Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Saya jatuh cinta disebabkan syaitan  

Friday, November 12, 2010

salam..terjumpa entri nih dalam salah satu blog yg mmg aku follow...dan citer nih pun menarik...skadar share :


Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan. Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bukan muslim.

Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.

Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice: (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice: Tapi..
Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik. Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice: Ha, ada apa erk?
Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice: (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya…saya…
Alice: Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice: sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice: Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.
Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C: (hanya mampu tunduk)
Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice: (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian…

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Akif: Assalamu’alaikum.
Alissa: Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa: Hum.. akhirnya…
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa: Ya.
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif: Alice…(terharu..)
Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…

Akif hanya tersenyum.. :)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Menitip jalan..  


Salam...bosan2 kat umah nih, godek2 la folder nasyid lama...huhu, tetiber teringat lagu nih..tajuk dier ibu mithali...dlu masa aku kecik2,adik aku yg no 2 tuh skolah taska al arqam (sebelum diharamkan la)...so setiap kali dier balik ngan jubah hijau ngan serban putih tuh, depan umah dier nyanyi la lagu2 nasyid yg diajar kat skolah...satu hari dier bawak satu kaset nasyid lagu ibu mithali nih...actually lagu nih simple je..tp lirik dier mmg buat aku tersentuh (skang lagu nih dinyanyikan semula oleh kumpulan rabbani-masa arwah Ustaz Asri ader...)

Pic : 2 greatest abah and mak

kalau diperhatikan lirik tuh, mmg dijelaskan beberapa ciri utk jadi ibu mithali..memandangkan aku juga bakal bergelar ibu,menitip jalan menuju ke arah tuh mmg sgt mencabar..dgn arus dunia yg skang nih bercampur baur antara keperluan dan kehendak,agama dan dunia..mmg sgt sukar..
mmg tabik la pd ibu2 yg mampu mengasuh anak bukan sahaja lengkap dr segi duniawi tp ukhrawi juga...(especially to my mak...thank you!)

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

cabaran masa kini nak mendidik anak, bukan sekadar memberi kasih sayang je, tp keperluan2 jati diri yg lain..seram sejuk gak biler baca budak2 skang..umur belum cecah akil baligh lagi dah pandai utk 'memandai'..biler pikirkan mender2 camnih la yg kekadang 'seriau' gak...sbb punca kpd masalah nih pelbagai...keterabaian terhadap elemen2 agama,keterlalaian pengawalan ibu bapa,keterbukaan minda masyarakat dan kerendahan nilai moral anak itu sendiri...(saje aku gunakan perkataan 'ter' didepan...sbb pd aku mender2 nih bukanlah sesuatu yg disengajakan)..

aku belum lagi berhadapan dgn situasi sebenar,tp aku cuba bersedia dr segala sudut utk memberi yg terbaik utk anak2 ku kelak...apa yg dicurahkan oleh kedua ibu bapaku cuba kuterapkan dalam jiwa anak2 ku mengikut kesesuaiannya...harapan aku, bukan sekadar anak2 ku kelak menjadi aset di dunia, tp menjadi jaminan dan syafaat utkku di akhirat kelak...

p/s:
pernah kutanyakan pada mak,mak xpening ke ramai anak lelaki kat umah nih (aku ader 4 org adik lelaki), yelah karenah masing2 yg memeningkan...mak aku jawab simple je,mak mmg nak 4 anak lelaki,esok2 4 anak lelaki ni lah yg akan angkat setiap penjuru keranda mak bila mak meninggal nanti...dan 2 org menantu mak akan memayungi nyer...(Allahhuakbar, mengalir air mataku)

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Update..(12.11.10)  

Pic :8-months pregnant

Salam sumer..aihh..dah 4 hari dok umah nih..cuti berehat sambil menghitung2 bila kah masanya anak kesayangan mama nih nak keluar...xpela, baby bg mama rest puas2 kan..
dan disebabkan tahap kebosanan tersebut, so leh la amik masa utk update blog nih..fuhh..lama btul..bukan sbb xder idea nak menulis,tp kekadang dah sampai separuh jalan idea terstuck..(kunun nak cari perkataan2 bombastik la..hahaha)..

tik tok tik tok...insyaAllah tggl 5 hari lagi ke tarikh due...kebetulan plak, tarikh arinih pun cantik 121110...so dalam hati nih toksah ckp la dier punyer tahap nervous...tahap excited...dan pelbagai tahap emosi2 yg lain...

ohh..sekadar nak share kat sini, pengalaman sepanjang 9 bulan mengandung nih..br2 nih sekadar suka2 mendaftar jd ahli kat mammypoko club, so kat situ dier ader satu virtual diary ttg pengalaman2 sepanjang mengandung...yg bestnya, kalau ader gambar sepanjang tempoh mengandung pun boleh upload (unfortunately, xder..huhu)..so sesaper yg berminat klik sini http://www.mamypokoclub.com/ (leh dpt free sample lg..huhu)

ok..berbalik pd pengalaman aku:

1 month : aku start configure aku nyer period lari 2 mggu...tp masa tuh xnak expect pape,maybe sbb perubahan hormon kot..

2 month : doc sahkan aku pregnant 7 minggu...tak terkata happy nyer..alhamdulillah...start vomit tp xteruk...masa nih sgt alah pd bau nasi, badan cpt sgt letih/lesu, terkadang ader sakit belakang skit

3 month : alhamdulillah alahan hilang, start makan nasi balik, tp xleh nak makan byk sbb akan muntah..time nih, ader sakit belakang skit n tk brape ader tenaga sgt...masa nih doc nasihatkan jg diri, xleh jalan laju2..xleh wat keje berat (best time nih, sbb hubby jaga sggh2...hahaha)...first scan baby pun bulan nih...masa tuh, Allah jer tau perasaan nyer...

4 month : keadaan dah makin stabil, xbyk ragam..makan pun xngidam pape pun..kulit perut start pecah2 tp xkritikal...doc bagi ubat krim sapu kat perut...berat pun naik skit je (dalam setengah kilo)...condition lain alhamdulillah

5 month : masuk fasa yg paling disukai...fasa paling senang makan, paling senang tido, paling senang gi keje, emosi stabil, n time nih gak start beli brg2 keperluan baby...(kebetulan plak time nih dpt bonus..yippi yeay..alhamdulillah...)

6 month : xbanyak masalah...cuma start cramp skit2...tp xslalu..terbaca dalam satu buku cramp disebabkan kurang kalsium atau terlebih fosforus...so cuba kurangkan minum susu...byk makan buah and sayur hijau...alhamdulillah pas 2 minggu, dah xcramp lagi...

7 month : fasa susah nak tido bermula...time nih pun kulit perut dah pecah2...perut makin besar..pergerakan pun makin slow...kunjungan ke toilet toksah ckp la..asal minum air je,mmg pastu akan tergesa2 ke toilet..selera makan bertambah skit...gain weight time nih nak dekat 3-4 kg...sakit belakang especially time nak turn bdn time tido...time nih gak kitorg gi wat scan 3D...nmpak muka baby...hilang sumer sakit...

8 month : masa check up pun doc kater kepala baby mmg dah turn ke bawah..so biler baby di bawah..baby tekan bladder mama...huhu makin kerap la ke toilet...time nih pun ader skit 'discharge' kuar..tp doc kater normal..tido dpt cukup2 je..tp alhamdulillah time nih still kuat nak dtg keje lagi...

9 month (36-38 weeks) : still dtg keje lagi, tp time nih kaki n tgn dah bengkak teruk, kalau terlupa nk tggikan kaki time tdo, alamatnya mmg bengkak cam kaki gajah..huhu..pergerakan pun makin slow...biler berjalan mmg rs berat kat bawah...time nih slalu trbgn dr tido sbb bdn rasa 'berangin' sgt...(mcm nak muntah, tp kluar angin je)...frequently, akan rasa sakit belakang...contraction pun rasa gak,tp xkerap lagi...org tua2 kater, instinct org nak bersalin nih lain mcm skit, tp xtaula, sejak mggu nih terasa 'rajin' lain mcm skit...though condition yg mcm nih,keje2 umah n kat opis pun still nak wat sendiri...

this week (39 weeks) : dah ader kat umah...doc bg cuti rehat, dalam masa yg sama,wat skit2 keje2 umah spya aktif skit...sakit blakang dah makin kerap...contraction pun dah start kerap2 (tp xlah sampai setiap 10minit)...just tggu 'tanda' je...insyaAllah diizinkan Allah, keluar juga la anak mama ngan papa nih...'rahsia' itu hanya Allah je yg tahu (bak kata hubby)

doa2kan la ek...semoga mama ngan baby nih selamat sumernyer...dipermudahkan segala dan dijauhkan segala kesukaran...until we meet in the next entry k....salam.


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster