Ayat-ayat Al-Quran

Hadis Rasulullah s.a.w

Banyakkan memberi jika ingin banyak menerima..  

Saturday, February 20, 2010

Assalamualaikum...saat aku menulis blog ni..aku teringat pada kanak2 yg meminta 'sumbangan' di stesen minyak tadi..hati aku jatuh kasihan tgk dorg..agaknyer hubby nmpak aku dlm keadaan camtuh trus dia bg izin utk aku memberi sedikit sumbangan..alhamdulillah, aku mmg kenali hubby aku mmg seorg yg pemurah...walaupun dlu ader kes2 yg kononnyer mereka ni adalah sindiket la..satu penipuan la..tp bg aku sedekah tidak pernah mengenal siapa..aku teringat pesan mak aku masa aku adik beradik kecik2 dlu..."tgn yg memberi lebih baik dr tgn yg menerima"..so sedekah la walaupun sedikit...dan sedekah nih jugaklah asbab Allah nak beri rezeki pada seseorg tuh..dan aku yakin rezeki bukanlah dalam bentuk harta kekayaan semata2 tp juga anugerah2 Allah yg lain..dan paling penting destinasi terakhir nanti...
okla berbalik kepada amalan bersedekah...sedekah ni pun ader mcm2 jenis..dan sedekah yg paling mudah ialah memberi senyuman..sedekah yg lain2 tu mengikut kemampuan masing2..perihal sedekah ni mengingatkan aku pada seorang sahabat kepada sahabat...kalau nk diikutkan dr segi kekayaan..sahabat ni bolehla dikatakan cukup2 makan..xterlalu kaya dan xterlalu susah...tp satu mender yg aku kagum..ialah dia tidak pernah meninggalkan amalan sedekah...dan sedekah dia pulak tk mengira kuantiti...pernah sekali tuh masa kami sama2 nak gi makan..sahabat kater duit ader cukup utk makan tengahri..setibanya kat tmpat makan..dia kater kenyang n nak minum air jer...rupe2nyer dalam perjalanan dalam kitorg tk perasan,die terserempak dgn bebudak kecik...dibelinya gula2 dan diberinya satu sorg...dan amalan sedekahnya alhamdulillah berterusan...dan rezeki utknya juga tak pernah berkurang...kalau bukan dalam bentuk wang, dalam bentuk lain...kawan2 yg ramai,kerjaya yg bagus,anak2 yg pandai serta adik beradik yg akrab...nmpak x? betapa dgn memberi kita lebih banyak menerima...pasnih maybe korg boleh fikir balik biler tgk org2 yg begini di stesen2 minyak..kedai2 makan..dan lain2 tmpat...jgn fikir nak untung dunia je...saham akhirat lagi penting k guys..so next time..biler nak bersedekah...jgn fikir aper..niat kerana Allah dan berilah seikhlasnya..semoga sedekah kita nanti yg memberi kebahagian,ketenangan dan kegembiraan hidup di dunia wa akhirat...kan rezeki terbaekkk tuh!

aku terjumpa satu hadis nih...so sama2 renung2kan dan amal2kan...wallahua'lam

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saW., sabdanya: ”
Ada seorang lelaki berkata, “Aku hendak bersedekah malam ini.” Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkannya kepada perempuan lacur. Esok pagi orang banyak mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi orang sedekah. Orang itu berujar, “Wahai, Allah! Segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya.

Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang memberi sedekah kepada orang kaya. Lalu orang yang bersedekah itu berkata, “Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi.” Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikannya kepada si pencuri. Pagi-pagi orang banyak mempercakapkannya pula, bahawa tadi malam ada orang bersedekah kepada pencuri. Orang yang bersedekah itu pun berujar pula, “Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh kepada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.’

Kemudian orang itu didatangi malaikat seraya katanya :”Sedekah anda sudah diterima baik oleh masing-masing orang yang anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur; kepada si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.”[HR Muslim]

AddThis Social Bookmark Button

Email this post


 

Design by Amanda @ Blogger Buster