Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Ramadhan 13:Ukhuwah yg terjalin  

Thursday, September 3, 2009

Assalamualaikum...sahabat blog sekalian...lupa plak nak bercerita tentang satu perjumpaan ringkas sahabat2 lama dr zaman persekolahan dlu...meskipun ringkas, majlis tersebut amat bermakna buat aku dan sahabat kerana ada diantara kami yg langsung xberjumpa sejak masing2 meninggalkan zaman persekolahan...reunion kecil-kecilan nih dianjurkan atas inisiatif saudari Asura aka Cuya yg begitu beria2 nak jumpa kawan2...hahaha...lalu dgn izin Allah, kami semua dipertemukan dalam satu majlis berbuka puasa di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa...suasana ceria sudah dapat dilihat dr jauh (wlaupun nak parking kete memerlukan kesabaran yg tinggi)...sebaik saje dipertemukan, masing2 membuka cerita...kisah suka duka perjalanan hidup masing2, impian dan segala yg dikecapi kini...paling menghiburkan bila masing2 membuka cerita zaman persekolahan dlu...maklumlah budak hostel...byk kenangan nya...tak banyak yg berubah, cuma beberapa sahabatku sudah kebanyakan bertukar status...ader yg menjadi isteri,suami, ibu dan bapa...dan sedikit terkilan kerana ada sahabatku ini begitu kepingin nak dtg tp disebabkan morning sickness yg teruk, so terpaksa la melepaskan satu pertemuan..tkper dok,insyaAllah akan ader pertemuan lain...Satu yg lebih menarik, walaupun kami semua sudah bekerja di Semenanjung, bila berbual semuanya keluar bahasa Sabah...hahaha...and utk pengetahuan sahabat blog, aku pernah bersekolah di Sabah dan tinggal di Sabah lebih kurang 7 tahun..(lama jugak ek..hahaha)..

Alhamdulillah,semoga ukhuwah yg kita jalinkan ini berkekalan hendaknya...Semoga kecintaan yg kita tanam ini menempatkan kita sebagai salah satu golongan yg mendapat perlindungan di MahkamahNya nanti..amin...And utk sahabat2, tiada apa lagi yg ingin aku ucapkan selain terima kasih di atas kesudian kalian menerima aku...menerima segala kekurangan aku, memaafkan segala kesalahan aku dan menerima persahabatan ini seadanya..
Alhamdulillah,segala puji bagi Mu Allah yang memberi aku mendapat sahabat2 yg baik...




AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster