Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Unisel...aduhai..  

Sunday, May 31, 2009

Aku bukak coretan minggu nih ngan sedikit keluhan dan rungutan (xsama kan?)..sabtu lepas, aku berpeluang menghantar adik aku ke Unisel utk registration short sem dier..aku memula mmg excited giler memandangkan aku dah lama xmasuk U nih..(nak dekat 2 tahun dah aku tgglkan)..so dgn meng'offer'kan diri menjadi driver, aku n parent g la meredah highway starting from tol kota damansara sampaila ke tol bukit tagar (continue to unisel about 15 minutes from tol bukit tagar)..perjalanan tu sedikit perlahan sbb ader eksiden kat kilometer 433.8km (pergh macam dalam berita tuh..)nak dekat 20km gak la jam n kami sampai kat unisel dalam jam 11.30pg. First impression aku masa nk parking tuh, ramai giler org..diorg sumer daftar kat dewan besar ni je ke (kemusykilan pertama aku)..akhirnya setelah aku round2 nak dekat setengah jam dpt ler parking yg agak2 dekat skit ngan dewan tuh..so tkyah la aku n abah menapak jejauh..sampai kat khemah2 yg ader dalam 3 bijik tuh (dtg beribu xkan 3 khemah jer)..terpaksa la aku ngan mak aku berdiri sementara menunggu adik aku g amik angka giliran n tggu..dr dalam khemah tu, aku dah dgr sok sek org tk puas hati pasal pengurusan universiti, ooo..maknanya bukan aku sorg la..haha..aku dgr gak kononnya ader masalah ngan server down dr dalam dewan (xkan xder back up plan?)..yg pasti sampai jam menunjukkan pukul 3ptg, adik aku masih berada di dalam dewan..(aduhai..)..utk tidak membuang masa kami yg dah terbuang, aku ngan abah g la kat asrama adik aku utk tgk moto dier, aku sampai je kat asrama dier...aku tgk org ramai giler berkumpul kat dewan biru (kalau xsilap aku la)..aku tnya salah sorg kat situ,tggu aper kat sini?..budak tuh kater nak tggu amik kunci bilik plak (kemusykilan aku lg...? apsal xbg siap2 masa pendaftaran? pengurusan berlainan bukan alasan kalu pandai manage..)abislah yg dtg dr jauh..siap ader bantal..beg2 besar..isk2..xkesian kat budak2 ker?..
pas check moto adik aku, aku pigi balik kat dewan besar, adik aku masih berada di dalam dewan..nk dekat2 jam 4.30ptg, baru adik aku keluar..lega setel satu hal..
aku bukan nk luahkan ketidak puasan hati semata2..tp dr aper yg aku dgr, tiap2 tahun setiap kali pendaftaran akan ader situasi macam nih..aper yg aku nak persoalkan..tk pernah prihatin ke dgn komen2 ibu bapa atau student?xpenah wat improvement ke?..senang citer, kalau rasa masih baru dalam sistem pengurusan universiti, tlg la belajar ngan universiti2 yg lagi berpengalaman..UM ader, UKM ader,UTM and UPM pun ader...learn..learn...jgn ikut kepala sendiri je..yg menjadi mangsa budak2 yg berkobar2 nak blaja n ibu bapa yg dtg dr jauh...kesian dow!!!
pengalaman aku, datang daftar sem baru, daftar kat kolej amik kunci masuk bilik, rehat2 dlu, mak abah dah boleh balik awal (even tak perlu dorg anta pun xper)...esoknyer pigi sendiri ke bendahari,setel bayaran...setel sumer ...total time consumtion= amik kunci bilik (10minute)+pigi bendahari (15minute), mak abah time consumtion= zero, coz pas anta anak2 leh trus balik...adik aku yg dok kat UIA pun kater senang jer...xyah susa2..paling lama setengah jam je..setel sumer..see,it is about learn and make the improvement...aduyai...
hopefully in the future, there are improvement regarding this matter..n aku dah pun meluahkan masalah ni mengikut media yg sepatutnya n tahun depan kalu berpeluang lg, aku akan pigi lg...n kat situ baru tahu setakat maner pihak pengurusan universiti amik peduli pandangan org sekeliling...okies...jgn melatah plak...rileks, respect...respon...chow!




<--Dua khemah jualan, 3 khemah makanan...3 jer khemah utk ibu bapa menunggu...??

panas terik nih...huhu











<---Parking yg menuntut kesabaran tahap 8 dalam skala 10

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Calon SPM kena amik 10 subjek jer..  

Saturday, May 30, 2009

Ok sebagai permulaan,kiter imbas berita dari utusan hari nih:

Calon SPM dihad ambil 10 subjek

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 28 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah memutuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan tidak lagi boleh mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perbincangan mengenainya telah dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran dan keputusan itu juga sekali gus membawa perubahan dalam sistem penggredan mata pelajaran.

‘‘Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, berdasarkan keadaan semasa, jumlah pelajar yang mengambil lebih 10 subjek pada peperiksaan SPM tahun lalu cuma 48,000 berbanding 500,000 yang mendudukinya seluruh negara.

‘‘Cuma 10 peratus yang mengambil lebih 10 subjek. Kita percaya dengan perubahan ini, 90 peratus pelajar yang kekal dalam 10 subjek atau kurang akan memperlihatkan angka yang sama tahun ini.

‘‘Perkembangan ini sudah tentulah memberikan impak positif dalam kaedah pengajaran guru di sekolah kerana mereka boleh menumpukan khusus kepada 10 subjek berkenaan.

‘‘Selain itu ia juga mengurangkan kos kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mengikuti kelas tuisyen kerana pengajaran dalam subjek pilihan tidak dibuat secara konsisten di sekolah,” kata beliau.

Muhyiddin juga menjelaskan, ketika ini kekemasan pelaksanaan peperiksaan 10 subjek dalam SPM itu sedang diperincikan oleh pegawai di kementerian berkenaan.

‘‘Memang sistem penggredan akan berlaku perubahan dan kita akan melihat kemungkinan pelajar mendapat A+, A atau A- atau B+, B mahupun B- bertambah ramai.

‘‘Ini akan diperhalusi kerana ia juga akan melihat kaedah terbaik dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dalam subjek terbabit. Ia akan dilakukan dengan sebaik mungkin,” kata beliau.

Semalam Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekumpulan ahli akademik dan profesional telah memulakan kajian terhadap cadangan kerajaan untuk mengehadkan jumlah subjek yang boleh diambil pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, kajian itu yang dijalankan atas arahan Timbalan Perdana Menteri akan melibatkan semua aspek.

Antara aspek yang dikaji ialah perbandingan tahap kecemerlangan pelajar termasuk mengkaji apakah pelajar yang memperoleh 21A itu cemerlang, tetapi mereka yang skor A dalam semua sembilan mata pelajaran yang diambil tidak cemerlang.

Dalam kajian yang dibuat itu juga, kementerian tersebut ingin mendapatkan kepastian tujuan sebenar pelajar berkenaan mengambil lebih daripada 10 subjek dan rasionalnya mengambil subjek bertindih dan skor A.

hahaha...basically aku stuju ngan keputusan kerajaan mengenai hal nih..sbb bukan per..skang nih bebudak macam dah hilang matlamat..nak amik subjek byk2 lawan saper dapat byk A, n then sampai terlupa keperluan2 insani yg lain..paling sedih dapat sampai 16 or 17A's, tp masuk dalam interview..hancusss...biarlah bebudak nih ader matlamat n dalam masa yg sama menjadi insan yg seimbang..and dalam masa yg sama adalah adil utk bebudak yg dok skolah sains or mrsm..sbb dorg tkleh amik subjek lebih dr 10 or 9..so maner aci wei..(seb bek aku dah terlepas)..haha..pape..kiter harapkan ngan keputusan kerajaan nih, makin bertambah cerdik pandai kita yg bukan sajer pandai giler dalam akademik, tp juga seimbang dr segi rohani dan jasmani..

p/s:Giler arr sape yg bantah cadangan nih, jgn seksa bebudak hanya kerana satu kemegahan yg tak panjang...yg penting pandai kat dunia, pandai kat akhirat..chow!


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Bosan..  

Thursday, May 28, 2009

Jam dah tunjuk kul 1230pm..aku still tkleh tido lg..entah aper la yg berlaku malam nih tp aku dapat dgr keriuhan dr sebelah highway LDP nih..sana hon..sini hon..(penyakit org Malaysia)...ngah bosan2 nih aku grab la kamera aku yg tk seberapa nih n amik gamba dr tingkap umah aku..btul2 ngadap LDP tol..tp satu mender yg aku pasan (maybe dah lama aku perasan..tp tk penah terluah)..lg tinggi kita mengambil gambar, lagi kecik dunia kita nmpak..and obviously pada aku yg penah buat analisa imej satelit (masa blaja kat U dlu)..dunia nih begitu kecik dr atas sana...sehinggakan seteguh2 tembok China..hanya nampak seakan2 sejaluran garisan di angkasa..itu blum lg umah aku..haha..kompem umpama satu noktah..(kalu mengikut imej satelit yg kurang daripada 20km ketepatan <-- kang ader yg argue plak)haha..rupanya itulah kita insan..kita maybe rasa gagah..kuat..bijak..mantap..da bomb dan sebagainya..tp sebenarnya kita sgt kecil dr atas sana..apatah lg pada pandangan YANG MAHA BESAR..kecik sgt..(insaf sekejap)tp itu la hakikat manusia..kita kekadang penuh dgn rasa ketidak puasan hati..padahal kalu banding ngan org lain..kita jauh lebih bertuah..hmm..hakikat manusia yg satu lg..bila ader tk penah rasa dihargai,bila dah ilang..brulah terasa kekosongan..hilang tmpat bergantung dsb..padahal masa ader wat cam sampah jer..haha..n macam bebaru nih..aku kehilangan jam..padahal jam tuh mmg nostalgia giler..aku beli masa aku tahun 2 kat U tuh..n dgn duit aku sendiri (2009-2004=5tahun)..sepanjang 5 tahun berada dgn aku..byk giler kenangan..kalau ikutkan jam tuh, aku bawak merata dah..sepanjang perjalanan aku di bumi Allah nih..dan sebelum nak hilang tu pun..dah 2 3 kali nak ilang..tp jumpa balik,sampai la detik yg dijanjikan Allah,dia hilang gak..mmg rasa kekosongan pd pergelangan tgn aku nih..pegi keje pun kekadang tersilap tgk tgn yg kosong..mmg rindu giler kat jam tuh...and even arinih aku dah beli jam baru..still feel dier tk sama ngan jam dlu...huhu..pape pun aku akan sedaya upaya menjaga jam baru nih agar kekal bersamaku sekurangnya 5 tahun lg (uhuk2..)itu baru jam..blum lg org..haha..atau family atau sahabat..atau kekasih atau tunang..so, hargailah aper yg ader..and berdoalah aper yg kiter ada, itulah yg terbaik...anyway, think again!


<--Gambar yg aku amik dr tingkap umah aku
chow!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Fizik?...Manga guide style  

Wednesday, May 27, 2009

Hahaha...nih satu mender yg best!(Kalaula aku jumpa nih masa aku blaja dlu)..pada sesaper yg amik aliran sains..rsnyer mostly akan berdepan ngan subjek nih..ader yg kater subjek maut..ader yg kater ala2 nk pitam tk kurang jugak ader yg kata cam kacang goreng yg tk brape hangus..papepun tafsiran korg, fizik adalah subjek kegemaran aku..(thanks cikgu Rohit<-- sggh sempoi cikgu ini)..aku rasa aku dah jatuh cinta ngan subjek nih sbb subjek nih memerlukan aku berimaginasi dan logikal sekaligus..aku suke!..tp yg bestnyer, aku came across satu manga (katun Jepun) yg mengajar kita memahami bebrapa prinsip fizik dalam jalan cerita dan contoh yg diberikan..kire sesaper yg peminat manga..leh arr baca manga nih..and kater kat mak abah korg yg korg sdg baca manga yg membantu korg pandai dalam fizik..haha..it is fun dow..try baca n fahami..tuk adik aku n kengkawan yg sebaya adik aku drpd baca manga yg tak pekdah bek jenguk2 manga nih...huhuhu..
The Manga Guide to Physics (Excerpt) The Manga Guide to Physics (Excerpt) No Starch Press Megumi is an all-star athlete, but she's a failure when it comes to physics class. And she can't concentrate on her tennis matches when she's worried about the questions she missed on the big test! Luckily for her, she befriends Ryota, a patient physics geek who uses real-world examples to help her understand classical mechanics-and improve her tennis game in the process!In The Manga Guide to Physics, you'll follow alongside Megumi as she learns about the physics of everyday objects like roller skates, slingshots, braking cars, and tennis serves. In no time, you'll master tough concepts like momentum and impulse, parabolic motion, and the relationship between force, mass, and acceleration.You'll also learn how to: * Apply Newton's three laws of motion to real-life problems * Determine how objects will move after a collision * Draw vector diagrams and simplify complex problems using trigonometry * Calculate how an object's kinetic energy changes as its potential energy increasesIf you're mystified by the basics of physics or you just need a refresher, The Manga Guide to Physics will get you up to speed in a lively, quirky, and practical way.Hideo Nitta, PhD, is a professor in the Department of Physics at Tokyo Gakugei University. He has had many papers and books published by Japanese and overseas publishers on subjects including quantum dynamics and radiation physics. He also has a strong interest in physics education. He is a member of the International Commission on Physics Education (ICPE), which is a commission of the International Union of Pure and Applied Physics (IUPAP).

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


90/10 Principles  

Monday, May 25, 2009

Seperti biasa hari nih aku g keje ngan semangat yg berkobar2(hari2 tau)...tp nak dijadikan citer..moment itu sedikit terganggu dgn usikan2 yg besa aku dgr...so memula aku tk amik pot..sampai la tetiber sampai part yg aku sensitif skit (maklum ler lawak bebudak lelaki nih kekadang kasor skit..) aku dah start ignore dah..malas nak layan..n mood pagi cam ader skit ruin...abis jer assembly (dgn mood yg ruined tuh)..aku mulakan misi arinih ngan clean up email aku...mak aii..aku rasa penat dah kluar msg suruh pastikan email aku tk melebihi quota..tp aku slau rs sayang nk buang email2 org especially msg2 yg best2 nih..check punya check..aku perasan ader satu email dr opismate aku yg aku rs cam xpenah bc (haha..)aku pun bc dgn khusyuknya...rupenyer2..email tula yg buat mood aku kembali pulih n aku kembali bersemangat nak bekerja semula...n email yg terattach dgn slide power point itula yg buat aku happy arinih dan insyaAllah ari2 mendatang..biler aku amati principle nih...br aku paham..dgn react kiter yg mungkin sedikit dapat menentukan aper yg akan terjadi pd hari itu..dan principle 90/10 ni lah yg aku nk kongsi bersama korg..

90-10 Principle 90-10 Principle Lakshman Madurasinghe 10 % of life is what happens to you and 90 % - how we react- Please see what Covey has to say....




Pas korg tgk slide nih..let's think back..life is so simple..tp yg mengkomplekskan keadaan ialah diri kita and how kita react atas sesuatu keadaan..maybe dalam hubungan pun begitu juga....bila ada bau2 utk bertelagah..fikirkan kita maybe boleh drag pertelagahan itu menjadi lebih teruk atau akan berakhir dgn gelak ketawa...think..and think again
chow!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


5S?  

Saturday, May 23, 2009

Aku nak kongsi ngan korg pasal satu mender yg maybe common pada japanese manufacturing environment..iaitu konsep 5S...(actually masa aku keje kat sini,aku tk tau pun mender aper kah ini)...kebetulan yg aku nk share ngan korg nih ialah keterlibatan aku secara 'accident' dalam 5S activity kat kompeni aku...bermula dalam bulan nih..kompeni aku dgn saranan dr headquarters kat Japan mintak kitorg kat SMM (nama timang2n kompeni aku dalam SATO group) nih utk upgrade 5S..pada asalnya aku hanya menggantikan nita..tp memandangkan dier dah nak gi training kat Jepun, so aku dimintak oleh Epol utk ganti..last2 aku kena jd permanent plak...alahai..

Tapi yg bestnyer pasal 5s activity nih la pendedahan yg aku dapat drpada aktiviti nih...aku rasa aku dah dapat ingat aper 5S tu...Seiri,Seiton,Seiso,Seiketsu,Shitsuke...

ari selasa depan aku n the 5S team akan audit bangunan kitorg...alamak, kemas2!!!!

ni kesimpulan 5S tp yg dah ditranslate ke English

utk pengetahuan korg..kebanyakan kompeni besar2 mengamalkan aktiviti nih..kompeni aku pun tk terkecuali...aktiviti nih bagus (selain menguruskan badan sbb kena jalan satu kilang) ianya juga membantu kita utk mengenali lagi team2 department lain...n yg paling best...leh escape jap keje (is it good news?)..haha..ok la..blog nih pun nk kena 5S gak nih...hahahaha...5S=Quality (Slogan 5S kompeni aku)...no comment...chow!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Afgan...(Afganistan?)  

Actually aku nih bukan jenis suka review maner2 artis..sbb pertama, aku respek personal interest org len pada sesetgh artis and kedua, kalau nak review kompem aku kena dgr btul2 or dapatkan sumber yg btul...(tu yg maleh tuh)... Tapi kali nih buat pertama kali aku nak review dalam blog seorg artis indon..nama mamat nih afgan..cam segan/bagan/afganistan pun ader nama dier nih...tp at the first time kemunculan mamat nih aku lgsung xamik pot..sbb aku rasa mesti sore dier tipikal sore artis2 indon len...(aku bukan menyanjung artis indon..kalu artis malaysia berbakat pun aku puji gak)..tp first time aku dgr vokal dier dalam lagu Terima kasih cinta...aku stunned!...and bertambah dasat lg biler aku tau dier baru belasan tahun...wow! sgt matang sore nyer...n yg menambah kan peminat pompuan mamat nih ialah ngan sifat n karekter dier yg pemalu...(so sweet)..sambil2 tulih blog nih aku ngah layan lagu Entah..adeh la...walau pun aku xder persamaan ngan jalan citer lagu nih (skang la) tp aku ttp rasa penyampaian mamat afgan nih..pd aku, sore dier maybe kat indon dah byk (ala2 marcell gitu) tp kelebihan afgan terletak pada dinamik dan penghayatan dia...kalau la dgr lagu nih time frust2...mesti leleh nyer la..utk korg yg tak penah tau lirik lagu afgan...sila la hayati ek..
Artist : Afgan Lirik Lagu : Afgan - Entah
kutahu,
kau selingkuh kau duakan cintaku yang tulus
kau tahu,
diriku tak pernah berpaling dari dirimu
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua
Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini,
untuk mu..o...
tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua janji kita berdua
Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...
masih kah ada, o...
cinta dihati ini dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...
Entah masih kah ada cinta dihatiku untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o

alamak terlayan lagi...adeh... chow!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


So Tired!!!  

Thursday, May 21, 2009

adeh...series hari nih penat tul kat opis..nak kater bekerja secara giler2 tkdela..tp penat ...penat ngan keje n penat ngan karenah org...huhu..kekadang aku rindu sgt saat2 blaja dlu..walaupun kekadang tensen..tp hati manyak senang maa...tk rasa letih2 cam gini...
xkisahla..tp yg bestnyer sabtu nih opis mate aku ajak hang out together...yg nih best arr...aku pun dah lama xmen bowling nih...makan2 sambil karaoke...huhu...sore dah ler ke laut nih..pape pun aku dah mark kat kalender n waiting...
lupa plak aku nk kenakan opis mate aku...dalam department engineering nih ader dalam 5 group (Technical Control,Process, Process Technology,Electrical, Maintanence)...dlu ader Tooling Group tp dah tuka ke department lain...group aku plak Technical Control group which our Adun is Noguchi-san, ader dua ketua kampung, Hassrul-san (Click) and Shaiful-san (Epol)...ader dua chief, Yusran aka Jojo and Nita...aku? aku hanyalah insan biasa saje...bersama2 yg len...Rose,Afzan,Tini, Mazilah,Amir,Ah Wei and Fitri...lupa plak lg 3org..clerk kami yg cun...Kak Midah,KakYan and Dibah...teringat plak aku perbualan ngan Kak midah td:

Aku: Kak midah, sakit btul pinggang ni arr....berat arr kotak td.
K.midah: Alah...esok mesti ko mc kan?
Aku: xder lah..mana leh
K.midah: abis ko macam bg signal je...
Aku: Sya mengadu la kak midah...nak mengadu ngan mak ..mak jauh (sambil ader nada2 hiba)
K.midah:yela tuh...sama2 la kiter tgk esok
Aku: sigh...(alahai)

aku nih dikenali sebagai kaki mc ke? half day ke?...aku heran tula..aku br beberapa kali cuti..dah org dok ingat aku ni selalu nak cuti..aku xla...korg jahat tau...kalau aku cuti pun..keje aku beres wat...hahahha...(sebenarnya ader gak plan..tp dah dorg cabar,aku kena la dtg esok...sigh)

okla ngantuk pas makan ubat batuk td...currently aku terkena flu +cough...tp bukan H1N1 tau...influenza besa je...

sekian,chow!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Astronomi..  

Tuesday, May 19, 2009


Astronomi...satu bidang yg aku rasa semua org teruja..aku pun begitu gak..dan alhamdulillah aku berpeluang utk belajar dalam bidang ini.Actually astronomi bukanlah passion sebenar aku, tp setelah lama aku berada dalam pembelajaran ttg astronomi membuatkan makin lama makin aku nak tahu ttg kejadian hebat ciptaan Allah s.w.t nih. Kalau nak citer dr awal macamana astronomi dan aper yg kiter bleh tahu dr bidang astronomi nih, kompem tk kan terdaya nak menaipnya...begitu luas sehingga tiada lagi ahli astronomi mahupun saintis yg dapat menganggar dgn tepat..so diblog ini aku nak berkongsi sedikit pengetahuan+ilmu yg aku kutip through penjelajahan internet...sebenarnya asal usul alam semesta nih dah diterangkan dalam Al-Quran dalam ayat berikut yg bermaksud:



"Dia adalah Maha Pencipta langit dan bumi"(Surah al-An'am:101)



Maklumat yang dinyatakan dalam Al Quran ini adalah satu fakta yg sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari.kesimpulan yg dicapai dalam bidang astrofizik arini ialah alam semesta bersama2 dgn dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yg besar yang pernah terjadi ketika zero time (masa sifar). Haa...fenomena ni lah yg dikenali sebagai Big Bang yg mana membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk dan dari satu letupan titik tunggal. Para saintis moden percaya teori nih la satu2 nya penerangan paling rasional dan fakta yg dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta. Sebelum fenomena Big Bang nih terjadi, tidak terdapat sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yg mana hanya dpt diterangkan secara metafizik.Actually, semuanya telah pun wujud dan fakta ini baru diketahui melalui kajian sebenarnya telah dinyatakan dalam Al-Quran 1400 tahun lalu. (SubhanaAllah)

Nih baru satu teori Barat yg dapat dipatahkan...tp sebelum aku meneruskan, layan dlu video nih and fikir sama2 k.


AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Happy Birthday Abah!!!  

Monday, May 18, 2009

Dikesempatan nih, aku nak wish happy birthday wat abah aku yg dah masuk umur 51 tahun...so many years, but still young in heart...hahaha...semoga Allah melimpahkan rezeki yg melimpah ruah and dikurniakan kesihatan yg baik,dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat and last but not least dipanjangkan umur abah...Mr Zamri bin Hj Hussin.
Nak amik kesempatan ni gak nak citer skit pasal abah aku (the greatest father that i proud of)...abah aku nih seorg pegawai navy..and as a navy officer, aku dibesarkan ngan penuh disiplin2 ketenteraan...(add to this situation, my mom also a navy officer...sigh)hahaha...aku tak tau arr korg, tp sejak aku pandai bercakap (aku rasa la), aku dah ader jadual harian...pukul brape nak study,pukul brape nak kena tido...hari aper aku leh main ptg...n pukul brape aku kena berada dirumah utk solat bersama...masa aku kecik2 dlu, tensen gak la...penah gak aku terfikir nk melarikan diri dr umah,tp disebabkan aku tkder kawan time kecik2 aku xtau nk lari maner...hahaha...tp abah aku mmg sgt tegas...
bukan setakat tegas pasal akademik jer, tp pasal handwritting gak...aku sampai skang admire handwritting abah aku sbb pada aku sgt kemas dan cantik...utk pengetahuan korg..aku penah kena tulih A-Z dgn tulisan yg cantik sebanyak seribu kali.....sampai keseratus, aku rasa paper tuh dah basah ngan air mata aku...huhu...tp thanks to abah, sbb ketegasan dia dalam menjaga handwritting aku membuatkan aku murid yg tetiap2 tahun dapat anugerah tulisan tercantik peringkat sekolah rendah tau...Thanks abah!
Aku start pandai membaca around 3 years old...guess who my teacher? of course my abah...bukan sekadar membaca, but at the age of 5 years old, aku dah pandai sifir 12...tu pun mcm2 hukuman dah aku kena sbb terlupa...so by the time aku masuk darjah 1, aku dah terer dah(hahaha...riak skit) tp itu bukan tujuan aku...aku just nak ucapkan terima kasih pd abah...thanks abah!
bila aku kenangkan semua ketegasan abah pd aku dan adik2 aku, kekadang mengalir jugak air mata aku...sesekali kalau aku bukak kenangan lama pd abah...abah hanya tersenyum...ayat yg biasa keluar, "Kalau abah tk garang dlu, korg tk jadi macam skang". And for that, thanks abah!
Aku rasa abah skang mesti bangga ngan anak2 dia...alhamdulillah semua berjaya...malah ketegasan abah tuh kekadang terpengaruh kat aku skit...sampai kekadang adik aku yg bongsu tuh takut nk mintak aku ajar...hahaha...maklumlah bapa borek anak rintik...
Aku bukan nak membangga diri, tp ini adalah satu bentuk appreciation aku terhadap abah...yg banyak bersabar,bertegas,mencari rezeki, sanggup berpisah jauh dr family semata2 nak membesarkan kami 6 beradik...and once again, thanks abah!
To abah, i know you will reading this, we are your children are so proud of you...as years passing by, you are the best abah in the world! Happy Birthday abah!!!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Nihongo (Japanese Language)  


Belek punya belek tenet nih, aku discover satu web application yg menarik pada saper yg belajar basic japanese. Yg bagusnya, utk sesaper yg masih dalam tahap mmg tk tahu satu mender pun, mode study dier leh tuka ke romaji style. so korg leh arr praktis2 menyebut dalam bahse rumi tuh...sambil2 korg blaja hiragana and overview pasal kanji (susa tul)...siap ader bg memory test and kalau jawapan korg salah..dier akan kembali ke mode study again...menarik...
And lagi satu yg interesting pasal web application nih, korang leh study online je...and dier akan rangka brape byk yg korg patut blaja dalam sehari...seolah2 korg ader sensei online arrr....kalau dah pandai beberapa vocabulary, korg leh test kepantasan korg dalam brain speed...best beb...
klik on link nih,and log in guna yahoo id korg..tgk sebelah kanan,ader 3 learning aps,pilih iknow and start korg nyer study,kalu rasa ingatan dah mantap,try dictation plak...nak uji kepantasan korg..try brainspeed..anywhere good luck...ganbatte!!
here are link the link:

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


Air Crash Investigation  

Sunday, May 17, 2009

Setiap hari kecuali Isnin dan Khamis, aku akan bersiap2 utk berada didepan TV jam 7ptg. Channel yg wajib aku tonton time tuh adelah National Geographic:Air Crash Investigation. Memula dlu aku layan macam rancangan2 lain jer, tp lama kelamaan citer yg based on true story ni menarik minat aku. Bukan disebabkan bilangan nyawa yg terkorban, tp kekadang hanya kesilapan kecil manusia yg membuatkan ratusan nyawa dalam bahaya. Ada satu episod yg aku tgk tuh, berkenaan macamana pita tape yg lupa dibukak mengakibatkan hampir 250 orang terkorban. What a small mistake to lead such a huge devastating accident. Dan ader episod yg aku tgk plak, disebabkan kepercayaan manusia terhadap mesin sehingga buat kesilapan yg membenarkan budak umur 15 tahun memandu sebuah boeing yg tercanggih pada zaman itu dan akhirnya terhempas di Siberia...(see, the small thought could lead to a bigger impact)...tp satu pengajaran yg aku dapat dr tragedi2 nih, we are (human) not perfect. Apapun yg kita wat penuh dengan kesilapan dan kita hanya belajar kesilapan itu setelah ianya terjadi, otherwise kita tak perasan pun. And sesungguhnya yg penuh kesempurnaan itu hanyalah Allah s.w.t.
And kembali pada tajuk, masa aku dok Sabah dlu, aku rajin gak travel ngan flight (even skang pun ader gak,cheaper and faster maa),so biler aku kejadian2 yg berlaku kat luar, aku bersyukur sgt...tp aku nk share satu pengalaman aku yg pada aku, ngeri la gak...haha
penah skali aku travel dr KK (kota kinabalu) ke Tawau...dalam perjalanan tuh aku naik pesawat foker (aku tk pasti ejaan btul dak)...pesawat yg kecik skit,seat dier ader dalam 20 ke 30 seats, ader 2 kipas kat luar...huhu...aku dok seat yg dekat ngan sayap...feberet seat aku...dalam perjalanan yg lebih kurang sejam (xsampai kot)...mmg view sgt cantik...tetibe pramugari wat pengumuman...kabus tebal...so flight akan ascending will crash on some clouds...mmg masa tu ader sikit berdebar la(maklumla tk penah lg dgr pramugari wat pengumuman camtu)and after aku br nak terfikir camana rsnyer langgar awan, tetibe flight bergegar2...ader skit turun naik...aku dah kecut perut and aku rs time tuh aku baca jer surah2 yg aku ingat...ngah2 bergegar tuh..topeng keselamatan turun...memula aku blur gak, tp aku start rs telinga aku sgt2 berdengung..aku capai topeng tuh n pakai...for the next moment, aku just kumat kamit bc ayat2 suci sambil dalam kepala terbayang wajah2 family aku...aku rs gegaran tuh aderla dalam 10 minit, sampaila pastu flight jd stabil n pilot ckp kiter dah berjaya through big cloud...alhamdulilllah...
tp tk kisahla pengalaman camana pun, sebenarnya kita tk penah tahu bila hari tu menjadi hari terakhir kita, kita just menjalani hari itu seperti biasa, tp who knows, ajal di tangan Allah. So, ingat2la ajal, sebab mengingati mati itu tanda2 org yg bijak!...chow for now..

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


My first post  

Assalamualaikum and good day everyone...
Seharian aku dok mengedit bender alah nih...actually blog ni dah wujud dari zaman aku blaja lg,tp tk penah ader masa nak edit. So sejak aku dah bekerjaya nih,ni lah post pertama aku di blog yg berwajah baru nih...bak kater opis mate aku, dunia blog skang ni dah jd trend.Org dah tk pandang demonstrasi jalanan...dorang speak their mind through blog...and recently pon banyak yg aku dgr pasal dunia blog nih membuatkan aku pun terpanggil utk create blog...hahaha..
Tujuan blog nih bukan semata2 nak mencari tempat meluahkan perasaan, tp of course tempat utk bertukar2 pandangan dan idea ttg kehidupan especially regarding to current issues. And mintak maaf banyak2 (ckp awal2 nih) sbb kandungan blog aku ini maybe mix English-Malay sbb kekadang perkataan tak terkeluar or maybe dah jd tabiat...so sorry pada sesaper yg mmg penyokong bahasa kebangsaan...aku bangga aku rakyat Malaysia dan bangsa Melayu, tapi at the same time aku lg bangga anak Melayu yg boleh berbahasa Inggeris dengan baik, malah boleh menguasai bahasa2 asing yang lain. Tak salah kalau kita pandai dalam bahasa lain, daripada kita hanya pandai satu bidang sahaja...
Anyway, aku harap ramai la yg dtg menjenguk blog aku nih...dlu di blog lama aku rajin tulis cerpen, tp dalam blog nih aku just nak share something dalam hidup aku...moga2 yg baik dijadikan sandaran, yg jahat itu dijadikan sempadan...chow for now!

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster