Salam sahabat blog sekalian...entri kali nih menyentuh pasal seorang insan mulia bergelar ibu/emak/mama/mummy/ummi...antara kelebihan mereka yg bergelar seorang ibu, doanya sgt2 makhbul...malah dalam Islam sendiri pun,mengatakan uh..oh..isk.. sudah dikira berdosa apalagi menderhakai dan melukai hati seorang ibu...so ingatan pd diri sendiri yg masih ader ibu..layanilah mereka sekalipun dalam keadaan yg penat, berbaktilah selagi terdaya..dan duhai diri, jgn lupa berdoa utk mereka...
teringat satu kisah yg diceritakan oleh ustaz aku ms skolah dlu2...kisah juraij yg terkena fitnah...korg tau kan aper kisahnya...
kisahnya pada zaman sebelum Rasulullah s.a.w,terdapat seorang ahli ibadah yg alim dan wara'.Dia tggal di satu tempat ibadah yg mana suatu hari, ibunya dtg mencarinya...ibunya memanggil utk kali pertama..."wahai juraij"...dikala itu juraij sedang beribadat dan berkata dalam hatinya...ya Robb, adakah patut aku sudahkan ibadahku atau aku menyahut panggilan ibuku?..dalam pada kebimbangan itu, dia meneruskan ibadahnya..ibunya berlalu pulang...
keesokan harinya, ibunya dtg lagi dan memanggil juraij.."wahai juraij"...dikala itu juga juraij sedang beribadat dan tidak mengendahkan panggilan ibunya..ibunya kecewa dan pulang lagi...
dan utk kali ketiganya ibunya dtg dan memanggil juraij,tp masih juga sama yg mana pada ketika itu juraij masih juga sedang beribadat...dalam keadaan serba salah, juraij masih meneruskan ibadahnya...
ibunya yg kecewa tersebut pulang dan berdoa.."Ya Allah, jgn lah Kau matikan juraij selagi dia belum melihat wajah pelacur."
pada ketika itu, terdapat seorang pelacur yg ingin menguji ketekunan ibadah juraij...ini kerana juraij pada ketika itu sangat terkenal sebagai org yg wara' dan tekun dalam beribadah...wanita pelacur tersebut pergi ke tempat ibadah juraij dan mula merayunya...juraij tidak mengendahkannya..wanita itu tidak berputus asa lantas mendatangi seorang pengembala yg tggl tidak jauh dr tmpat ibadah juraij..wanita pelacur itu merayu maka terjadilah penzinaan yg seterusnya mengakibatkan wanita itu hamil...
wanita itu membuat pengakuan palsu dgn mengatakan bayi itu adalah anak kandung juraij..org2 bani israil (dikala itu) mempercayai cerita itu dan mereka merosakkan temapat ibadah juraij dan memukulnya..
juraij yg menyedari bahawa ini angkara si wanita pelacur itu segera mencari bayi tersebut.mereka membawa bayi tersebut dan juraij meminta izin utk bersolat terlebih dlu...selesai bersolat, juraij mendatangi bayi tersebut dan bertanya, "Siapa bapamu?" ..dgn izin Allah bayi tersebut menjawab, "Bapaku si fulan, si pengembala kambing." Maka masyarakat dikala itu meminta maaf dan juraij meminta mereka membina tempat ibadahnya kembali dgn menggunakan bahan yg sama...
Kesimpulan nya:
-doa ibu sangat mustajab...so peringatan utk aku sbg bakal ibu...jgn doakan yg buruk2 utk anak meskipun dalam keadaan marah
-redha ibu adalah sama dgn redha Allah...senangkan lah hatinya selagi terdaya
-Rasulullah berpesan dahulukan menjawab panggilan ibu meskipun dalam ketika kita beribadat dan tingkat ibu adalah 3 kali dr bapa...
-jgn lukai hatinya apatah lagi menderhakainya...(tiket sehala ke neraka nih...)