Assalamualaikum...alhamdulillah bertemu kembali di pagi yg indah..sejuk dek hujan yg renyai2 turun..arinih xbanyak kete kat sebelah highgway nih, so agak mendamaikan suasana pagi nih..semalam,setelah sekian lama xmembeli paper, aku beli ler paper metro (sorry aku kurg percaya akhbar arus perdana..huhu)..terpampang kat depan tentang budak kecik di hulu selangor yg disepak terajang umpama bola di padang dgn bersaksikan puluhan org...hati aku terus marah..membara..dan mcm2 perasaan lagi..lebih memilukan kanak2 berusia 3 tahun itu menemui PenciptaNya asbab dari penderaan itu..aduh..pedih luluh hati wanitaku..apakah hilang kewarasan manusia sampaikan memukul seorang insan yg Rasulullah umpamakan ibarat kain putih?...aku menilai melalui apa yg aku baca dan apa yg terpampang di berita...cerita disebaliknya aku tidak mahu tahu...yg aku tekankan apalah sangat dosa si kecil yg berusia 3 tahun utk dipukul sehingga mati?..dan alasan paling tk logik ialah kerana budak kecil itu tidak mahu pulang menjelang senja..itu je?aduh...makin pilu rasanyer...
Cuba kenangkan, maybe ada antara kita yg menunggu bertahun2 utk mendapatkan zuriat..mencuba pelbagai cara, pelbagai ubat..namun Allah belum kurniakan zuriat..sabar dan tabah mereka2 yg tidak diberi kesempatan..tetapi pada insan2 yg dikurniakan anak yg sangat comel ini..tidak tahu bersyukur dan pada aku gagal menjalankan amanah Allah ini...yes! anak itu amanah Allah dan satu cara utk mendapatkan pahala yg berterusan kelak (jika dididik dgn betul)..
bukan takder syariat dalam Islam bagaimana mendidik anak..even dalam Islam pun ada di nasihatkan memukul jika tidak menunaikan solat sewaktu menginjak usia 10 tahun..tp cara memukul pun diajar oleh Rasulullah s.a.w, pukulan yg mengajar bukanlah mencederakan..
aku masih belum bergelar ibu, and maybe aku belum layak bercakap soal parenting..tp dgn menggunakan kewarasan fikiran seorang manusia pasti tahu akan batas2nya...
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau sahajalah yg layak disembah,Kau kurniakanlah kesabaran dalam hati-hati kami dalam memikul amanahMu,Kau kurniakanlah kami petunjuk dikala kami dalam kebuntuan,tetapkanlah dalam hati kami ya Rabb,iman yg tinggi untukMu"
Wallahua'lam