Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Bukan semua keinginan kita Allah bagi  

Sunday, December 5, 2010

Dah namanya pun manusia,pasti banyak keinginan yg sentiasa diangan2kan...biarpun terkadang keinginan itu melampui kemampuan sendiri..namun acapkali keinginan itu disalahtafsirkan sebagai keperluan..natijahnya,lahirlah perasaan kecewa dan sedih apabila keinginan itu tidak berjaya diperolehi...seperti juga sya seorang manusia biasa...dlu apabila masih belajar,keinginan utama ialah utk mendapatkan pekerjaan yg baik..gaji dan kemudahan yg sewajarnya disebuah syarikat ternama,semasa masih bujang,keinginan utk berkahwin dgn lelaki yg mampu memberikan kebahagian dalam perspektif sendiri,apabila sudah berkahwin,keinginan utk mendapatkan zuriat yg soleh dan solehah...sepanjang 26tahun sya bernafas dimuka bumi ini, ,mungkin telah beribu bahkan berjuta keinginan yg bermain2 dalam fikiran..teringat sya sewaktu lepas SPM dlu, sya begitu teringin utk belajar diluar negeri,namun hasrat itu dipatahkan oleh kehendak ibu bapa sya yg pada masa itu beranggapan sya terlalu muda utk hidup dirantau orang...perasaan sya ketika itu?...cukup kecewa...sampaikan jauh disudut hati ini, menyimpan perasaan kecil hati yg teramat sangat terhadap kedua mak dan abah..pada masa itu sya hanya beranggapan mak abah la yg menjadi penghalang kepada cita2 sya sehingga sya terlupa bukan mereka yg membuat keputusan itu,tp Allah yg telah mengilhamkan kepada mereka utk menghalang sya...

kini,setelah berumahtangga dan memperoleh seorang anak,baru sya sedar bahawa ada hikmahnya keinginan sya waktu itu tidak dikabulkan Allah..jika waktu itu sya pergi ke luar negera,mungkin sya tidak akan menjejakkan kaki ke matriks langkawi,tidak menyambung pelajaran ke utm dimana disitulah sya bertemu suami sya sekarang dan seterusnya berkahwin dan memperoleh anak...perjalanan yg ditentukan ini boleh jadi lebih baik jika sya meneruskan niat sya dulu...
begitu juga dalam urusan2 yg lain seperti zuriat dan harta,kita hanya mampu berdoa dan berusaha tp hanya lah Dia yg Maha Mengetahui sekiranya keinginan kita tidak atau belum diberi..

-sekadar cetusan rasa-

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster