Ketaksabaran dalam sabar
Thursday, June 9, 2011
Gambar sekadar hiasan
Pelik sungguh tajuk blog kali nih..ketaksabaran dalam sabar? hmmm..dalam maksudnya saudara/saudari sekalian...dalam rumah tangga misalannya, sabar adalah satu elemen yg penting, tp kekadang disebabkan ketaksabaran dalam bersabar itulah yg menjadi mancis untuk menyalakan konflik..sebagai contoh, seorang isteri boleh bersabar dgn sikap ke'malasan' suami di dalam hati, tapi dimulut diluahkan segala bebelan supaya suaminya berubah..itulah yg sya maksudkan ketaksabaran dalam bersabar..
dalam rumah tangga, sabar sahaja tidak memadai utk dijadikan pengukuhan utk sesuatu kerukunan rumah tangga. Sabar perlu disertai dgn saling menerima, saling percaya dan berkomunikasi...dalam hal nih, mmg sya cukup2 rekemen utk saudara/ saudari sekalian membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal " Aku terima nikahnya..." dan tulisan John Gray, Mens from Mars, Women From Venus. Kupasan alam rumah tangga dan bagaimana utk mengetahui perbezaan lelaki dan perempuan diterangkan dgn jelas dalam buku ini...mmg tk rugi membacanya..apatah lagi buku karya Ustaz Hasrizal aka Saifulislam.com cukup santai dan senang difahami..
Pernah saja adik2 yg ingin berkahwin melontarkan soalan2 yg begitu menggerunkan hati utk menjawabnya...apakah rahsia utk memastikan rumah tangga kekal harmoni? bagaimana memujuk hati dikala berlaku perselisihan? bagaimana ingin memandu rumah tangga hingga ke syurga? fuhh..soalan2 begini hakikatnya, sya bukanlah layak utk menjawabnya memandangkan usia perkahwinan sya sendiri masih setahun jagung...namun sedikit sebanyak pengalaman sendiri dan rakan2 boleh dijadikan panduan dan teladan...
sewajibnya rumah tangga yg dibina perlulah berasaskan ingin mendapatkan keredhaanNya..maka jalan dan cara perlulah selari dgn kehendak agama...cari jodoh yg baik, pelihara hubungan dan sentiasa siram benih2 kecintaan pada Allah melebihi segalanya...(dan sya rasa konsep asas nih ramai yg dah tahu)
namun sya cukup tertarik dgn tulisan Ustaz Hasrizal, yg mana beliau cukup menegaskan motto hidup beliau dgn kata2 "Erti hidup dgn memberi"..cukup simple yet memberi makna mendalam pada diri sya khasnya...sebagai individu, anak, isteri dan ibu...dgn berpegang kpd prinsip asas ni, ternyata ianya membuka mata sya sejelasnya tentang hidup...jika kita melakukan sesuatu dgn mengharapkan balasan..maka selamanya hati takkan tenang selagi tidak mendapat yg dihajatkan...maka utk itu perlu perlu difokuskan apa sahaja yg kita lakukan hanyalah utk memberi tanpa mengharap..atau lebih ringkas 'unconditional love'...susah, sukar...namun perlu dipraktiskan perlahan2 agar hasilnya insyaAllah...
begitu juga dalam mendidik suami dan anak, setiap nasihat/teguran dan kata2 yg diberi semestinya tidak mengharapkan perubahan yg segera...kerana prinsip asas yg dipegang, insyaAllah tidak akan berlaku perselisihan yg besar yg akhirnya boleh meretakkan masjid indah yg dibina..
oleh itu perkahwinan adalah suatu yg menenangkan, melahirkan rasa selamat dan dipunyai serta membaja perasaan cinta utk diberi...insyaAllah dgn hati dan fikiran yg positif, dgn kehendak hati yg sentiasa mencari ilmu dan meningkatkan iman, rumah tangga yg dibina akan seindah mahligai Rasulullah dan sahabatnya...amin..
p/s: kepada kengkawan yg bakal mendirikan rumah tangga, tahniah!!
0 comments: to “ Ketaksabaran dalam sabar ”
Post a Comment