dengan membentangkan rasa takjub manusia tentang kisah ini walaupun sebenarnya mereka tidak perlu rasa takjub kerana ia datang dari kudrat Allah, bahkan di sana terdapat banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang lebih hebat dari peristiwa ini (seperti penciptaan langit dan bumi, penciptaan nabi Adam dan sebagainya).
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdo`a: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)
Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas –menurut para ulama’- terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu;
1.Maksalmina
2.Tamlikha
3.Martunus
4.Bainunus atau Nainunus
5.Sarbunus
6.Dzunuanus
7.Kasyfitatanunus
Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat menyatakan di Jordan, dan ada juga mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah dan beribadat mengesakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman kufur/berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan bertukar kepada agama kufur/berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.
Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah berfirman menceritakan peristiwa mereka berhujjah; “Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini bermesyuarat sesama mereka untuk mencari keputusan yang muafakat; apakah tindakan yang sepatutnya diambil untuk mempertahankan diri dan juga agama mereka? Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan pedalaman/kampung.
Firman Allah; “Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah.
Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut. Firman Alalh menceritakan tentang mereka di dalam gua; “Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya”. (al-Kahfi: 11). Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun)”. (al-Kahfi: 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. “Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka”. (al-Kahfi: 18) Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka dibangunkan.
Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja. “Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)". Mereka menjawab: "Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari….”. (al-Kahfi: 19)
Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.
Firman Allah menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu; “Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”. (al-Kahfi: 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan kita supaya bertakwa kepadaNya sedaya yang kita mampu, dalam keadaan mana sekalipun, sama ada senang atau susah.
FirmanNya; “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta`atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu”. (at-Taghabun: 16)
Walaupun Allah menceritakan dalam ayat tadi bahawa pemuda-pemuda amat berhati-hati dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain–kerana mereka menyangka raja yang memerintah negeri masih raja yang dulu dan kafir kepada Allah-, namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.
Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatahlagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih ragu-ragu lagi. “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahwa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya”. (al-Kahfi: 21)
Allah mendedahkan perihal pemuda-pemuda ashabul kahfi itu semasa wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan. Ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.
Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua ashabul kahfi bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dengan firmanNya;
“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (yakni pihak raja) pula berkata: "Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi: 21)
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postRamadhan 26:Berapakah panjang sehari di Masyar?
Wednesday, September 16, 2009
Di dunia kita mengira waktu amat mudah, sehari 24 jam, tujuh hari jadi seminggu, seterusnya sebulan, semua mengikut peredaran matahari atau bulan, tetapi di akhirat tiada bulan matahari, semuanya dilipat Allah kerana tugasnya sudah tamat.
Suatu ketika ada sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang berapa lamakah manusia mesti berada di Mahsyar. Abu Said al-Khudri meriwayatkan, Rasulullah membacakan firman Allah bermaksud ;“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Allah sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun”(Surah Al-Maarij 70:4)
Para ulama membandingkan alam akhirat itu berdasarkan ayat tersebut iaitu dengan kadar sehari akhirat bersamaan dengan 50,000 tahun dunia. Sekiranya kita berada selama 30 hari di akhirat bermakna kita berada di dunia sementara ini selama 1.5 bilion tahun. Siapa yang mampu hidup selama itu??
Betapa halnya jika seorang terdampar di Mahsyar selama 50,000 tahun akhirat? Jika satu jam di sana bermakna 2083 hari dunia bersamaan lebih kurang 6 tahun 3 bulan 17 hari. Satu minit di sana bersamaan lebih kurang 35 hari. Sesaat di sana lebih kurang setengah hari dunia!! Cuba bayangkan nikmat dan azab di akhirat. Bandingkan orang yang terkena api di dunia, dua saatpun tidak mampu….!! Inikan pula setengah hari… Lindungilah kami Ya Allah….amin.
“Alangkah lamanya…”, kata sahabat apabila mendengar baginda membaca ayat tersebut. Kemudian baginda bersabda lagi;“Demi jiwaku yang berada di dalam genggaman tuhan, sesungguhnya Allah meringankan (tempoh masa di akhirat) bagi orang mukmin hanya sekadar lama masa bagi tempoh waktu melakukan solat fardhu”Bagi mukmin sebenar tempoh masa bakal dilalui di Mahsyar jika selama 50,000 tahun itu terasa amat singkat seolah mengerjakan solat fardhu saja. Demikian anugerah Allah kepada mukminin dan mukminat, sebaliknya ia menjadi terlalu lama pasti terasa bagi golongan kufur dan banyak membawa dosa.
Rasulullah s.a.w seringkali berdoa supaya memudahkan perkara yang sukar …“Allahumma yassirli kulla ‘asir”, maksudnya Ya Tuhanku permudahkanlah bagiku segala kesulitan”.Wallahu a’lam…
p/s:Moga mendapat manfaat bersama.
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postRamadhan 25:Taati Allah, Jiwa akan lebih tenang
Tuesday, September 15, 2009
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postRamadhan 24:Rumah Allah
Monday, September 14, 2009
1.Masjid Al Haram, Makkah, Saudi Arabia
2.Masjid Al Aqsa, Jerusalem, Israel (Palestine)
3.Masjid Al Nabawi, Madina, Saudi Arabia
8.Sultan Mosque, Singapore
9.Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan
10.Bait-ul-Mukarram, Dhaka, Bangladesh.
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this postRamadhan 23:Fikirlah sebelum berkata
Sunday, September 13, 2009
Assalamualaikum...akhirnya ahad tiba juga...alhamdulillah dikesempatan yg tak seberapa ni lah, aku amik kesempatan utk berehat...esok dah keje balik...insyaAllah kalau tiada halangan dan dgn izinNya, aku akan menghabiskan beberapa hari dalam minggu yg baru nih sebelum bercuti hari raya...insyaAllah hari nih mungkin hari yg santai dan sambil2 tuh fikirkan sejenak tentang hari2 sebelum ini...
by Iffah Zamri | 0 comments
Email this post