Musim kahwin dah tiba...
Sunday, June 12, 2011
Alhamdulillah diberi lagi kesempatan utk mengupdate blog ni...fuhhh..dah nak macam bersawang dah blog nih...heheh...namun xsangka2 juga dalam senyap2, ader gak pertambahan followers...alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi menyinggah...segala kekurangan dan kesalahan harap dimaafi..
Bulan Jun aka musim cuti sekolah dah tiba...dan seperti kelazimannya, time2 mcm nih la kami sekeluarga menerima jemputan yg tak terkira banyaknya...dr seluruh ceruk tk kiralah di utara, di selatan mahupun pantai timur..terkadang sedikit terkilan jugaklah sbb yg menjemput pun kebanyakkan kawan masa sekolah, masa kat universiti dan rakan sekerja...maaf setulusnya jika sya sekeluarga tidak dapat menghadiri semua2 majlis2 tersebut...insyaAllah sekalipun jasad tidak dapat meraikan, doa tetap sya panjatkan agar masjid yg dibina berkekalan harmoni smpai ke syurga...amin..
Teringat masa sya nak kahwin dlu...klu diikutkan mahu buat seringkas mungkin, xperlu ader sanding2..xperlu nak besar2..cukuplah sekadar makan dan sedikit kenduri kesyukuran...namun apalah daya sya utk menentang adat...meskipun tegas sya mempertahankan kehendak agama, namun akhirnya terpaksa akur apabila makcik2 dan jiran2 sudah mula membuat muka...lantas sya akur dgn syarat sya tidak mahu ada majlis tepung tawar dan sebagainya...dan alhamdulillah permintaan sya dipenuhi...
namun sya bertekad, insyaAllah jika dipanjangkan usia utk sya merasai pengalaman menyambut menantu, sya pastikan syariat melebihi adat....adat ttp dipikul, tp agama wajib dijunjung...maka yg bersalahan dgn agama insyaAllah akan dimansuhkan jika diizinkan Allah utk sya hidup diwaktu itu...
Mata pun dah ngantuk..perlu bersedia utk hari esok (jika dipanjangkan usia, sya meneruskan rutin, dan jika esok ditakdirkan utk 'kembali', sya juga perlu bersedia)...wallahua'lam
p/s: Tentatif esok: Walimatul Urus opismate di Puchong...
0 comments: to “ Musim kahwin dah tiba... ”
Post a Comment