Ramadhan dtg lagi
Friday, August 21, 2009
Salam...waktu entri nih ditulis, aku ader kat meja opis..baru balik dr makan KFC, hari terakhir boleh makan siang...esok dah start pose dah...alhamdulillah doa aku dimakhbulkan tahun lepas...berjumpa lg aku ramadhan kali nih..seperti tahun lepas gak, aku berpose secara solo..hahah kat umah sewa aku la..so cabaran kali nih getir skit sbb dlu aku ader housemate, skang xder housemate..so kalau terlajak x sahur tuh nasibla...hahahah...
tp as usual, Ramadhan disambut dgn meriah meskipun sana sini kecoh pasal wabak H1N1 yg hanya Allah jer yg tahu bila surutnya...tp dikesempatan Ramadhan yg akan menjelma esok nih, aku nak mohon maaf atas segala salah silap aku sepanjang sebelas bulan sebelum nih...aku kan manusia, terkadang terlepas, tersilap,tersalah dan mcm2 ter... lglah...
Malam nih aku dah tk sabar2 nak gi terawih...bukan senang nak bersolat malam selain solat fardhu isya', so sepanjang bulan Ramadhan ni la Allah buka peluang leh solat sunat ramai2 lg...kalau ader rezeki siap ader makan2 tuh lepas solat...Allahuakbar.
Okla, seboleh2 nya aku sepanjang Ramadhan nih nak masukkan entri2 yg bermanfaat skit,disamping corat coret aku sepanjang kali nih...Oklah, utk entri pertama malam 1 Ramadhan (walaupun entri nih ditulis pada siang hari), hayatilah syariat2 kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan:
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (umat Islam yang majoriti/sawadul a'zhom). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)
0 comments: to “ Ramadhan dtg lagi ”
Post a Comment