Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Akhil Hay & Waheeda...akhirnya  

Tuesday, August 18, 2009

Okies..aku malas nk mengulas panjang..korg layan kan jela brite nih..aku amik dr utusan malaysia..arinih punyer...

Pernikahan mereka menutup spekulasi


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my



AKHIL dan Waheeda mengharapkan perkahwinan mereka akan menutup segala spekulasi negatif terhadap mereka.

--------------------------------------------------------------------------------



TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba industri hiburan tanah air 'dikejutkan' dengan berita pernikahan antara Akhil Hayy, 40, dan Waheeda, 30, yang berlangsung pagi Ahad lalu di Kuala Kubu Baru, Selangor.

Memang sebelum ini berita tentang perhubungan mereka telah mendapat liputan yang cukup meluas sehingga mereka dikatakan sering main tarik-tali saat ditanyakan tentang hubungan mereka.

Tidak cukup dengan itu, hubungan mereka yang penuh kontroversi itu juga dikatakan menjadi punca kepada perceraian Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal setelah 13 tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sejak muncul sebagai penyanyi nasyid dan pendakwah bebas dua tahun lalu, nama Akhil sememangnya cukup panas dan bara itu bertambah apabila namanya dikaitkan dengan Waheeda.

Namun, Akhil tidak pernah menafikan bahawa dia mempunyai hubungan dengan penyanyi lagu Wassini itu kerana dia menegaskan berkali-kali bahawa hubungannya dengan Waheeda tidak lebih daripada seorang kawan.

Lantas, apabila diajukan kepada Akhil tentang pernikahannya bersama Waheeda yang berlangsung dalam serba sederhana pagi Ahad lalu, Akhil memberitahu semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Malah, dia sendiri tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Waheeda biarpun mengakui dia rapat dengan wanita itu. Semuanya atas nama persahabatan.

Kata Akhil atau nama sebenarnya Abdul Akhil Hai selain itu juga, dia mahu mempercepatkan perkahwinan mereka sebelum menjelangnya Ramadan pada 22 Ogos ini.

Malah, berdasarkan perancangan awal, mereka sepatutnya berkahwin pada 21 Ogos. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tarikh 16 Ogos menjadi pilihan mereka.

"Alhamdulillah, apa yang saya harapkan dan rancang semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa yang saya mahukan melainkan segala kisah buruk tentang kami tidak lagi dijaja dan disebut-sebut.

"Apa yang berlaku semuanya sudah berlalu. Bermula detik saya berjabat tangan sebagai tanda ijab dan kabul itu, saya tekad untuk melayari kehidupan saya dengan tenang.

"Malah, saya mahu memulakan penghidupan yang baru bersama Waheeda dan anak-anak saya," katanya tenang sewaktu dihubungi Hits petang Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, Akhil turut memberitahu sebaik sahaja Waheeda sah menjadi isterinya, ia menandakan bahawa penyanyi dan pelakon itu sudah tidak lagi menjadi seorang artis.

Akhil dan Waheeda atau nama sebenarnya, Nor Wahidah Abdul Wahab bernikah di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di Kuala Kubu Baru dan dengan sekali lafaz sahaja, Waheeda sah menjadi milik Akhil.

Majlis serba sederhana itu dihadiri lebih daripada 200 orang tetamu termasuk ahli keluarga serta teman rapat kedua belah pihak.

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Hulu Selangor, Ustaz Zulkhairi Zaid yang juga kawan karib Akhil.

Ibu dan bapa Waheeda, Abdul Wahab Yusof dan Asri Othman selain ibu Akhil, Azizah Daud yang hadir memberikan restu untuk anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, anak pertama dan kedua Akhil iaitu Siti Numaisarah, 12 , dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, turut hadir pada majlis itu meraikan perkahwinan kedua bapa mereka.

Waheeda menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan senaskah al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Jelas Akhil, kitab suci itu dijadikan sebagai wang hantaran adalah atas permintaan kedua ibu bapa Waheeda sendiri.

Akhil turut memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak Waheeda dengan sembilan dulang.

Saat ditanya tentang majlis perkahwinan mereka yang diadakan secara mengejut dan sedikit tergesa-gesa itu, Akhil menjelaskan ia sememangnya dimahukan oleh kedua-dua belah pihak bagi meraikan keluarga dan teman rapat sahaja.

Bagaimanapun pada majlis resepsi di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 31 Oktober depan, mereka akan mengundang lebih ramai tetamu termasuk beberapa artis untuk menyanyi di majlis mereka.

Akhil hanya mampu berdoa dan berharap agar pernikahannya dengan Waheeda akan menghapuskan segala kata-kata nista dan cercaan orang terhadap diri mereka berdua.

Apa yang dimahukan agar masyarakat memandangnya dari sudut positif dan menghentikan segala kisah buruk yang mahu disimpan rapi dalam diari hidupnya.

"Setidak-tidaknya ia melenyapkan spekulasi yang mengatakan kami ini sudah mendirikan rumah tangga sebelum ini. Jadi, pernikahan kami ini menjadi saksi bahawa kami tidak pernah bernikah sebelum ini," katanya penuh berhemah.

Namun begitu, Akhil tetap dengan pendiriannya untuk berahsia bilakah bibit cintanya mula berputik dengan Waheeda sekali gus melamar wanita itu untuk menjadi suri hidupnya.

"Pada saya, itu adalah satu yang privasi dan tidak harus dibincangkan kepada umum kerana ia merupakan satu perasaan dalaman.

"Saya bersyukur kerana ditemukan dengan Waheeda dan sekarang adalah tanggungjawab saya untuk membimbingnya menjadi seorang isteri solehah," ujar hos rancangan Cafe Akhil Hayy yang ditayangkan di saluran Oasis (saluran 106, Astro) itu.

Akhil yang juga bekas penyanyi rock itu mahu Waheeda menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga dan menjaga anak-anak mereka.

Sementara itu, Waheeda ketika dihubungi pula berkata, dia tidak mahu ambil peduli dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya.

Jelasnya, dia kini mempunyai kehidupan baru dan banyak lagi perkara penting untuk difikirkannya daripada memikirkan tentang kata-kata orang terhadap dirinya dan Akhil.

"Kalau orang di luar sana mahu terus cakap kami berdua menipu, itu terpulanglah pada pandangan masing-masing. Saya sudah tidak kisah dan tidak mahu membebankan fikiran dengan benda yang tidak berfaedah.

"Saya menganggap pernikahan ini sebagai satu rahmat besar Allah buat kami kerana secara tidak langsung, ia telah merapatkan lagi hubungan serta jalinan ukhuwah sesama keluarga yang renggang selama ini.

"Tiada lebih yang saya minta melainkan berdoa dan berharap agar perkahwinan ini direstui dan dirahmati oleh Allah SWT," jelas penyanyi lagu Wassini ini dalam nada ceria.

Menyentuh mengenai anak, ujar Waheeda, dia mahu memiliki zuriatnya sendiri bersama Akhil dan sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang ibu memandangkan dia sudah bersara sepenuhnya menjadi seorang artis.

Ditanya pula tentang perasaan cintanya terhadap Akhil, dia memberitahu perasaan itu baru timbul dalam dirinya dan kini dia meniti fasa percintaan dengan lelaki idamannya itu biarpun dakwaan mengatakan mereka sudah lama bercinta.

"Kami memang saling mengambil berat antara satu sama lain sebagai seorang sahabat sebelum ini dan kerana itu jugalah, persahabatan kami dipandang serong oleh sesetengah pihak.

"Jadi, kalau selepas ini ada lagi pihak yang masih mahu memperkatakan tentang hubungan kami, saya rasa tidaklah perlu berbuat demikian lagi. Doakanlah sahaja kebahagiaan kami kerana itulah yang terbaik untuk semua pihak," tuturnya penuh harapan.
what ever la...nak ckp banyak pun dah kahwin...semuanya dah ditentukan...aku plak xleh nk ulas panjang2 sbb 1-aku blum kawen, 2-aku xtau aper masalah dorg nih, 3-aku nk bersangka baik sbb lg2 nak dekat bulan pose nih, 4-aku doakan kebahagian seluruh umat Islam...5-and aku mohon maaf atas segala kesalahan...(hahaha,yg kelima nih mcm xder kaitan ngan tajuk...)
aku mmg saje nak nguji tahap kecerdasan korg..hahaha)


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


As time passing by...  

Sunday, August 16, 2009

Sedar tk sedar dah masuk bulan lapan..pergh sekejap giler masa berlalu..and sedar tk sedar nnti usia tup2 dah masuk 30thn...ops,aku masih pertengahan 20-an...to be exact.. 25thn....and recently aku sgr banyak sgt kematian..tk kisah org tuh aku kenal ke..yg tak kenal ke..yg aku jer kenal ke..tp rata2 ramai yg meninggal..tu blum kire yg meninggal sbb H1N1...seriously, H1N1 nih mmg dah serious benar, waktu aku menulis nih.. kes kematian dah meningkat sampai 48org..purata sehari dalam 5-6 org meninggal..isk..isk..very dangerous tuh!..

aku mengambil kesempatan nih nak ucapkan takziah pada member baik opis aku..Rose atas kehilangan adik dia..sabar ek rose, kehilangan dier mmg sudah ditentukan, kita yg hidup nih amik pengajaran dan peringatan,okies!..and aku juga ucapakan takziah pada keluarga Allahyarham Ustaz Asri yg baru jer meninggal dua ari yg lepas...al-fatihah..
And pada aku, kematian mmg sudah ditakdirkan, bahkan sewaktu kita dalam rahim lg, telah tertulis di Loh Mahfuz, rezeki kita, jodoh kita, mati kita...jadi sebagai hambaNya tak perlulah kita menyangkal atau mempersoalkan hal2 nih..tp satu yg kita perlu ingat,Allah ader berfirman yg maksudnya lebih kurang begini, Dlm Surah Al-Mukmin:60- ‘Dan Tuhanmu berfirman: “Mintalah olehmu kepada-KU, nescaya akan Aku perkenankan untukmu”...
So Allah pun bagi harapan pada manusia, supaya kita mintak yg terbaik dalam perjalanan hidup kita,mintak rezeki yg halal, jodoh yg baik dan kematian yg husnul khotimah..renung2kan,dan selamat beramal (ala2 dalam hotfm tuh)...
And back to the topic, as time passing by aku pun skang agak2 sibuk wat persiapan utk pertukaran status diri..hahaha ayat power skit..skang nih still pakai title cik..pasnih nak kena tuka ke puan la plak..so skang nih, byk lg urusan yg perlu di setelkan..mintak pd Allah, permudahkan la segala urusan ku, dan janganlah urusan ku nih menyusahkan hambaMu yg lain...amin..
bukan aku jer yg sibuk wat persiapan nih, Mr Amir pun bz gak..ingat2 hujung minggu nih nak gi shopping beli baju nikah dier,tp alamak kemalasan tahap dewa telah membantutkan usaha..hahah..mintak maap ek Mr. Amir...hahahah...
Oooo..nih first time aku mention nama tunang aku..hahah..maklum la Mr Amir komplen aku tk penah tulis pasal dier..hahaha...ala..itu kan personal..maner leh kongsi ngan org..hahahha..*wink*
Hah..luper plak aku nk ucapkan special thanks for viewers...especially Shidee(bukan nama sebenar..ahaks) sbb rajin view blog aku disamping mengeluarkan kritikan secara live..hahaha..
and aku rasa biler ko baca blog aku, ko akan kenal saper aku disebalik semua yg dah ko kenal (mcm pelik jer ayat nih..ah lantakla..)..

Okla, kat bawah nih aku share sedikit gambar2 aku bersama geng2 SATO Japan...aweks jepun pakai baju kurung nih..hahahaha...layansss..(sorry ek kualiti tidak berapa memuaskan..)
<--Aweks Jepun pakai baju kurung
<-Aku bersama mereka...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Siapa itu Yasmin Ahmad??  

Friday, August 14, 2009


Salam..salam...salam mesra,salam sejahtera, salam muafakat..semoga salam sesama manusia melahirkan kasih dan sayang yg diberkati Allah...n kalu korg nak tau, dua sahabat yg saling berkasih sayang kerana Allah akan termasuk dalam salah satu golongan yg mendapat naungan Allah di Padang Masyar kelak..wallahua'lam..

Kali nih sajer jer aku bawak topik nih,walaupun nampak cam dah lapuk, memandangkan Allahyarham dah meninggal hampir 2-3 minggu yg lalu..tp tkpela, ni just from the personal view aku dr cerita org2 yg mengenalinyer dan aku hanya menyatakan kesimpulan dr beribu2 atau berjuta2 kesimpulan terhadap Allahyarhamah. Secara personally, aku mmg tk kenal Yasmin Ahmad..mmg tk kenal and dier pun tk kenal aku..kompem!..nih satu fakta.Tp aku mengenali dier dr filem2 dier..yg maner aku pun kritik gak..honestly, aku tk braper berkenan dgn filem dier..maybe sbb dier terlalu berani,maybe pada aku dier terlalu outspoken mengenai masyarakat kiter...TAPI, aku admit yg aku tgk sumer filem dier...sebabnyer..filem dier bukan pentingkan drama...filem dier ader jiwa, filem dier ader RASA. tk tau la korg,tp aku tgk filem dier, aku rasa yg aku nih MANUSIA. sbb aku bertanya ngan diri aku, nih ke keadaan masyarakat kiter? ni ke yg aku tk tahu tntang cerah-gelap masyarakat kiter...macam iklan2 PETRONAS yg slalu Yasmin Ahmad (YA) buat, iklan tuh tk sampai setengan jam, kekadang less then 5 minute, tp mampu buat jiwa aku terusik...that's YA...itu style dier...ini yg aku kenal tntang YA.

Tp recently, ASTRO ader wat satu Channel khas utk YA. tajuk channel dier YA dalam kenangan...memula aku heran gak,apsal la sampai ader channel khas utk dier...pas aku layan channel nih baru aku kenal serba sedikit personality Arwah dari kaca mata org sekeliling nyer...kalau korg tk layan la channel tuh, aku ringkaskan...mengikut kater org sekeliling Arwah:

1. Arwah tak pernah mengutuk org lain, bahkan dier akan bagi pujian honest pada semua org walaupun org tersebut hanyalah runner jer...

2.Arwah cukup menghormati org lain...tak pernah dgr dier kutuk org lain...dier inspired org lain dgn kate2 dier

3.Arwah jenis yg sgt pemaaf...tk der dendam ngan org lain.

4.Arwah mempunyai hubungan yg sgt baik dgn kedua ibu bapa nya...

5.Arwah selalu bg peluang pada org lain, hatta bangla and driver dier sendiri pun dier bagi peluang utk berlakon dalam filem dier.

6.Arwah tk pernah menyakitkan hati org lain...selalu berjenaka dan selalu mengusik

7.Arwah buat filem utk kedua ibu bapanya gembira...

8.Arwah seorg yg berani dan tegas dalam pandangan nya...
9.Arwah tak pernah memandang rendah pada org lain..pada Arwah semua manusia sama sahaja.
10.Setiap malam arwah akan mengampun kan semua dosa org2 sekeliling nyer...petua hati gembira.

Nih aku ringkaskan dari segala kesimpulan2 yg org lain cerita pasal Arwah...Arwah mmg tk kenal aku, tp aku mengambil aper yg terbaik dr sikap dan sifat dier...at least aku mencuba...

Pada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Al-fatihah...semoga dikau tenang bersama Nya...
P/s: Iklan raya burung murai yg YA buat adalah yg terbaik pd aku..paling skit pun setitis air mata aku akan mengalir...Al-fatihah...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Happy Birthday Sensei!  

Tuesday, July 28, 2009

Salam...pergh lama giler aku tk update...2 sebab jer...1-aku mmg ngah tkder idea wlaupun aku rasa byk nk citer 2-pas solat isya' aku dah ngantuk giler smpai aku xder idea (so sebab kedua mnyebabkan sebab pertama terjadi)..hahaha..jd dikesempatan yg agak2 boleh bertahan nih aku write something supaya xder la blog aku nih jd abandoned..haha..
okies..berbekalkan tajuk kat atas tuh, aku nnk tulih skit arr pasal suprise birthday yg aku n classmate aku plan utk sensei aku nih...sedar tk sedar, aku dah jadi anak murid dier nak dekat 5 bulan dah..cepat giler..n dibawah tunjuk ajar dier nih la, aku dah boleh baca tulisan jepun...(tp still byk kena blaja lg)..sensei aku nih mmg sempoi, agak giler2 and mmg tk penah marah..(even biler dier nak wat marah pun so cute)..haha..
So plan besday dier yg kebetulan jatuh pada hari yg kami ader kelas mmg quite mendebarkan..sbb sensei ske datang awal..so pape hal pun kitorg mesti kena dtg lg awal dr dier...and alhamdulillah arituh dier dtg lewat skit dr biasa...so kek,and makanan2 kitorg sorok blakang kelas..cover baik punyer..dier masuk kelas ngaja mcm besa..kitorg pun wat muke kunun2 tk ingat langsung besday dier..hahah..agak2 nmpak kecewa skit kat muke dier (nih tafsiran aku je..aku kan nujum air muka org..wakkaka)..biler dier kater rehat jer,kitorg trus ke belakang and amik kek...dier mmg suprise giler and tk expect kitorg wt besday party..although it was simple, but the simplest thing can take away your heart...yg pnting sincerity...hahaha..

Kat bawah nih aku share la gambar2 sensei aku..."せんせいは、たんじょうびおめでと!”







<--Sekiguchi sensei ngah berusaha membuka hadiah...(4 lapisan tuh..hahaha)












<--Gambar candid sensei...sempoi arr sensei!







<--せんせいはおいくつですか。
(Sensei, yg ke berapa?)
Sensei: Secret
Kami: Sigh...(hahah)
ありがとうございます!
                   

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Mengenang zaman...nasyid  

Wednesday, July 15, 2009

Salam...actually time entry nih ditulis, jam dah pukul 5.40pagi...aku bgn tuk bersahur jam 3 lebih td..trus tak dpt tido...huhu..alang2 tk dapat tido aku pun layan la beberapa video kat youtube tuh...kebetulan one of my friend (yg aktif nasyid masa zaman blaja dlu) ader forward satu video terbaru group dier...so dgn link tuh aku dpt tgk byk group nasyid especially time zaman aku aktif ngan dunia nasyid nih...maybe ramai yg tak tau..tp aku penah aktif giler ngan dunia nasyid..especially masa aku blaja kat utm..huhu...hampir sumer pertandingan nasyid aku pigi..and hampir sumer konsert nasyid aku pigi..huhu...and aku kenal rapat ngan beberapa org kuat nasyid (pyan saujana,ito lara,group brothers, group far east, izzat mirwana, and group devotees)...kekadang aku sgt rindu saat2 tuh...and yg paling aku heran dlu (aku boleh plak tulih lirik lagu nasyid..siap bg kat group lain tuh...ahaks)..skang aku dah tak byk idea mcm dlu (maybe hati dah byk dosa kot..huhu)..nak menangis la plak..huhu...
Sebenarnya, aper aku nak citer nih...manusia mmg tak lari dari segala kesilapan..kekadang hati dikuasai syaitan, sampai lupa nak pertimbangkan iman...kekadang pengaruh dr persekitaran sampai lupa nak ingat Sunnah junjungan..aku juga tidak sempurna,tp aku mengikuti segala ajaran setermampuku...insyaAllah...
"Ya Allah, aku hanyalah hambaMu yg hina, yg sentiasa melakukan kesalahan dan hina dalam dosaku sendiri, ku mohon taubat dan petunjuk utk aku, ahli keluargaku, dan insan2 yg terdekat denganku..tunjukilah kami jalan yg lurus, jalan yg Engkau redhai...Jadikanlah hati ku ini ya Allah, hati yg penuh redha, hati yg bahagia, dan hati yg penuh dgn kasih sayang. Penuhilah jiwa ku, rohku dan jasadku dengan iman dan sifat2 mahmudah...Tunjukkan lah aku kebenaran, dan jadikan lah kebenaran itu sesuatu yg menenangkan jiwaku...Ya Allah, disetiap langkahku akan ada duri dan kelukaan, maka sembuhkan lah dengan ingatan ku padaMu...Amin..."

Utk korg layankan video nih...dr group brothers,



Sayu hati ini...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Perginya seorang yg bernama Michael Jackson..  

Saturday, July 11, 2009

Isk...aku sebenarnya malas nak komen pasal mender nih..tp mengenangkan aku membesar dgn lagu2 MJ, leh la aku share skit ngan korg personal review aku...aku rasa la kan, biler satu dunia tahu MJ nih meninggal, macam berlaku satu bencana alam gamaknyer..maner2 aku pigi sumer org ckp hal nih..and even memula aku ingat pun satu 'gimik' dr memember aku biler dorg bgtau aku pasal mender nih..sibuk la plak aku bukak internet and rata2 semua tajuk utama internet pasal mender nih..so kompem la dah meninggal seorg hamba Allah yg bernama Mikael @ Michael nih...


Tp nak wat camana dah lumrah hidup org glamer seantero dunia mcm dia nih...hidup pun kontraversi...meninggal pun sama jugak (pdhal org lain punyer citer,dier gak yg terkena)..kes samada dier masuk Islam tuh sahih ke tak...and yg peliknyer kan abg dier dah wat pengakuan yg dier mmg dah convert tuh Islam, yg nak kaji2 lg wat per...bg jela dier pergi mengadap PenciptaNya...soal iman bukan urusan manusia..okies!..tp satu info yg aku dapat Mikaeel nih mmg dah memeluk agama Islam pada 21November2008...dan terbukti pengebumian dier pun cara Islam...


And aku yg of course lahir awal 80-an nih kompem dah dgr lagu dier dr kecik2 lagi...lagi2 la kalu kat tv, mmg video klip dier kuar ari2...aku ingat dlu sampai terhafal ngan tgk video klip dier je..itu baru kat tv...blum yg abah aku rakam dalam tape...hahah...mesej2 yg die bawa dalam lagu2 dier mmg terkesan...kalu korg ingat ader satu video klip dier yg dier jadi hantu tuh...fuh, mmg kreatif..koreografer dier mmg terBAEK la! (zaman tu la)...

And hari nih, dier meninggal kan kita semua utk bersama yg Esa. Terpulang la pader korg samada nak kutuk dier ke, yg sanjung dier ke, yg mengagumi lagu2 dier..Dier dah meninggal pun...and sebagai saudara seIslam, aku sedekah kan Al-Fatihah utk dier...Rest in Peace...

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Hana Fazreena Wedding  

Sunday, July 5, 2009

Macam baru jer aku update pasal wedding Wawa...cepat betul waktu berlalu dan kini tibalah giliran sorg lagi opismate aku..Hana dan pasangan nya Zebiq...Alhamdulillah kali nih aku berpeluang hadir ke majlis persandingan sebelah perempuan yg bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh...
Perjalanan yg tak berapa jauh dr KL (lebih kurang 2 jam setengah)...sampai kat pekan temerloh dalam jam 1ptg...(agak2 sesat gakla mencari dewan nih)..hahaha...alhamdulillah kami sampai ngam2 pengantin sampai...so dptla tgk pengantin...masa majlis nih, ramailah gakla budak2 SATO yg dtg..termasuklah yg ex-SATO pun dtg (Zack, aku respek dgn komitmen ko)...so aku nak share beberapa gambar sekitar majlis Hana di Temerloh...

Tanggal 4 Julai 2009, Hana sah bergelar isteri kepada Zebiq...




<--Congratulation to both of you..Everlasting love...
<--Sama padan...semoga bahagia sampai ke syurgaNya...
Hana Fazreena
And
Zebiq
Selamat Pengantin Baru, Didoakan semoga sentiasa diberkati dan dirahmati....and dikurniakan anak2 yg comei2 belaka...amin

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster