3 Ramadhan:Sahur
Monday, August 24, 2009
Salam..alhamdulillah dipermudahkan sekali lagi utk kita meneruskan ramadhan hari yg ketiga...sedikit terkilan sbb arinih kena wat terawih kt umah memandang kan aku ader kelas...huhu..bukak pose pun ngan air oren yg rose bagi...hahaha..thanks rose, murah rezeki ko...
Okla, kali nih aku nk share pasal sahur nih...actually sahur nih kebanyakan org amik remeh jer..maybe lebih selesa makan dlu sblum tido kot...wallahua'lam...tp kalau kt umah aku, mak abah cukup memberatkan sahur...katanya perbezaan puasa antara puasa ahli kitab ngan puasa seorg muslim ialah pada sahur...walaupun sahur itu hanyalah sekadar meneguk air...sesuai dgn hadis Rasulullah,
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.
Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhary )
“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” - Hadis riwayat Ahmad.
Utk mengimprovekan kualiti sahur kita, meh kiter check adab2 bersahur...kalau yg dah tahu alhamdulillah, yg belum tahu...pelan2 amalkan ek...(takut2 mati esok, tk sempat nk improve dah)
Adab2 bersahur:
1-Melewatkan sahur.Actually ramai yg still kompius pasal melewatkan sahur...ader yg kater biler waktu imsak, so dah tk leh nak makan...actually kita still boleh makan sampailah kedengaran azan subuh (of course la azan subuh dilaungkan apabila terbit fajar kan)...sesuai dgn hadis Rasulullah s.a.w:
“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari
Dikuatkan lagi dgn Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?”
Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari
Antara hikmah mengakhiri sahur:
1-Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
2- Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.
-Sumber al-Khadeem-
0 comments: to “ 3 Ramadhan:Sahur ”
Post a Comment