Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

2 Ramadhan  

Sunday, August 23, 2009

Salam...alhamdulillah dipermudahkan lagi usaha kita menuju hari yg kedua...semoga terus dipermudahkan ya Allah...ok, saje jer aku nak mulakan topik pagi2 nih satu yg berfaedah..terutama utk kita berfikir....kalau bercakap pasal Rukun iman, aku rasa ramai yg ambil endah tk endah pasal mender nih..(maaf kalau xbetul)..aku pun terkadang merasa cukup dgn pengetahuan pasal rukun iman sampai terkadang aku terlupa macam mana yg dikatakan mencukupkan Rukun Iman...ilmu tanpa amal...kan ibarat pohon yg tidak berbuah...tk memberi manfaat pun..huhu...kalau nak diikutkan,dalil yg terang lg nyata termaktub dalam Al-Quran,
" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa’: 136)
















Kali nih aku nak bincangkan pasal Al-Quran dlu, insyaAllah kalau diberi kesempatan utk berbincang hal yg lain..insyaAllah...bersempena bulan Ramadhan nih digalakkan kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran...itu korg sumer tau...tp yg paling penting, bukan sekadar nak berlumba2 nak khatamkan Al-Quran, tp sebenarnya lagi bagus mengambil kesempatan ini untuk merperbaiki dan upgradekan bacaan...itu pada aku lebih baik dan afdhal...seperti firman Allah,

“Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil.” ( Al-Muzammil: 4)

Rasulullah dalam sabdanya daripada Ibn Mas`ud, yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca al-Quran satu huruf daripada kitab Allah baginya satu kebaikan dan kebaikan itu ganjarannya sama dengan sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, dan Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.” ( Sunan al-Tirmidhi).

Tetapi tahukah kita pasal adab2nya...tajwid nya, lagu2 bacaan nyer?...Honestly, aku sendiri banyak tak tahu especially bab lagu2 bacaan...ok,la kita kupas pelan2...


Adab2 membaca Al-Quran boleh dirumuskan :

1-Sebelum membaca al-Qur'an hendaklah membersihkan badan dan mengambil wudhuk. Jika sudah berwudhuk, mulut hendaklah dibersihkan. Rasulullah bersabda, mafhumnya : "Sesungguhnya mulut kamu itu laluan al-Qur'an, maka bersihkanlah ia dengan bersugi". Apabila wudhuk terbatal, segeralah memberhentikan bacaan dan mengambil wudhuk semula. Sunat berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat serta memakai bau-bauan.

2-Tempat membaca al-qur'an hendaklah suci. Afdhalnya di masjid. Makruh membaca di jalanan atau di tepi jalan, di dalam bilik mandi, di pasar atau tempat perhimpunan orang yang dungu ataupun di tempat yang tak selayaknya dengan kesucian dan kemuliaan al-Qur'an. Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan penuh ta'zhim, kepala tertunduk dan tidak di dalam keadaan bersila. Jangan sekali-kali duduk seperti duduk orang yang takabbur.

3-Sebelum memulakan bacaan, bacalah dulu ta'awwuz. Allah berfirman, maksudnya : "Apabila engkau membaca al-Qur'an, bacalah t'awwuz ( A'uuzu billaahi minal-syaithaanil-rajiim )". Bacaan ta'awwuz ini jika di khalayak boleh dibaca nyaring, tetapi jika tiada khlayak untuk mendengarnya, lebih utama (awla) diperlahankan bacaannya, iaitu seperti membacanya di dalam sembahyang. Kecuali bacaan al-Qur'an tehenti lama, selama mengerjakan satu raka'at sembahynag, bacaan ta'awwuz ini tidak dituntut untuk diulang lagi.

4-Hendaklah membaca tasmiyah (bismillaahil-Rahmaanil-Rahiim) pada awal tiap-tiap surah kecuali surah al-Tawbah (Baraa`ah). Ketika membaca, qari / qariah hendaklah di dalam keadaan sentiasa mengingati bahawa dirinya diperhatikan oleh Allah_sebagaimana ketika mengerjakan sembahyang juga.

5-Untuk menghormati atau memuliakan al-Qur'an, jangan teruskan bacaan semasa menguap, kerana menguap itu tabiat syaitan. Selesai menguap dengan sopan, barulah menyambung semula bacaan. Jangan tertawa atau bercakap bercampur-aduk dengan bacaan kecuali kerana satu-satu hajat yang dharurat. Justeru, bacaan sebaik-baiknya di tempat yang terasing agar tidak diganggu atau diajak bercakap oleh orang lain. Bagaiamana pun qari / qari`ah boleh memutuskan bacaannya untuk memberi salam atau untuk menjawab salam.

Sunat memutuskan bacaan untuk tujuan berikut :
i. mengucap "Al-hamdulillaah" selepas bersin,
ii. mengucap "Yarhamukallaah" kepada orang yang bersin,
iii. menjawab azan,
iv. bangun menghormati ketibaan orang alim, orang shalih atau orang yang dimuliakan, tetapi bukan dengan riyak.

6-Keseluruhan bacaan sebaik-baiknya (afdhal) dengan suara nyaring jika bertujuan untuk didengar, disemak serta dimanfaatkan atau dihayati oleh orang lain, atau pun untuk mengawal konsentrasi diri sendiri terhadap bacaan atau untuk menghilangkan rasa jemu atau mengantuk. Sebaliknya, jika ditakuti menjadi riyak atau akan mengganggu orang yang sedang atau akan bersembahyang atau tidur, tidak digalakkan membaca nyaring, yakni membaca perlahan adalah lebih afdhal. Suatu masa di dalam masjid, Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya: "Ketahuilah, setiap kamu bermunajat kepada Tuhan, maka janganlah menyakiti (mengganggu) antara satu sama lain dan jangan antara kamu mengangkat suara bacaan sehingga menggannggu yang lain. (HR. Abu Dawud).

7-Dikatakan sunat juga suara bacaan al-Qur'an itu berselang-seli_sekali perlahan sekali nyaring. Apabila terasa jemu atau mengantuk dengan membaca perlahan, bacalah secara nyaring dan apabila terasa penat, lalu kembali membaca perlahan sebagai istirahat.

8-Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian) dan tafahhum akan makna ayat-ayatnya. Allah berfirman, mafhumnya, "Dan bacalah al-Qur'an itu (mantapkan bacaan) dengan perlahan-lahan (tidak terlalu cepat)". (QS. 73 : 4), dan "Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat agar mereka mentadabburkan makna segala ayatnya dan agar mendapat pelajaran orang-orang yang berfikitan". (QS. 38:29). Kata Ibnu 'Abbas, "Aku baca surah al-Baqarah dan Ali 'Imran dengan tartil dan aku tadabburkan kedua surah itu . Ini lebih aku suka daripada membaca dengan pantas seluruh al-Quran". Apabila membaca ayat-ayat yang berkenaan, sunat beristighfar, bershalawat, bersyukur, minta berlindung atau berdoa dan sebagainya. Berkata 'Auf bin Malik, "Aku bersama dengan Rasulullah yang membaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda berhenti berdoa apabila membaca ayat mengenai rahmat dan meminta berlindung dengan Allah apabila membaca ayat mengnai azab".(HR. Abu Dawud dan al-Nisa`i).
Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa membaca surah al-Tiin hingga akhir ayatnya, maka hendak berkata 'Balaa wa ana 'alaa dzaalika minal-syaahidiin' (Bahkan, dan aku daripada mereka yang menjadi saksi atas yang demikian itu); barang siapa membaca surah al-Qiyaamah samapi selesai pada ayat, 'Alaysa dzaalika biqaadirin 'alaa an yuhyiyal-mawtaa', maka hendaklah berkata, 'Balaa' (bahkan); dan barangsiapa membaca surah al-Mursalaat hingga akhir ayatnya, maka hendaklah berkata, 'Aamannaa billaah' (Kami beriman dengan Allah)"- (HR. Abu Dawud dan al-Tirmizi).
Al-Hakim meriwayatkan : Apabila selesai membaca ayat akhir surah al-Mulk, iaitu "Faman ya`tiikum bimaa`in ma'iin" (Maka siapakah yang memberikan kepada kamu air yang mengalir? , hendaklah berkata "Allaahu Rabul-'Aalamiin" (Allah Tuhan seantiru alam) dan apabila selesai membaca surah al-Dhuhaa, hendaklah mengucap takbir. Bacaan-bacaan tambahan tersebut, selain sunat dibaca oleh qari / qari`ah berkenaan, sunat juga dibaca oleh pendengar.

9-Pada ayat-ayat tertentu yang merupakan kata-kata orang kafir pula disunatkan membacanya dengan perlahan (tidak nyaring). Diwayatkan : Ibrahim al-Nakha'i membaca perlahan pada ayat "Wa qaalatil-Yahuudu yadullaahi maghluulah" (Dan berkata orang-orang Yahudi, 'Tangan Allah terbelenggu' - QS. 5:64) dan "Wa qaalatil-Yhuudu 'Uzayrunibnullaah" (Dan berkata orang-orang Yahudi: ''Uzayr anak Allah' - QS. 9:30) .

10-Sunat membaca al-Qur'an sambil menangis. Rasulullah s. a. w bersabda, mafhumnya, "Bacalah al-qur'an serta menangis. Jika tidak menangis seberapa boleh menangislah". Kata Ibu 'Abbas, "Apabila kamu baca ayat Sajadah, maka jangan kamu segera sujud sehingga kamu menangis. Jika tidak menangis, hendaklah menangis di dalam hati". Sesungguhnya yang mendorongkan tangisan itu ialah menjadikan hati dukacita". Daripada dukacita itulah tercetusnya tangisan. Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Bahawa al-qur'an itu diturunkan dengan dukacita, maka apabila kamu membacanya, hendaklah dengan hati yang dukacita". Timbulnya dukacita itu ialah dengan mengingati dan mengamati perbuatan yang dimurkai Allah serta mengingati kecuaian mentaati perintah dan tegahan-Nya, lalu tercetuslah tangisan. Diriwayatkan, bahawa menangis ketika membaca al-Qur'an itu ialah sifat orang-rang shalihin dan 'arifin.

11-Sunat memelihara hak ayat-ayat yang dibaca, iaitu hendaklah melakukan sujud al-Tilawah (sudut Sajadah) apabila membaca ayat-ayat Sajadah. Terdapat 14 tempat (ayat Sajadah) di dalam al-Qur'an : masing-maasing satu ayat dalam surah al-A'raaf, al-Ra'd, al-Nahl, al-Israa`, Maryam, dua dalam surah al-Hajj, masing-masing satu ayat dalam surah al-Furqaan, al-Naml, Alif-laam-mimm al-Sajadah, Haa-miim al-Sajadah, al-Najm, al-Insyiqaaq dan al-Qalam. Selain itu, ayat Sajadah dalam surah Shaad disunatkan melakukan sujud Syukur. Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Nabi Dawud Sujud kerana taubat dan kami sujud kerana syukur" - (HR. al-Nasa`ii).
Dalam setiap sujud Syukur dan Tilawah itu disunatkan membaca doa yang tertentu. Syarat-syaratnya pula sama dengan syarat-syarat mendirikan sembahyang, iaitu berwudhu', menutup aurat, mengadap kiblat dan tempat, pakaian serta tubuh badan yang suci. Apabila selesai bacaan, disunatkan mentashdiqkan Allah dan naik saksi tentang tabligh Rasul-Nya, iaitu : Shadaqallaahul-'Azhiim wa ballagha Rasuuluhul-kariim wa nahnu 'alaa dzaalika minal-Syaahidiin. Kemudian disunatkan pula berdoa : Allaahummaj'alnaa min syuhadaa`il-haqqil-qaa`iminna bil-qisth. Kemudian ditambah dengan mana-mana doa pilihan yang lain. Akhirnya, apabila khatam bacaan, bacalah doa Khatam al-Qur'an.

Ini baru adab2 nyer, belum lagi membaca dr segi tajwid dan lagunyer...Tp, every million steps begins from small step.So, kalu yg masih teragak2 tuh, mulakan dr sekarang...tk bermakna usia dah lanjut, xperlu baca Al-Quran..sbb Al-Quran ni la yg menjadi salah satu saksi kita di mahkamah Allah kelak...aku pun masih banyak yg tidak tahu...that's why aku kongsi entri nih agar sama2 kita tahu...insyaAllah next entri aku nak wat research skit pasal jenis2 lagu bacaan Al-Quran...Sama2la kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran dgn penuh tartil dan tertib...Wallahua'lam.

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


0 comments: to “ 2 Ramadhan

 

Design by Amanda @ Blogger Buster