Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Mencari kelebihan dalam kekurangan suami  

Sunday, August 1, 2010

Salam sahabat...satu hari, aku mendapat satu emel dr seorang sahabat,setelah sibuk bertnyakan khabar masing2, dier sempat berkata ,"Untungnya awak, suami romantik". Aku sekadar senyum dan menyambut, semua isteri sebenarnya bertuah, cuma kekadang kita terlalu melihat pada kelemahan suami sehingga kita hilang perasaan utk menghargai segala kelebihannya..
Benar,bila hidup di bawah satu bumbung...sumernyer akan terserlah.Perbezaan2 cara, tabiat dan expectations akan terserlah lebih2 lagi jika kita mengenali suami sebelum berkahwin...that's why perkahwinan ni menuntut kesabaran,toleransi dan yg penting kasih sayang...
Aku pernah bertnya pada mak, rahsia perkahwinan mereka selama 28 tahun...mak kater simple je, biler abah start bising2...jgn bersuara..sabar dan diam...kalau salah, segera mintak maaf...kalau betul, tggu abah sejuk dan baru ckp elok2...begitu juga dgn abah, kalau mak bising2...abah senyap je...samada masuk dapur utk masak makanan kegemaran mak...atau segera pujuk mak...mak besa xmarah lelama..besa tgk abah sibuk memasak, mak just senyum je...n selama aku hidup 26 tahun,xpernah sekalipun aku lihat mak dan abah aku bergaduh dan tengking menengking...
and satu mender yg aku paling ingat, bila suami jiran aku membelikan isterinya bunga...aku pernah bertnya pada mak, pernah x abah bg mak bunga...mak kater tk pernah...tp abah romantik dalam caranya tersendiri...maybe abah bukan jenis yg bg bunga, tp abah xlokek nak bawak kami makan tmpat2 istimewa ataupun bawa mak pigi holiday...maybe abah bukan la gentlemen spt yg diharapkan, tp at least abah sentiasa ada bila mana mak perlukan...jawapan mak membuatkan aku sampai skang masih berfikir...maybe kerana mencari kelebihan itulah yg membuatkan mereka kekal bahagia...

begitu juga aku..perlu mencari kebahagian...kekadang terusik juga bila melihat suami org lain...tp segera kuingatkan aku mendapat suami yg terbaik buat diriku...mungkin suami juga bukan romantik, tp dier tk pernah lupa membuatku ketawa setiap hari...maybe suamiku bukanlah lelaki yg mampu memberiku segalanya...tp dialah lelaki yg mencukupkan segala keperluanku dan tmpat aku mengadu susah senangku...dan dia juga mudah utk diminta pertolongan dalam menguruskan rumah tangga...ingatlah para isteri, kita mungkin sedang mencari satu kelemahannya yg membuatkan kita sedih, tp kita mungkin terlupa atau terlepas pandang seribu kelebihannya yg membuatkan kita bahagia dan gembira..

dikala sdg kecewa, carilah kelebihannya...kerana mmg kita ditakdirkan utknya dan dialah yg terbaik utk kita....

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster